9 Months

♥Assalamualaikum♥

27 November 2015, genap umur Nur Iman 9 bulan. Cepat ja masa berlalu. Rasa macam baru ja lahirkan Nur Iman, dah besaq dah baby ibu.

Hmmmm, 9 bulan kan. Apa yang Nur Iman dah pandai?? Macam-macam dah dia pandai. Jalan pandai, cakap pun pandai. Tak caya?? Tak yah caya la. Kihkihkih!!




Nur Iman In Cameron Highland - 27 September 2015

Assalamualaikum

Kali ne Nur Iman Khadeeja ke Cameron Highland. Dah cemuih tengok jerebu kan, jom kita tengok kabus Cameron plak. Percutian last minit plan. Plan asal nak ke Port Dickson terpaksa cancel sebab jerebu semakin teruk. Bertolak dari Sungai Buloh 3.00 petang.


7 ++ Months

Assalamualaikum

Hari ne Nur Iman dah 7 bulan 16 hari. Cepat kan masa berlalu. Haissh, rasa macam baru ja lahirkan Nur Iman. Nur Iman dah besaq dah, ibu ja tak kecik-kecik lagi. Hehehehehe!

Alhamdulillah, Nur Iman membesaq dengan sihat. Tak pernah demam, batuk or selesema sepanjang 7 bulan ne. Cuma baru-baru ne ja for the first time Nur Iman kena selesama. Sikit ja tapi seminggu lebih jugak. So, ibu buatkan garlic oil untuk sapu-sapu dekat tapak kaki, dada dan belakang badan Nur Iman. Alhamdulillah, sekarang dia dah tak selesema.

Nur iman dah makin banyak akai dia. Dah pandai meniarap, dah pandai menyuluq, dah pandai angkat pungkoq. Merangkak coming soon. Gigi on the way nak tumbuh. Menyuluq dah macam F1. Lajunya bukan main lagi. Pernah tengok dia menyuluq punya laju, rupa-rupanya tengan ligan semut. Kihkihkih!!

 Kalau berlakon tidoq, Nur Iman nombor satu. Hari cuti asyik nak bertempek ja ngan ibu. Tidoq pun mata tak rapat sebab nak skodeng ibu, takut ibu lari pi dapuq. Nur Iman ne time dia mengantuk or lapaq dia akan cari ibu, tapi bila time dia seronok nak main dia akan cari ayah. Hmm, senang sikit ibu kan, bila tengah malam Nur Iman tak tidoq lagi, nak main-main. Ibu tinggai la dengan ayah, ibu masuk tidoq dulu. Hahahahah!!

Hippopo Baby Spa & Wellness

6 September 2015, Sabtu yang lepas, aku berkesempatan bawa Nur Iman ke Hippopo Baby Spa & Wellness. A very nice place untuk parents luangkan masa dengan baby. Memang dah lama teringin nak bawa, ne baru berkesempatan. Itu pun, tak plan. Call semua branch, nasib kami baik ada kosong kat Hippopo Baby Spa, Great Eastern Mall. So, kami set appoitment 5.30 petang.



Suatu Malam Kubur Berasap

♡Assalamualaikum♡

Dah kenapa kubuq berasap plak tu..hahahahah..maafkan saya. Ini bukan cerita pasai kubuq, tapi pasai suatu malam yang gila. Nak dijadikan cerita, ex lecturer (En Mahdir aka En Det) dari Polimas mai dari Jitra. So, kami (aku, Mr Alon & Kak Mila merangkap senior weolllss) bawa la family En Det ke I-City. Pasai apa I-City? Sebab situ lah tempat hiburan yang paling dekat dengan penginapan En Det sefamily. Paham-paham ja la kalau weekend kan, memang orang ramai macam semut. Kihkihkih!!

Bila masuk ja, macam-macam permainan yang kita boleh nampak dalam I-City ne. Nak dijadikan cerita anak En Mahdir, Hana terbekenan dengan satu permainan ne, Disco Ride yang bagi aku agak ekstrem.

