Checklist Mommy & Baby

♡Assalamualaikum♡

Hewhewhew. Dalam banyak-banyak entry, yang ni paling excited nak taip. Sebelum ne selalu tengok mommy-mommy to be asyik share checklist barang keperluan baby, kali ni giliran aku pulak. Hehehe! Al maklum la, baby first, excitednya memang terlebih sikit. Kalau boleh semua barang nak dibeli. Tapi kena beringat, beli mengikut keperluan, bukan kehendak tau.

Orang selalu pesan barang baby jangan beli awai-awai. Bila kandungan dah masuk dalam 7-8 bulan, baru start shopping. Aku ne kandungan baru 4-5 bulan, dah rasa macam nak start shopping. Excitedlah katakan. Hahaha. Mujuq la Mr Alon halang, katanya awai lagi. Banyak masa lagi yang ada untuk shopping barang babby.

First sekali, aku kumpulkan info barang apa yang perlu dibeli dan jenama yang sesuai. Apalagi kita blogwalking la kan. Banyak info yang kita boleh dapat dari internet ne, terutamanya dari blog-blog mommy to be ne. Best baca pengalaman setiap orang. Dari situ kita boleh kumpul info yang mana barang yang betul-betul penting yang perlu kita dahulukan.

Aku dah dapat checklist barang-barang yang perlu aku beli. Jom, kita usha ramai-ramai.




CLOTHING

1. Baju harian @ siang - Baju seluar pendek dan lengan pendek, baju yang berlubang-lubang dan singlet. Kebanyakannya yang aku beli semua warna putih, Sebab orang tua-tua selalu pesan, masa baby kecik lagi ne banyakkan baju warna putih, senang untuk tengok kuning baby.
2. Baju malam @ tidur - Baju seluar panjang dan lengan panjang.
3. Romper dan Jumpsuit - Yang ne memang aku geram tengok, sebab romper semua comel-comel. Dan aku rasa romper paling banyak aku beli. Hehe!! Tak tahan tengok uolllsss.
4. Baju jalan-jalan - Baju untuk jalan-jalan aku tak beli pun lagi, Sebab kalau nak beli awai-awai yang cantik-cantik, aku takut tak muat kat baby. Sebab tak boleh nak agak lagi baby kuaq nanti berat dia bapa kan. Besaq ka kecik? So, aku tunggu baby kuaq dulu, baru nak beli. Sempat lagi kan. Hehe!!
5. Mitten dan Booties - Yang ni kalau boleh beli banyak pun tak pa, sebab new born baby ni kena pakai sarung tangan dan kaki sentiasa.
6. Bonnet @ Topi - Yang ni pun aku beli agak banyak. Macam biasa, geram tengok sebab comel-comel sangat.
7. Barut - Yang ne penting untuk baby. Aku beli dalam 10 helai. Banyak pun tak pa, sebab baby ne kerap poo poo, takut nanti setiap kali poo poo terkena barut. So, untuk menyengankan kita, baik beli banyak-banyakkan. Barut sekarang ne pun cantik-cantik dan macam-macam corak. Tapi pastikan pilih kain cotton yang sesuai untuk baby tau.
8. Bedung @ Swaddle Pod - Sekarang ne bedung dah ada macam-macam jenis dah. Ada jugak bedung moden, just zip ja. Yang nie aku tak beli banyak walaupun aku geram tengok banyak sangat comel-comel. Aku beli 3 ja. Satu yang ada zip, 2 lagi wrap. 

 Untuk baju jangan risau, awal-awal ne jangan plak pi shopping sampai tak ingat dunia. Beli sikit-sikit dulu, utamakan yang saiz 0-3 months. Jangan la asyik nak beli yang 3-6 atau 6-12 months ja. Memang la orang cakap baby ne cepat besaq. Tapi nanti, kesian plak tengok baby new born, pakai baju besaq dari tuan, Kan dah tak cantik, tak comel. Beli ja yang saiz kecik, kalau pakai sat ja pun tak pa. Lepas tu bleh simpan untuk next baby atau bagi ja kat anak-anak saudara yang akan datang.


