Nur Iman In Cameron Highland - 27 September 2015

Assalamualaikum

Kali ne Nur Iman Khadeeja ke Cameron Highland. Dah cemuih tengok jerebu kan, jom kita tengok kabus Cameron plak. Percutian last minit plan. Plan asal nak ke Port Dickson terpaksa cancel sebab jerebu semakin teruk. Bertolak dari Sungai Buloh 3.00 petang.





Alhamdulillah, jalan tak jem. Kebanyakan orang dah habis cuti, so jalan memang clear. Kalau nak tau Mr Alon memang suka plan untuk bercuti waktu hari bekerja. Sebabnya tak jem dan destinasi percutian tu pun tak sesak dengan pengunjung.

Sampai Cameron lebih kurang jam 7 malam. Pusing cari hotel dulu. First kami ke Rumah Penginapan Persekutuan untuk penjawat awam. Memang akan dapat murah, tapi tak pasti la boleh stay tanpa booking atau tak kan. Memandangkan jalan masuk agak dalam, so kami cancel.Then kami ke Planter's Country Hotel atau dulu dikenali sebagai Bala's Holiday Chalet. Tapi yang ne pun tak jadi sebab tengok pun sunyi ja, macam menakutkan. Last-last kami ke Hotel Casa Dela Rosa, harga pun not bad, berpatutan. So, here we are!!!


Kami stay untuk satu malam, family room dengan harga RM406 termasuk dinner dan breakfast for 3 person.


ahhhhhhh...lega. Budak kecik ne pun dah letih, lama sangat dalam kereta.
Malam, tak dak aktiviti. Lepas rehat, mandi, kami siap-siap untuk dinner kat hotel. Untuk dinner, masa check in staf hotel dah tanya nak makan apa. Kita boleh pilih samada nak set nasi atau set western. Kami pilih set western.


Appetizers 
- Mushroom Soup
  Rasanya...hmmmm.. macam ada something wrong. So, makan sesudu dua ja untuk rasa.

Main Course
- Chicken Chop With Black Pepper Sauce
  Rasa biasa-biasa ja, nothing special

Chicken Chop With Black Pepper Sauce
Dessert
- Puding Jagung
  Pun biasa ja rasanya.

Puding Jagung
Dan yang paling bestnya, pakej dinner without drink. Kami macam, "What???Seriously??? Hissshhh, caj tersembunyi betoi.



Bagun pagi, siap-siapkan Nur Iman dulu. Malam semalam dah cas penuh, so pagi ne bangun tak la dia meragam.


Breakfast pagi, hidang secara bufet. So, makan apa saja dari 7.30 am hingga 10.30 pagi.





View sekitar hotel. Kami dapat bilik kami hujung sekali, so kereta boleh parking sebelah bilik. Bilik yang kat depan ne jenis bilik untuk family yang boleh menempatkan 3 orang dewasa. Tapi kalau aku nak masuk 10 orang pun boleh. Bawa toto sendiri, sebab bilik ne luas sangat.













Cuaca pagi ne tak berapa cantik, hujan renyai-renyai. Sejukkkkk..

Lepas checkout, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan kami terus bergerak balik. Singgah tempat-tempat yang kami jumpa masa on the way turun ja.

KHM Strawberry Farm

Strawberry Farm ne terletak di Kg Taman Sedia, Satu-satunya kawasan perkampungan Melayu di atas gunung sejuk ni. Kalau sapa-sapa pernah stay dekat kawasan ne mesti akan jatuh cinta dengan suasana kampungnya. Dan KHM Strawberry Farm ne antara tempat wajib yang akan kami kunjungi kalau ke Cameron. Aiskrim Strawberry dia mesti kena rasa. Sapa tak rasa rugi ok!!





Nur Iman jangan nak ikut perangai ayah na. Dari bujang sampai dah jadi ayah ne, kalau mai sini mesti nak petik strawberry. Dah ada sign jangan petik, ketegaq!!









Aiskrim kat sini boleh pilih samada nak toping strawberry atau chocolate..


Then, kami singgah Bharat Tea Centre. Singgah semata-mata nak snap gambaq pemandangan ladang teh. Tak lengkap rasanya kalau mai Cameron tak dak gambaq Ladang Teh kan.














Dalam perjalanan naik hari tu dah bagitau kat Mr Alon, balik nanti nak singgah Air Terjun Lata Iskandar. So, here we are..


















Nampak sangat yang Nur Iman excited bila nampak ayaq. Nak bagi mandi, nanti beku plak anak aku kat situ kan. So, celup-celup kaki dalam ayaq ja la. Menggedik tengok dia.

Air Terjun Lata Iskandar ne terletak di daerah Tapah. Di sini juga ada dijual bermacam-macam jenis barangan kraftangan orang asli yang jarang dijumpa di tempat lain.

Time to go back. In Sha Allah, akan kembali dengan destinasi Cuti-Cuti Malaysia yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..