Makanan Baby

♡Assalamualaikum♡

Aku start bagi Nur Iman makan masa umuq dia lebih kurang 5 bulan 2 minggu. Aku start bagi puri yang aku buat sendiri. Untuk Permulaan aku bagi dalam 2,3 sudu, 2 kali sehari. Jangan terus bagi banyak-banyak, sebab baby baru nak biasakan diri dengan benda baru.

Nur Iman masa aku start bagi, dia rasa dulu pastu dia buat muka. Hahahahah. Tak tau sebab sedap ka tak sedap. Tapi, bila dah bagi 2, 3 sudu dia dah mula sedap dah. Sampai tarik tangan ibu sebab lambat suap..

Nur Iman In Perlis - 23 Julai 2015

♡Assalamualaikum♡

Cuti raya yang lepas, Nur Iman round negeri Perlis.


Destinasi Pertama : Ladang Tebu, Chuping

Dengan semangatnya kami menuju ke Ladang Tebu, Chuping. Masuk-masuk ja kawasan ladang, tak nampak tebu. Mr Alon kata mungkin sebelah belakang kot. So, kami teruskan perjalanan, Hmmmm, sampai ke sudah tak nampak batang hidung pokok tebu. Erkk, pokok tebu ada hidung ka? Hehehe.. Frust sebab dah lama tak tengok view ladang tebu yang cantik tu. Yang ada pokok getah ja. Sorry la Nur Iman, tak dapat ibu nak tunjuk pokok tebu kat kamu. Ibu tunjuk pokok getah ja la.

Signboard besaq yang tertulis Ladang Tebu Terbesar di Malaysia patut diturunkan dah, sebab tak dak tebu dah pun. Huhu!!

Ladang Tebu ne pernah direkodkan sebagai kawasan terpanas di Malaysia.

Nur Iman In Alor Setar - 22 Julai 2015

♡Assalamualaikum♡

Alor Setar sekarang ne famous dengan lukisan mural Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Mural yang terletak di Pekan Cina sekarang ni dah jadi satu tarikan pelancong di negeri Kedah. So, kami sebagai anak jati Kedah jati ker??? tak melepaskan peluang untuk bergambar kat sini. Jom...jom...!!!


Raya 2015 - Part 2

♡Assalamualaikum♡

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.....

Kehkehkeh. Bulan Syawal dah kemana hala, aku baru la sibuk-sibuk nak update cerita raya kan. Al maklum lah, Busy mengalahkan menteri. Hehehehe!!

Raya tahun ne lain dari tahun-tahun sebelum ni. Tahun ne excitednya lebih, sebab adanya orang ketiga, Nur Iman Khadeeja. Persiapan raya ala kadar ja. tak ada la melebih-lebih.


Raya 2015 - Part 1

♡Assalamualaikum♡

Yehuuu..Raya is coming. Tahun ne, kami cuti raya sakan. Hahahaha......(Gelak Jahat).


10 Julai 2015, Jumaat

Plan asal, nak balik 11 haribulan, hari Sabtu. Tapi, macam biasa Mr Alon suka sangat tukaq plan last minit. Malam tu jugak kami bertolak balik Kedah.

Sampai Bandar Baharu, rumah Angah & Kak Nani, sebelum subuh. Sampai-sampai terus sahur dulu, then terus tidoq. Letihhh....

Siang tak dak aktiviti, lepak-lepak kat rumah ja, Hari ne kami bukak puasa ramai-ramai kat kedai Angah, Wambit.art Cafe & Gallery.

Nur Iman In Penang - 22 Jun 2015

♡Assalamualaikum♡

Mr Alon ngan aku dah plan, kalau boleh dan ada rezeki lebih nak bawak Nur Iman round satu Malaysia. Tapi bukan nak round sekaligus, cabut bulu la ooiiii...Opppsss..Hehehehehe. Kita round satu-satu negeri dulu. Kedah, kira  dah la kan sebab negeri kelahiran Nur Iman kan. Tu pun tak round abeh lagi tu. Ok, first kita start Penang dulu la. 