DIAPERING

1. Napkin - Boleh juga guna sebagai bedung. Untuk backup ja tau. Aku beli satu set ja brand Pureen ada 10 keping napkin. Bercorak. Comel uolllsss. Hehehe!!
2. Diapers - Mula-mula tak tau nak beli brand apa. So, tanya la kat kakak-kakak yang dah banyak pengalaman tu. So far, kakak memang guna Drypers. Elok dan murah. So, aku beli satu pek ja dulu untuk new born. Tiba-tiba dapat advanced hadiah dari kawan Mr Alon. Dua paket diapers, saiz untuk new born dan S. Diapers ne tak dak jenama, buatan Korea. So far, kawan Mr Alon kata, diapers ne memang dia guna baby dia dan kualiti memang terbaik. Kiranya ne macam tester la. Hehehe. Tak pa, kita try. Kalau memang terbaik, why not kita guna yang ne kan. Harga murah sikit dari Drypers.
3. Wet Tissue - Untuk wet tissue aku beli brand Pureen, Beli siap-siap 2 yang bentuk botol tu dan 2 yang pek kecil tu, untuk travel.
4. Changing Mat - Beli satu pun dah cukup bagi aku. Untuk lapik kat tilam supaya tak mudah kotor bila baby terpoopoo atau terkucil masa bukak baju dia.
5. Baldi dan Bakul - Untuk letak baju kotor baby.


BABY CARE & GROOMING

1. Bedak Bayi - Aku beli brand Johsson's Baby
2. Losyen Bayi - Pun brand Johnson's Baby
3. Minyak Baby - Johnson's Baby gak.
4. Cotton Bud - Beli yang kecik tau, baby punya. Jangan beli yang biasa kita pakai tu, besaq, tak sesuai untuk baby.
5. Pengepit kuku, sikat, gunting, penyedut hingus dan termometer - Yang ni aku beli dalam set, brand Tommee Tippee. Memang dah aim nak beli yang ni. So, jumpa masa Ekspo Mother & Baby kat PICC ari tu, terus beli.
6. Minyak Telon - Minyak ne aku rasa wajib ada. Untuk elakkan baby alami perut kembung, masuk angin dsb.
7. Cotton Ball
8. Nappy Cream - Yang ni aku belum beli, terlupa. Hehehe!! Untuk sapu kat bontot baby kalau-kalau tumbuh ruam sebab diapers yang pakai tu tak sesuai.


BATHING

1. Tuala Mandi
- Beli sekurang-kurangnya 2-3 helai. Boleh guna ganti-ganti.
2. Bath Tub/Besen Mandi - Masa pantang kat rumah mak nanti, mungkin tak perlu guna kot, sebab mak ada nak tolong mandikan baby. Hehe. Aku selalu tengok mak ngan kakak mandikan dalam sink ja. Tapi, aku tak berani, so aku nak beli bath tub. Bath tub ne aku beli masa Ekspo Mother & Baby kat PWTC baru-baru ni. Harga memang mahai sikit, tapi aku rasa sangat berguna untuk aku, dan tahan lasak. Nak tau brand apa, bleh usha KAT SINI.
3. Set Mandian (Syampu & Sabun) - Aku beli brand Johnson's Baby.


NURSERY / BEDDING 

1. Baby Cot / Play Pen - Ada setengah orang cakap tak perlu, Baby tak tidoq sangat pun dalam tu. Tapi bagi aku, ne satu keperluan jugak. Kalau kita nak buat qeja rumah, letak baby dalam tu, so selamat untuk dia dan jugak kita. Terpulang nak beli Baby Cot atau Play Pen. Tapi rasanya Play Pen lagi ok kot, bleh guna masa new born sampai baby dah bleh merangkak dan berjalan. Yang ne aku belum beli lagi. Sempat lagi nanti nak beli.
2. Set Tilam - Set tilam boleh guna untuk baby landing-landing kat lantai atau letak dalam Play Pen. Tapi kalau nak letak dalam Play Pen, pastikan beli saiz yang boleh muat dalam Play Pen. Tak susah pun, pi kat kedai, cakap ja nak tilam saiz Play Pen. Set tilam aku beli kat Ekspo Mother & Baby kat PWTC. Set tilam kekabu, cantik dan berpatutan.
3. Kelambu - Yang ne jangan lupa beli tau uollls, wajib. Kalau tidak kesian baby kena ketit ngan nyamuk.


