♡Assalamualaikum♡
5 hari berlalu semenjak dengaq berita pemergian seorang teman. Masih lagi ada rasa terkejut. Macam tak percaya pun ada. Imbas balik memori lama, banyak kenangan yang tercipta. Ada yang manis ada jugak pahitnya. Ada hikmah disebalik pemergian ini. Silaturrahim yang lama terputus akibat salah faham, akibat keegoaan masing-masing kini terjalin semula. Manisnya rasa, tenangnya rasa. Rindu pada gurau senda yang pernah tercipta antara kita semua. Alangkah indahnya tika itu. Andai masa dapat diputar kembali.
Semenjak aku bergelar ibu, emosi mudah terjentik. Tenung lama-lama wajah Nur Iman, hati terdetik. Macam mana Nur Iman kalau ibu "pergi" dulu? Mampukah ayah beri kasih sayang seorang ayah dan jugak seorang ibu buat Nur Iman? Mampukah Nur Iman harungi hari-hari mendatang tanpa ibu di sisi?
Buat Jannatul Adnin, anakanda arwah Siti Fitriza. Membesarlah menjadi anak yang soleh. Anak yang taat pada agamanya. Anak yang taat pada ibu bapanya. Ingatlah pengorbanan, susah payah ibumu berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkanmu. In sha allah ibumu menantimu di SyurgaNya.
Doa yang sama aku titipkan buat anakanda tercinta, Nur Iman Khadeeja. Ingatlah Nur Iman sentiasa di hati ibu dan ayah.
Mati itu pasti. Bila, dimana dan bagaimana belum pasti. Apapun yang pergi tetap pergi. Buat kita yang masih di sini hidup perlu diteruskan. Bersedia bila-bila masa akan dipanggil menghadapNya.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..