On the way nak balik KL, lepaih kejadian Terowong Menora tu, kami singgah Penang dulu. Tapi disebabkan bulan Ramadhan kan, so kami singgah sat ja la. Just round-round Pulau pastu singgah Padang Kota Lama, Gurney Plaza, lepak kat Gurney Drive.

Instagram

♡Assalamualaikum♡

Now, aku running dua instagram. Satu ig aku, satu ig Nur Iman. Pulun dak? Hahahahhha..

Bukan nak show off, bukan nak ciwi ada anak (ciwi jugak la sikit-sikit...hahahah..ada aku kisah). Tapi memang aku suka share gambaq dari dulu lagi, sebab tu aku create satu lagi ig. So, senang aku nak share gambaq-gambaq Nur Iman. Kalau sudi follow la @nurimankhadeeja...

2 Ramadhan - Surprise

♡Assalamualaikum♡

2 Ramadhan, Jumaat..

Tiba-tiba ja Mr. Alon ajak balik kampung. Rindu katanya. Done mintak izin bos nak halfday, setle-setle semua qeja, terus balik rumah. Siap kemas barang, baru aku amik Nur Iman kat rumah pengasuh. Lepas solat jumaat, terus gerak.

Kali ne kami balik tak habaq kat ma & mak. Konon-kononnya nak buat surprise. Tapiiiii.....


Warkah buat suami

6 Jun 2014-6 Jun 2015...

One year down, many more to go. Genap setahun setelah kau melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA. Our 1st wedding anniversary. Crazy how fast these past one year have gone by in the blink of an eye. Terasa seperti baru semalam, but now when i open my eyes, we have NUR IMAN KHADEEJA in our life.

Susu ibu

♡Assalamualaikum♡

Hari ne alkisahnya susu ibu. Sebelum lahirnya Nur Iman, aku dah plan kalau boleh nak bagi susu ibu sepenuhnya kat dia. Seronok tengok ibu-ibu bekerja yang mampu bekalkan susu ibu sepenuhnya untuk baby.

Tapi nak dijadikan cerita, bila Nur Iman dah selamat dilahirkan, Miss B aku tak menghasilkan susu. Sedih, kecewa, rasa down kenapa tak dak susu. Why? Why? Why? Hari keempat selepas melahirkan baru ada susu. Itupun selepas aku pam. Rasa lega sangat-sangat. Masa Nur Iman dalam wad pun, tiap hari aku akan pam dan tinggai dekat hospital buat bekai untuk Nur Iman. Lepas Nur Iman keluaq dari wad, aku pam sekali sekala, aku lebihkan direct breasfeeding.

Pregnant?

♡Assalamualaikum♡

Hari ne 26 Mei 2015. Esok 27 Mei 2015. Esok qeja dah ooiiii. Pejam celik pejam celik dah tiga bulan dah aku cuti. Alahai, nak kena tinggai dah budak merap sorang ne ngan pengasuh. Dua tiga hari ne, Nur Iman tak mau minum dalam botoi. Haisshh, bleh akai apa plak la dia. Sebelum ne ok ja bila aku bagi susu guna botoi, risau la plak nak tinggai dengan pengasuh.



Dulu vs Sekarang

♡Assalamualaikum♡

Kalau dulu seminggu 2,3 kali tengok movie kat panggung wayang, sekarang tak lagi. Terpaksa la tunggu keluaq dvd, baru boleh tengok.

Kalau dulu, setiap hujung minggu mesti tak lekat kat rumah dari pagi sampai malam, sekarang tak lagi. Kalau nak keluaq, kena plan btoi2 nak kemana, dan tak boleh sehari suntuk keluaq.

Kalau dulu aku la bersiap paling lambat, nak mekap, nak lilit-lilit tudung la, sekarang tak lagi. Bersiap ala kadar, janji mantain gojes. Hehehe. Tudung pun kena cari yang instant ja. Mudah dan cepat.

Lipas Kudung

♡Assalamualaikum♡

Do u know what LIPAS KUDUNG is??



Ok, ne lipas kudung, sejenis binatang yang menggelikan. Kalau kat rumah mak aku ne, nampak lipas sekoq, rumah dah macam dilanda disaster sebab akan kedengaran jeritan dan tangisan dari merata-rata tempat. Hahahaha. Macam la lipas tu makan orang kan.

