5 hari tanpa bidadari

♡Assalamualaikum♡

Ahad 1 Mac 2015

Pagi ne ayah uruskan pendaftaran nama Iman ngan maklumkan dekat Klinik Kesihatan yang Iman dah lahir. Tengahari, nurse mai rumah untuk cek ibu ngan Iman. Alhamdulillah ibu ngan Iman sihat, cuma nurse suruh bawak Iman pi cek kuning petang nanti.

Petang, ayah ngan mak tok bawak Iman pi klinik. Ibu tunggu Iman kat rumah ja. Ayah kata kuning Iman tak tinggi sangat, bacaan 213. Esok pagi Iman kena pi cek lagi. Ibu harap kuning Iman tak naik esok.


Isnin 2 Mac 2015


Pagi ne ibu ngan ayah bawak Iman pi klinik. Iman gud girl sangat, qenyau bila Iman lapaq ja. Bila result dah siap, nurse terus pi kat ayah habaq Iman kena masuk wad. Kuning Iman naik sampai 280. Nurse suruh pilih nak masuk Hospital Jitra ka Hospital Sultanah Bahiyah. Mesti la ibu pilih Hospital Jitra. Senang, dekat dengan rumah mak tok.

Petang, lepas lunch ibu ayah terus bawak Iman pi hospital. Setle urusan pendaftaran masuk wad, ayah balik. Petang nanti, waktu melawat ayah mai balik tengok Iman. Nasib baik ibu pun bleh duduk dekat wad teman Iman. Lepas nurse ambik darah Iman untuk cek kuning lagi, nurse letak Iman bawah lampu biru.



Masa ibu tengah tunggu Iman, ibu nampak doktor pi kat Iman. Dia belek-belek Iman, ibu dah rasa tak sedap hati. Bila doktor panggil ibu, ibu dapat rasa ada yang tak kena.

Doktor kata Iman kena refer ke HSB secepat mungkin. Kuning Iman naik mendadak hampir bacaan 400. Allahhuakbar, ibu tak mampu nak kata apa-apa kat doktor. Doktor kata kemungkinan besaq Iman terpaksa lalui prosedur tukaq darah kalau kuning Iman tak turun. Ibu dah tak terkata apa lagi. Hanya ayaq mata yang jadi peneman ibu mula saat tu.

Ibu suruh ayah mai cepat. Sebab doktor suruh ibu get ready untuk bawak Iman ke HSB. Bila ayah sampai, ibu tak tau nak cakap apa dekat ayah. Bila nak cakap ibu sebak. Ibu takut sesuatu jadi kat Iman.

Lewat petang tu ibu ngan Iman dihantaq ke HSB dengan ambulan. Ayah tunggu kita kat sana. Sampai ja nurse terus bawak ke wad NICU. Masuk ja kat situ, ibu dah mula takut. Sebab kiri kanan ibu nampak ramai baby-baby dengan macam-macam keadaan. Ibu takut kalau ibu terpaksa tengok Iman dalam keadaan macam tu jugak. Penuh dengan wayar yang disambung dekat badan.

Sampai dekat wad kuning. Nurse ambik Iman. Ayah tunggu dekat luaq sebab opah mai. Opah ingat boleh masuk tengok Iman. Ibu ngan ayah ja yang boleh masuk. Doktor tanya macam-macam dekat ibu. Doktor terangkan macam mana doktor dekat Hospital Jitra terangkan dekat ibu. Iman akan jalankan prosedur tukaq darah kalau kuning Iman tak turun jugak malam ne. Doktor suruh ibu sain surat kebenaran untuk jalankan prosedur tu.

Doktor jugak terangkan risiko dan komplikasi prosedur tukaq darah tu. Ibu dengaq dan ibu paham. Doktor kata ada kemungkinan darah yang digunakan tu ada jangkitan HIV, Hep A, Hep B dan Siflis.

Ibu dah tak mampu nak kata apa. Ibu cuma pesan kat doktor buat apa saja untuk Iman, janji Iman sihat. Ibu redha denga apa jua keadaan.

Malam tu ibu kena tinggai Iman dekat wad. Ibu tak boleh teman Iman. Sebelum balik, ibu tengok Iman dulu. Sedih ibu tengok Iman. Iman dah diletakkan bawah 3 lampu biru tanpa pakaian. Pampers pun tak dak. Ibu tinggaikan Iman dengan linangan ayaq mata. Rasa berat hati sangat nak tinggai Iman.

