Hippopo Baby Spa & Wellness

6 September 2015, Sabtu yang lepas, aku berkesempatan bawa Nur Iman ke Hippopo Baby Spa & Wellness. A very nice place untuk parents luangkan masa dengan baby. Memang dah lama teringin nak bawa, ne baru berkesempatan. Itu pun, tak plan. Call semua branch, nasib kami baik ada kosong kat Hippopo Baby Spa, Great Eastern Mall. So, kami set appoitment 5.30 petang.






Just nak share dengan semua, pengalaman aku bawa Nur Iman ke satu-satunya spa untuk baby kat Malaysia. Fuh, kecik-kecik dah pandai pi spa kan. Hahahahaha!!




Sebenaqnya time ne Nur Iman dah mengantuk sangat, sebab memang dia tak tidoq dari pagi. Risau jugak takut dia meragam masa kat spa nanti. Pasrah ja la kan.


Hippopo Baby Spa & Wellness, Great Eastern Mall, Jalan Ampang

Sampai ja kat Hippopo Baby Spa, kami diperkenalkan dengan Therapist Nur Iman untuk hari tu, Miss Iela.


Sebelum nak mulakan sesi, Miss Iela terangkan serba sedikit tentang Hippopo Baby Spa dan main-main dengan mood Nur Iman dulu. Bagi Nur Iman warm up dulu. Kalau nak tau, therapist kat sini sangat-sangat friendly.

Lepas dah setle main-main dengan Nur Iman, Miss Iela stretchingkan kaki Nur Iman supaya tak terkejut masuk kolam nanti.

Maka, siap sedialah Si Kenit ibu ne nak masuk kolam. Salin semua baju, Miss Iela pakaikan Nur Iman pampers yang disediakan khas dan juga pelampung.

Haisshhh, ibu yang nervous ne.



Tadaaa, Nur Iman relek ja bila masukkan dia dalam kolam. Cool ja anak ibu ayah ne. .





Boleh nampak yang Nur Iman enjoy sangat boleh swim. Level confident dia tinggi. Cewahhhh. Hahahaha. Miss Iela pun cakap Nur Iman relek sangat, enjoy main-main dalam kolam. Paling best bila tengok kaki dia godek-godek dalam ayaq. Kihkihkih..

Oh ya, jangan risau. Pelampung tu tak sakitkan kepala baby tau. Sebab pelampung ne ada neck support which is dia support dekat bahagian leher. Neck floats ne sangat berguna dan membantu untuk baby. Membolehkan baby rasa selesa, bergerak bebas dan selamat dalam ayaq.






Nur Iman siap ada kawan lagi dalam kolam. Untuk kolam yang besaq ne, diorang akan sharing dengan another baby tau. Kolam besaq ne untuk baby yang 6 months and above. Yang kolam kecik plak untuk new born to 6 months. Dan ayaq dalam kolam ne tak sejuk , suam-suam ja. Dan ayaq akan ditukaq dua kali sehari untuk kolam besaq. Dan untuk kolam kecik akan ditukaq setiap kali selepas habis satu sesi.

Masa yang diperuntukkan untuk swim adalah 20 minit.



Tadaaa, Nur Iman dah habis swim dah. And last sekali, massage time!! Best tau, lepas mandi, Miss Iela akan massage kan satu badan baby. Haisshh, ibu yang tengok ne pun nampak best. Nur Iman mesti la lagi bestkan..










Thank you Miss Iela dan staf-staf Hippopo Baby Spa & Wellness atas layanan. In Sha Allah akan bawa Nur Iman ke sini lagi.

Bagi yang nak tau berapa kos yang kena caj, only RM 86 per session include swim 20 minutes = baby massage. Ambil masa lebih kurang sejam tau. Untuk parents yang nak bawa baby ke Hippopo Baby Spa & Wellness bleh cek website diorang. Berbaloi sangat tau.



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..