Kematian yang menginsafkan

♡Assalamualaikum♡

5 hari berlalu semenjak dengaq berita pemergian seorang teman. Masih lagi ada rasa terkejut. Macam tak percaya pun ada. Imbas balik memori lama, banyak kenangan yang tercipta. Ada yang manis ada jugak pahitnya. Ada hikmah disebalik pemergian ini. Silaturrahim yang lama terputus akibat salah faham, akibat keegoaan masing-masing kini terjalin semula. Manisnya rasa, tenangnya rasa. Rindu pada gurau senda yang pernah tercipta antara kita semua. Alangkah indahnya tika itu. Andai masa dapat diputar kembali.

Masa

♡Assalamualaikum♡

Masa tidak menunggu kita. Jika sudah ditakdirkan sampai di sini ja masa kita. Maka, segala kebahagiaan, kemewahan dunia akan kita tinggalkan.

Tersentak dengan berita pemergian seorang teman ketika masih dalam pantang melahirkan puteri sulungnya. Sangat terkesan di hati aku. Kenapa? Mungkin kerana aku juga mempunyai seorang puteri yang baru dilahirkan. Masa kau telah tiba wahai teman. Damailah kau di sana. Pemergianmu benar-benar terkesan di hatiku. Masaku belum tentu lagi bila, dimana dan bagaimana.

Semoga keluargamu, suamimu tabah hadapi dugaan ini dan semoga puterimu membesar menjadi anak yang solehah.

Alfatihah....

Merdeka

♡Assalamualaikum♡

Hari ni hari apa???
Hari ni brapa haribulan???

Yeaaa..pejam celik pejam celik dah masuk 44 hari aku berpantang. 44 hari jugak usia Nur Iman. Esok aku merdeka. Yehuuuuu. Mr Alon, jangan lupa bawak weolllss cuti-cuti Malaysia. Nur Iman kata bosan hari-hari duk rumah ja.


Jangan lupa tau ayah. Kalau dak Nur Iman wachaaaa ayah. Hehehe..

One Month

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hari ni Nur Iman dah genap sebulan. Tak terasa masa berlalu dengan cepat bila Nur Iman ada. Hari-hari sibuk uruskan Nur Iman. Sibuk ker???? Hahahaha. Sibuk la jugak kan. Tak susah uruskan Nur Iman. Cukup time mandi. Cukup time bagi susu. Cuma kadang-kadang Nur Iman tak mau tidoq malam. Terpaksa la ibu teman Nur Iman berjaga. Tak pa la kita berjaga sama-sama na. Sebab la ne ibu kena ikut timing Nur Iman. Tidoq Nur Iman tidoq la ibu, jaga Nur Iman jaga la ibu. Apa saja demimu wahai Nur Iman.

16 Mac 2015...

♡Assalamualaikum♡

16 Mac 2015, happy birthday to me. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni sehingga saat ini. Special thanks to my mom, sebab dah besaqkan aku sampai aku berjaya jadi orang. Hehehe. Sampai aku dah selamat jadi ibu.

To my husband, Mr Alon. Terima kasih atas doa-doa yang dikirimkan. Terima kasih sebab setia bersama saya hingga saat ini. Terima kasih sebab sudi jadikan saya suri hidup. Terima kasih sebab hadiahkan saya hadiah yang paling bermakna pernah saya dapat sepanjang 28 tahun hidup, Nur Iman Khadeeja. Harta dunia akhirat ibu ayah. Tak banyak yang aku mintak, cukup sekadar Nur Iman Khadeeja membesar jadi anak yang solehah yang taat pada Tuhan, pada agama dan pada ibu ayah.



5 hari tanpa bidadari

♡Assalamualaikum♡

Ahad 1 Mac 2015

Pagi ne ayah uruskan pendaftaran nama Iman ngan maklumkan dekat Klinik Kesihatan yang Iman dah lahir. Tengahari, nurse mai rumah untuk cek ibu ngan Iman. Alhamdulillah ibu ngan Iman sihat, cuma nurse suruh bawak Iman pi cek kuning petang nanti.