Ayah cuba tenangkan ibu. Ayah kata ibu kena kuat demi Iman. Ayah pun cuba kuat demi ibu ngan Iman. Dan ibu ayah tau yang NUR IMAN KHADEEJA kuat. Apa yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai hamba Allah kena terima dengan redha walau apa jua keadaan.

Malam tu ibu ngan ayah balik rumah tanpa Iman. Baru sesaat ibu tinggaikan Iman, ibu dah rindu. Macam mana ibu nak lalui malam ne tanpa Iman. Hanya baju bekas Iman pakai yang jadi pengubat rindu ibu ngan ayah dekat Iman.

Kalau Iman nak tau, ayah berebut baju Iman ngan ibu. Kesian kat ibu. Huhuhu.. Malam tu ibu tidoq tak lena sebab pikiaq Iman. Ibu harap sangat kuning Iman turun.


Selasa 3 Mac 2015

Pagi-pagi lagi ibu ayah dah siap nak pi dekat Iman. Sampai dekat Iman, ibu ja boleh masuk tengok Iman. Ayah kena tunggu kat luaq. Ibu jalan cepat-cepat nak sampai kat Iman. Tak sabaq nak peluk cium anak ibu. Sampai ja ibu tengok lampu biru tinggai 2 ja. Ibu tanya nurse. Alhamdulillah, nurse kata kuning Iman dah turun sikit. Syukur alhamdulillah. Ibu bersyukur sangat-sangat. Ibu tak boleh teman Iman lama-lama. Waktu melawat nanti, ibu teman lagi na.



Ibu cepat-cepat pi kat ayah. Ibu habaq kat ayah kuning Iman dah turun. Ibu tengok muka ayah nampak lega. Ibu tunggu sampai waktu melawat tengahari. Ibu nak teman Iman lagi. Tiap-tiap hari ibu bagi Iman breasfeed, tak dak susu pun tak pa. Ibu nak bagi Iman hisap. Orang kata rangsangan hisapan dari baby mempercepatkan pengeluaran susu ibu. Tengahari ne ibu tengok Iman hisap sungguh-sungguh hati. Ibu yakin mesti susu ibu dah ada untuk Iman.

Balik dari teman Iman, ibu ayah terus pi beli breast pump. Sampai rumah ibu terus pam. Ibu tak dapat nak gambarkan perasaan ibu bila ada susu yang keluaq. Lega sangat. Lepas ne ibu boleh menyusu Iman sepenuhnya dah.

Petang, waktu melawat 4.30 sampai 7.30. 3 jam rasa macam 3 minit. Tak puas ibu teman Iman. Petang ne nurse kata kuning Iman turun lagi. Lega sangat ibu dengaq. Ibu harap lepas ne pun makin turun. Boleh Iman ikut ibu balik rumah kan. Petang ne ibu tinggaikan bekalan susu ibu yang sempat ibu pam tadi. Ibu harap dengan minum susu ibu Iman akan makin sihat. Sebelum balik ibu ayah peluk cium Iman puas-puas dulu. Ibu tau Iman pun rindu ibu ayah kan?



Malam ne sehari lagi ibu ayah tidoq tanpa Iman. Iman mimpi ibu ayah tau.


Rabu 4 Mac 2015

Hari ne macam biasa. Waktu melawat tengahari ibu ayah pi teman Iman. Hari ne ibu tengok lampu biru tu dah tinggai satu. Maknanya mesti kuning Iman turun lagi kan. Ibu tengok Iman tidoq nyenyak ja. Nurse kata Iman gud girl sangat. Iman qenyau bila Iman lapaq ja.



Petang ibu ayah pi teman Iman lagi. Macam biasa ibu ayah akan teman Iman sampai habis waktu melawat. Setiap kali sampai masa nak balik, ibu tak sampai hati nak tinggai Iman. Ayah selalu kata takpa, Iman kuat.

Satu lagi malam ibu ayah tanpa Iman. Huhuhu. Baru ibu ayah tau macam ne rasanya rindukan anak.