FEEDING

1. Botol dan Puting Susu - Beli yang untuk new born tau.
2. Bottle Steriliser - Yang ni terpulang samada nak beli atau tak. Kalau rajin nak merebus sendiri botol susu, tak payah dah beli. Hehe. Aku, bukan sebab malas, tapi pikiaqkan dengan masa. Kalau ada bottle steriliser, cepat sikit kan.
3. Berus Pembersih botol - Yang ne aku beli set sekali dengan bottle steriliser.
4. Penyepit Botol - Pun set sekali dengan bottle steriliser.
5. Electric Warmer - Guna untuk panaskan susu badan.
6. Nipple Cream - Kalau breastfeed direct, takut-takut kalau niple merekah. Yang ne aku belum beli lagi.
7. Nursing Pad - Aku beli yang disposal brand Pureen.
8. Set Breast Pump - Aku belum beli lagi. Nak beli lepas-lepas pantang nanti. Tapi aku dah survey brand mana yang ok. Setakat hari ni, tengok review brand Spectra M1 yang paling elok. Harga pun berpatutan.
9. Nursing Bra - Setle dah beli.

(Untuk botol, botle steriliser & warmer aku beli brand Tommee Tippee. Aku tengok review kebanyakan ibu-ibu kata brand ne yang terbaik, so jom kita try. Aku beli masa Ekspo Mother & Baby kat PWTC)


TRAVEL 

1. Beg Baby - Untuk simpan baju dan keperluan baby
2. Travel Termos - Simpan air panas untuk panaskan susu.
3. Baby Carrier
4. Stroller
5. Car Seat
6. Nursing Cover

Untuk keperluan travel, aku tak beli lagi, Plan nak beli lepas-lepas pantang nanti. Sempat la iollls nak kumpul duit dulu.


Tips aku untuk mommy-mommy to be kat luar sana. Masa terbaik nak beli keperluan baby ne, masa ada Ekspo Barangan Baby. Time ne selalunya harga jauh lebih murah dari harga biasa. So, rajin-rajinkanlah diri anda untuk usha kat mana ada Ekspo Barangan Bayi. Mr Alon memang sangat peka bab-bab ni, Selalunya dia yang akan tau dulu bila akan ada ekspo. Dan setiap kali ada ekspo memang kami serbu selagi tak cukup lagi keperluan untuk baby.





Dah setle barang keperluan baby. Jangan lupa barang keperluan untuk ibu masa berpantang nanti. Sangat-sangat penting yang ne.


1. Set jamu
2. Tungku
3. Tuam/tungku baby - Aku tak pernah tau kewujudan tungku baby, ingat ibu ja ada tungku. Hehe. Guna kalau-kalau baby kena kembung perut. 
4. Sweater
5. Kain batik
6. Stokin
7. Nursing Bra
8. Maternity Pad
9. Breast Pad
10. Bengkung - Aku beli bengkung tradisional kat Marissa Shoppe
11. Set berpantang Shaklee


Rupa-rupanya banyak kos yang kita perlukan untuk sambut baby ne. Untuk senang, jangan beli semua sekaligus. Nak senang lagi, beli ja sikit-sikit dari awal pregnant. Beli sikit-sikit, lama-lama lengkapla checklist kita kan, Yang penting, utamakan yang penting dulu. Yang kurang penting, nanti-nantipun boleh beli. So, happy shopping mommy-mommy to be...

P/S Entry ni boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan seperjuangan aku yang berniat nak bagi hadiah kat aku nanti...Hahahahahahahhahahaah...Uolllsss bleh tengok barang apa yang iolllss tak dak lagi....




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..