Petang, ayah ngan mak tok bawak Iman pi klinik. Ibu tunggu Iman kat rumah ja. Ayah kata kuning Iman tak tinggi sangat, bacaan 213. Esok pagi Iman kena pi cek lagi. Ibu harap kuning Iman tak naik esok.


Isnin 2 Mac 2015


Pagi ne ibu ngan ayah bawak Iman pi klinik. Iman gud girl sangat, qenyau bila Iman lapaq ja. Bila result dah siap, nurse terus pi kat ayah habaq Iman kena masuk wad. Kuning Iman naik sampai 280. Nurse suruh pilih nak masuk Hospital Jitra ka Hospital Sultanah Bahiyah. Mesti la ibu pilih Hospital Jitra. Senang, dekat dengan rumah mak tok.

Petang, lepas lunch ibu ayah terus bawak Iman pi hospital. Setle urusan pendaftaran masuk wad, ayah balik. Petang nanti, waktu melawat ayah mai balik tengok Iman. Nasib baik ibu pun bleh duduk dekat wad teman Iman. Lepas nurse ambik darah Iman untuk cek kuning lagi, nurse letak Iman bawah lampu biru.

Bidadari ibu & ayah

♡Assalamualaikum♡

Jumaat, 27 Februari 2015, 1218pm

Lahirnya seorang bidadari. Bidadari yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Bidadari yang akan melengkapkan hidup ibu & ayah. Bidadari bauan syurga. Tak sabaq ibu nak peluk cium anak ibu.

Jam 5 petang, baru ibu dapat face to face dengan anak ibu. Saat pertama kali tatap wajah bidadari ibu, ayaq mata hampir mengalir. Tak sangka ibu selamat melahirkan bidadari secomel ini. Alhamdulillah, sempurna tubuh badan, kulit putih gebu, bibir merah delima, rambut hitam lebat. Ibu bersyukur sangat-sangat anak ibu sihat.

Betoi cakap ayah, ibu pun tak tau anak ibu ikut muka sapa. Warna kulit memang tak sama dengan ibu & ayah. Hehehe. Ibu tak kisah anak ibu ikut muka sapa pun, janji anak ibu membesar dengan sihat.


Baby is coming Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sampai Mahsuri, cek bukaan belum ada. Malam tu admit, rehat dekat wad. Time tu macam-macam rasa ada. Nerves dan happy sebab tak sabaq nak jumpa baby. Aku ingat lmbat lagi aku nak bersalin. Tapi saatnya hampir tiba.




Masa admit masih rasa macam biasa, tak dak rasa sakit apa pun. Baring sambil cuba untuk tidoq, tapi tak leh tidoq. Alhamdulillah Mr Alon sentiasa di sisi untuk teman aku.

Baby is coming Part 1

♡Assalamualaikum♡

Rabu 25 Februari 2015

Hari ne last day aku qeja before cuti bersalin. Pulun siapkan semua qeja. Hati dah kat kampung dah time ne. Semangat nak balik kampung katakan. Memang kami plan nak balik 2 minggu awai before due date.

Hari ne masih rasa macam biasa, tak dak rasa sakit-sakit, masih kuat nak berjalan. Kawan-kawan pun kata lambat lagi ne nak bersalin, perut tinggi lagi. Aku pun harap apa-apa pun aku nak selamat sampai Kedah dulu. Tiap-tiap hari pujuk baby jangan keluaq lagi tau. Kita balik jumpa mak tok, opah dulu.

Lepas maghrib, kami gerak ke Sungai Buloh, ambik mak mentua dekat rumah Abang Long. Kebetulan sampai Mak Ndak dengan anak-anak. So, sembang-sembang, makan-makan dulu. Hampir 12 tengah malam, kami bertolak balik ke Kedah. Sempat lagi aku drive sebab Mr Alon dah mengantuk sangat-sangat. 5 pagi, kami selamat sampai Changlun.