Khamis 5 Mac 2015

Hari ne hari ke 3 Iman dekat wad. Hmmm. Baru 3 hari, tapi ibu rasa macam dah banyak hari. Hari ne bila Iman pi kat Iman, ibu tengok Iman tak dak kat tempat Iman. Ibu risau. Ibu takut apa-apa jadi kat Iman. Bila ibu tanya, nurse kata Iman dah tukaq bilik. Bila ibu pi kat Iman, ibu tengok Iman dah tak duduk bawah lampu dah. Wah, happynya ibu rasa. Kalau macam ne mesti tak lama lagi Iman dah boleh balik kan. Ibu dukung Iman, ibu peluk cium Iman. Kali ne ibu ayah boleh dukung Iman lama-lama. Sebelum ne ibu cuma boleh dukung sat ja bila nak susukan Iman sebab nurse pesan biaq Iman duduk bawah lampu lama-lama. Baru kuning Iman cepat turun.



Ibu tengok muka ayah. Ibu nampak ayah happy sebab Iman dah makin sembuh.

Petang, macam biasa ibu ayah pi teman Iman lagi. Petang ne ibu tanya doktor bila Iman boleh balik sebab Iman dah tak duduk bawah lampu. Doktor kata mungkin petang Sabtu Iman dah boleh balik, sebab Iman kena completekan antibiotik Iman dulu. Tengahari Sabtu dos last antibiotik Iman, so kemungkinan besaq petang tu Iman dah boleh balik. Tak sabaq ibu ayah nak tunggu lagi dua hari nak bawak Iman balik.


Jumaat 6 Mac 2014

Hari ne ibu pi kat Iman masa melawat petang ja. Tengahari ibu tak sempat nak pi sebab hari ne kan hari Jumaat, ayah kena pi solat Jumaat.

Petang, bila ibu ayah pi kat Iman, ibu tengok Iman duduk bawah lampu balik. Ibu tanya doktor, doktor kata kuning Iman naik balik hari ne. Alahai anak ibu, risaunya ibu. Kalau makin naik lagi, lagi lama la Iman kena duduk dekat wad.




Sabtu 7 Mac 2015

Hari ne ibu tak sabaq-sabaq nak pi tengok Iman. Ibu ayah doa mintak-mintak kuning Iman tak naik dah.

Bila sampai ja kat Iman, yeaaaaa. Iman dah tak duduk bawah lampu, maknanya kuning Iman turun balik. Ibu dukung Iman puas-puas, ibu susukan Iman banyak-banyak, bagi Iman kenyang. Masa ibu ayah teman Iman, ibu nampak ada doktor specialist mai cek baby-baby lain. Ibu dengaq doktor tu kata semua baby yang dia cek dah boleh balik. Masa tu ibu tengok muka ayah, ayah tengok muka ibu. Ibu kata mesti Iman tak boleh balik lagi ne. Huhuhu.

Sebelum balik tengahari tu, ibu tanya nurse dulu. Iman dah boleh balik belum. Nurse kata Iman dah boleh balik. Specialist dah cek Iman pagi tadi lagi. Tunggu ibu ayah sampai ja. Haish, ibu rasa macam nak melompat ja dalam wad tu. Macam nak peluk cium ayah jugak. Mmmuahhh ayah!!! Hehehehe...

Lepas 2 petang baru Iman boleh balik. Lepas ayah setlekan bil, Iman dah boleh balik. Yeeeaaaaa!!

Opah, Mak Tok, Wan...Iman is on the way....

2 comments:

  1. Syakiroh Mohd Rosli9 March 2015 at 20:59

    mimi...akak baru baca...akak faham perasaan mimi waktu tu...akak pun macam mimi gak...Akak sempat tengok dia masa baru keluar...pastu terus kena masuk wad.....akak tak berkesempatan nak bersama AMANI waktu tu...cuma doa dari jauh ja....Amani dilahirkan tak cukup bulan....waktu umur dia sejam dah di masukkan ke wad....sebab kuning dah ada....akak tak dapat bergerak sebab akak br lepas operate....cuma abah dia aja dapat tgk dia waktu tu....air mata ni dah tak dapat nak di bendung lagi waktu tu....sekurang-kurangnya mimi dapat bersama iman kan....bersyukurlah dia dah selamat....akak kena kuatkan diri....dua hari lepas operate akak cuba kuatkan diri nak p melawat anak...doktor hairan akak dah bleh berjalan....sakit tak yah cakap lah...demi anak akak tak bleh tunggu kot....Di Hospital Taiping Teruk skit...wad bersalin dengan wad kanak2 jauh...akak gagahi gak.....Alhamdullillah berkat doa dan kesabaran kita Anak membesar dengan baik dan sempurna...itu dugaan ALLAH pada kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak..seksa rasa sementara tunggu nak bleh kuaq dar wad. alhamdulillah, dah selamat semuanya. moga2 membesaq dgn sihat..

      Delete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..