2 Ramadhan - Surprise

♡Assalamualaikum♡

2 Ramadhan, Jumaat..

Tiba-tiba ja Mr. Alon ajak balik kampung. Rindu katanya. Done mintak izin bos nak halfday, setle-setle semua qeja, terus balik rumah. Siap kemas barang, baru aku amik Nur Iman kat rumah pengasuh. Lepas solat jumaat, terus gerak.

Kali ne kami balik tak habaq kat ma & mak. Konon-kononnya nak buat surprise. Tapiiiii.....





Memang dah jadi rutin, Mr Alon akan sentiasa penuhkan minyak kereta dengan minyak Shell. Nak dijadikan cerita, sebelum bertolak, baca bismillah, tengok meter minyak, ok cukup lagi ne. So, kami teruskan perjalanan sampai la hentian rehat terakhir sebelum masuk terowong menora (aku dah lupa hentian rehat mana,,Hahahahha). Minyak dah makin berkurang, so masuk hentian rehat nak isi minyak. Tapi, hentian kat situ cuma ada stesen minyak Petronas. Mr Alon kata kita isi hentian seterusnya la. Dengan konfidennya, minyak akan cukup. Lepas ja Ipoh, masuk kawasan yang berbukit, aku yang tengah layan mata mengantuk, tiba-tiba terkejut sebab qeta dah semput-semput.

Mr Alon pun dah cuak, berdoa harap-harap sempat masuk terowong dan sempat sampai hentian Sungai Perak. Huhuhuhu.

Sampai ja betul-betul depan pintu masuk terowong Menora, Mr. Alon terus stop dekat macam kawasan pos pengawalan Plus sebab qeta tak berhenti tersentap-sentap. Takut, kalau dah masuk dalam terowong nanti, qeta mampuih dalam terowong lagi la menyusahkan orang kan. Jem sampai ke KL plak nanti. Hahahahha.



Fuhhh, first time seumuq hidup qeta abeh minyak kat tengah-tengah highway macam ne. Hahahaha...hari ne dalam sejarah. Aku tengok Mr Alon, Mr Alon tengok aku, sama-sama gelak. Hahahahaha...Nasib Nur Iman tak paham lagi, kalau tak aku rasa dia pun mesti tergelak. Hehehehe..

Kebetulan hari yang sama, Mak Cik Mr Alon yang stay kat Ipoh dalam perjalanan balik dari Kedah. So, call tanya kalau-kalau dah dekat boleh kirim belikan minyak sekali. Tapi malangnya, Mak Cik baru kat Taiping, rasanya macam lambat lagi. So, kami decide untuk call talian kecemasan Plus. Dah bagitau detail n masalah, kami pun lepak tengah-tengah highway.




Kat tengah-tengah highway tu, Nur Iman syok ja duk layan tengok qeta lalu-lalang.




Lebih kurang sejam tunggu, baru nampak kelibat kereta peronda Plus, lega rasanya. Tapi, rupa-rupanya staf Plus tu mai dengan tangan kosong. Boleh plak tanya kami nak buat macam mana. Ngok btoi..huh.. sory termengumpat plak kat sini. Aku sangkakan bila kita dah habaq masalah apa, staf Plus akan sampai sekali dengan minyak. Tapi hampeh, dia plak tanya kita nak buat macam mana. Nasib la tengah posa kan, so kena tahan sabaq sikit. Fuh..fuh..fuh...tarik nafassss...

Last-last Mr Alon bagi rm20 kat staf Plus untuk beli minyak. Bermulalah penantian untuk kali kedua. Lebih kurang sejam lepas tu baru staf Plus tu sampai balik. Dah siap isi minyak, senyum-senyum lambai-lambai kat Plus (huh..), kami pun bertolak. Sampai umah ma lebih kurang jam 9.30 malam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the story isi la minyak penuh-penuh sebelum mulakan perjalanan & tak yah la nak surprisekan orang sangat. Last-last diri sendiri yang kena surprise. Hehehehehehehe!!



p/s : Sorry, lambat update. Busy dan kemalasan yang teramat sangat. Syawal dah abeh, baru nak update cerita Ramadhan. Stay tuned, banyak lagi entry yang nak di post. Tungguuuuuuu....














No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..