Checklist Beg Hospital

♡Assalamualaikum♡

Since dah masuk 37 minggu plus plus nie, beg hospital wajib dah siap packing tau uolllss.. Sapa yang belum tu, pi pack cepat. Kalau dah nak terberanak nanti, memang dah tak sempat dah nak packing. Kalau packing pun mesti banyak barang yang akan termiss.

Aku? Of coz dah siap packing. Excited katakan. hahahaha.. Ok, ne checklist aku untuk beg hospital ibu dan baby.


Official Photo - Maternity Photoshoot

♡Assalamualaikum♡

Official Photographer - MG Media


Taman Persahabatan Malaysia - China, Putrajaya

It's A Girl

♡Assalamualaikum♡

Yehuuuu.. guess what??

It's a GIRL...


Tak sabaq dah nak jumpa face to face ngan Princess ibu..
Only a few weeks. Semoga dipermudahkan semuanya, Aminnnnn!!


Babymoon - Bali Part 4

♡Assalamualaikum♡

Bali Day 3 (10 Oktober 2014)

We're back.. Mood update blog tengah membuak-buak, sebab nak habiskan cita pasai Bali. Dah berbulan, tak abeh-abeh lagi kan..

So, hari ni trip kita dinamakan Bedugul Tour. Pagi ne, kalau diikutkan hotel include breakfast for two. Semangat nak pi breakfast kat kafe. Dari jauh nampak special menu for today "BBQ Pork". Opsss, terus terbantut rasa lapaq pagi tu. Huhuhu.. Disebabkan tak jadi nak breakfast kat kafe kami decide untuk beli roti kat Speed Mart ja. Sebelum tu kami sempat round tengok view hotel.



Be Alert!!

♡Assalamualaikum♡

Minggu ne dah masuk minggu ke 37..Omg..omg..Dah kena bersedia bila dah ada tanda-tanda awal nak bersalin. Semenjak masuk minggu ke 36, aku dah mula nerves. Sebab takut baby kuaq awai. Hehehe..Tiap-tiap hari pujuk baby jangan kuaq lagi, Tunggu sampai ibu selamat sampai Jitra. Tapi..hmmmm..tanda-tanda tu macam dah ada...

Short Vacay - Maternity Photoshoot

♡Assalamualaikum♡

Aku, Mr Alon & Aisam with family sempat plan untuk short vacay sambil buat maternity shoot. Lokasi yang dipilih, Gold Coast Morib International Resort. Dekat dan menarik. Untuk yang ada anak-anak kecil aku suggest boleh bawak ke sini. Sebab ada theme park. Sesuai sangat untuk habiskan cuti kat sini.

Ok, aku booking secara call direct dengan resort. Alhamdulillah, harga agak berpatutan. RM 290.00 semalam, include breakfast for two dan dua tiket waterpark. Booking done, so, last week 7 Feb pagi kami gerak ke Morib.

Sebelum ke Morib, kami singgah kat sebuah taman mini dengan senibina negara China dekat Putrajaya. Aku ne nama ja qeja kat Putrajaya tapi aku pun tak tau kat situ presint bapa. Hehehehe. Yang pastinya taman tu dekat tapak Pesta Bunga Floria tahun lepas. Cantik taman tu, kami sendiri tak pernah tau wujudnya taman tu. Kebetulan ada member yang habaq.

Supplement

♡Assalamualaikum♡

Entry kali ni, aku nak share supplement yang aku amik sepanjang aku pregnant. Fisrt sekali yang aku buat bila aku tau aku pregnant, aku tengok review supplement yang terbaik untuk ibu mengandung. Aku search dan aku tanya jugak kakak dan kawan-kawan.

Semua tahu, ibu mengandung perlukan vitamin tambahan supaya bayi dalam kandungan mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Tambah-tambah orang macam aku ne, yang tengok susu pun nak termuntah. Masa mula-mula aku tau aku pregnant tu memang agak susah hati, sebab aku tau orang pregnant ne memang kena minum susu. Aku plak memang tak leh minum susu. Sebab tu aku menggigihkan diri cari supplement yang boleh menggantikan susu, jadi aku tak yah minum susu dah. Dan.....

Babymoon - Bali Part 3

♡Assalamualaikum♡

Bali Day 3 (9 Oktober 2014)

Pagi ne, breakfast macam biasa, akan dihantar sampai ke bilik. After breakfast terus checkout hotel. 2 malam seterusnya kami akan stay dekat hotel len plak.


Puas hati sangat dengan hotel The Studio ne. Servis, kemudahan, suasana, semuanya terbaik. Lepaih ne kalau sampai Bali lagi, hotel ne akan jadi pilihan utama aku.


Checklist Mommy & Baby

♡Assalamualaikum♡

Hewhewhew. Dalam banyak-banyak entry, yang ni paling excited nak taip. Sebelum ne selalu tengok mommy-mommy to be asyik share checklist barang keperluan baby, kali ni giliran aku pulak. Hehehe! Al maklum la, baby first, excitednya memang terlebih sikit. Kalau boleh semua barang nak dibeli. Tapi kena beringat, beli mengikut keperluan, bukan kehendak tau.

Orang selalu pesan barang baby jangan beli awai-awai. Bila kandungan dah masuk dalam 7-8 bulan, baru start shopping. Aku ne kandungan baru 4-5 bulan, dah rasa macam nak start shopping. Excitedlah katakan. Hahaha. Mujuq la Mr Alon halang, katanya awai lagi. Banyak masa lagi yang ada untuk shopping barang babby.

First sekali, aku kumpulkan info barang apa yang perlu dibeli dan jenama yang sesuai. Apalagi kita blogwalking la kan. Banyak info yang kita boleh dapat dari internet ne, terutamanya dari blog-blog mommy to be ne. Best baca pengalaman setiap orang. Dari situ kita boleh kumpul info yang mana barang yang betul-betul penting yang perlu kita dahulukan.

Aku dah dapat checklist barang-barang yang perlu aku beli. Jom, kita usha ramai-ramai.

GSC Di Hujung Jari Anda

♡Assalamualaikum♡

Sapa suka tengok movie? Sila kembangkan hidung..haha..

Ok, aku ngan Mr Alon memang suka tengok movie. Pantang ada movie baru kuaq, mesti serbu panggung wayang. Sebelum ne aku selalu booking tiket secara online kt laptop,PC ofis dan sewaktu dengannya. Bila dah booking, kena print tiket tau. Agak leceh.

Tapi sekarang tidak lagi. Ecewah. Hehehehe. Sekarang aku booking online melalui phone ja. Guna application GSC yang aku download kat Play Store. Sapa yang belum download, sila download beramai-ramai.

Meh aku ajaq macam mana nak booking. Yang dah tau sila tutup mata, telinga dan mulut anda.

3D Scan - Girl?? Boy??

♡Assalamualaikum♡

Aku pasti semua bakal ibu mesti tak sabaq nak tau jantina baby kan?? Lagi-lagi first baby. Mesti lagi tergedik-gedik sibuk nak pi scan. hehehehe. Same goes to me. Dah tak sabaq-sabaq nak tunggu kandungan masuk usia 28 minggu sebab nak wat 3D scan.

So, 18 Disember 2014 yang lepas, aku set appoitment dengan Klinik As Salam, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Klinik ne best sebab doktornya semua ramah-ramah. Memang puas hati kalau pi klinik ne. Kalau sapa-sapa nak buat 3D scan, memang aku suggest untuk ke Klinik As Salam. Boleh call untuk booking. (03-8912 9969)

Barakallah Wardah & Awie

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah, dengan izin Allah, 19 Disember 2014 menjadi detik terindah dalam hidupmu. Menjadi yang halal buatnya adalah impianmu. Akhirnya bahagia milikmu...

Opppsss..siapakah ini??

Lupa plak ceq nak habaq. She is one of my BFF. Siti Wardah.

Babymoon - Bali Part 2

Bali Day 2 (8 Oktober 2014)

Sebelum masuk bilik semalam, receptionist dah ambil order untuk breakfast pagi ne dan time kita nak breakfast. So, pagi-pagi breakfast dah dihantar ke bilik..