Baby is coming Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sampai Mahsuri, cek bukaan belum ada. Malam tu admit, rehat dekat wad. Time tu macam-macam rasa ada. Nerves dan happy sebab tak sabaq nak jumpa baby. Aku ingat lmbat lagi aku nak bersalin. Tapi saatnya hampir tiba.




Masa admit masih rasa macam biasa, tak dak rasa sakit apa pun. Baring sambil cuba untuk tidoq, tapi tak leh tidoq. Alhamdulillah Mr Alon sentiasa di sisi untuk teman aku.





Jumaat 27 Februari 2015

Tengah baring sembang-sembang, Mr Alon tanya...

"sayang dah ready ka?"
"nak beranak?"
"nak ada anak"
"nak menghadapi hari-hari yang akan datang sebagai ibu?"
"nak berpantang?"

dengan tiba-tiba aku cuma jawab.....

"abang pi beli BURGER sat boleh dak? nak burger daging dengan chesee"

hahahahahahaha..
persediaan menghadapi tempoh berpantang nanti..

tepat jam 2 pagi (sila perhatikan jam di belakang), sempoi ja laki bini dok melantak burger kat Mahsuri..

2.10 pagi, aku dah start rasa sakit. Baru aku tau macam ne rasanya contraction. Mula-mula pelan, makin lama makin kuat dan kerap. Dari baring, aku duduk, dari duduk aku berdiri, dari berdiri aku duduk balik, dari duduk aku bangun berjalan keliling bilik. Masa ne time contraction dah sekata, setiap 2,3 minit sekali akan rasa.

4 pagi, doktor Norhaida mai round nak cek bukaan. Doktor tanya awat yang duk jalan, tak tidoq? Aku kata tak leh tidoq, sakit. Doktor cek bukaan baru 2cm. Doktor kata kita cucuk ubat tahan sakit na, bagi lena, rehat. Takut esok tak dak tenaga. Sama-sama ubat masuk, satu perkataan ja keluaq dari mulut aku. Legaaaaaaaaaaaaa..... Time tu aku tengok Mr Alon dah nampak dua. Hahahaha. Masa untuk tidoq. Sebelum terlelap, aku sempat mintak maaf dengan Mr Alon. Dan terlelap sat, tersedaq sebab Mr Alon habaq dia nak balik sat, ambik barang-barang.

Mr Alon balik, aku cuba nak lena balik tapi dah tak boleh sebab rasa sakit tu mai balik. Aku baring sampai Mr Alon mai balik. Aku bangun jalan keliling bilik balik. Penat aku baring sat.

8 pagi, cek bukaan dah 4cm. Dah boleh pi labour room. Sebelum tu nurse sumbat ubat untuk bagi buang segala isi perut. Siap semua, aku ditolak ke labour room. Ketaq cek oii time ne tapi excited melebihi segalanya.

Dalam labour room, Mr Alon masih setia di sisi. Sesaat pun dia tak tinggaikan aku. Time dalam labour room ne contraction makin menjadi-jadi. Nurse bagi happy gas. Nurse pesan bila rasa contraction tu mai, sedut gas pelan-pelan. Gas ne akan buat kita macam khayal sikit untuk legakan sakit contraction. Tapi tak boleh sedut sesungguh hati, takut khayal lebih plak satgi.

Tengah-tengah sakit, aku dengaq suara orang panggil nama aku. Buka mata aku nampak mak ngan mak mentua aku. Rasa macam lega sikit tiba-tiba. Mak bawak kurma bagi aku makan, untuk tenaga katanya. Minyak zaiton selusuh untuk aku minum, tapi aku tak mau sebab aku rasa nak termuntah time tu. Nurse cuma sapu minyak selusuh tu kat belakang ngan perut aku. Nurse suruh aku teran pelan-pelan, untuk bagi baby turun sikit, bila doktor sampai nanti dah tak susah aku dah boleh teran. Aku pun cuba untuk teran pelan-pelan. Sakit? Tak tau nak habaq macam mana, tapi memang sakit sangat-sangat. Nurse kata kepala baby macam tinggi lagi, tak turun. Bila doktor sampai, doktor cek dia dh suruh teran sekuat-kuat hati bila rasa contraction. Aku dengan semangatnya teran sekuat-kuat hati. Time ne teknik teran yang aku study memang dah kelaut. Dah tak ingat apa dah. Yang aku tau aku nak teran bagi baby keluaq cepat-cepat. 3, 4 kali teran, baby tak keluaq lagi. Nurse kata aku dah makin tak larat. Aku cuba kuatkan semangat, aku dah tak kisah dengan rasa sakit yang aku rasa, aku cuma nak baby keluaq dengan selamat. Mr Alon masih setia kat sisi. Tak beranjak walau sikit pun. Bagi semangat untuk aku demi baby.

Lastly, doktor decide untuk vakum demi keselamatan baby. 3, 4 kali teran, tepat jam 12.18 tengahari, Jumaat, 27 Februari 2015 aku selamat melahirkan seorang bidadari dengan berat 2.5 kg. Terus nurse ngan doktor bawak baby ke bilik sebelah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Mr Alon dah menangis kegembiraan. Aku? Lagi la. Tapi......

Saipa aku tak dengaq baby qenyau pun. Aku tengok Mr Alon, dia tengok aku. Aku tau dia susah hati. Aku tanya nurse, tapi nurse macam tak mau jawab. Lagi la aku susah hati. Time tu aku hanya mampu berdoa mudah-mudahan baby sihat.

Aku dengaq suara nurse ngan doktor kata. "Baby..baby..qenyau baby. Allahhuakbar." Semua aku dengaq dengan jelas. Ayaq mata dah nak menitik sebab rasa takut sangat-sangat. Mr Alon pegang tangan aku cuba untuk bagi kekuatan. Lebih kurang 2, 3 minit lpeas tu..akhirnya aku dengaq suara baby aku buat kali pertama. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Doktor Norhaida ucap tahniah, dia ingat baby besaq, rupanya kecik come ja. Hehehe. Aku pun tak sangka berat baby tak sampai 3 kg pun kalau nak dibandingkan dengan perut aku masa aku pregnant. Doktor kata dia nak jahit luka, aku mintak doktor bagi ubat lali, sebab aku takut rasa sakit. Doktor kata dia bagi ubat untuk aku tidoq.

Sedaq-sedaq jam dah 1.30 petang, dah siap jahit semua dah. Cuma tunggu aku sedaq untuk pindahkan aku ke wad. Aku nampak Mr Alon, dia nak balik mandi dulu. Aku tanya dah tengok baby? Muka macam sapa? Mr Alon tak tau nak jawab sebab dia kata tak nampak muka cam aku, cam dia pun dak. Yang pastinya baby kami sempurna dan come. Alhamdulillah. Come tu, aku tau mesti ikut aku. Hahahahaha...







.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

WELCOME TO THE WORLD BIDADARI IBU & AYAH..


1 comment:

  1. suspen sungguh dengaq cite kak mimi ni...klako pn ado hahaha......

    ReplyDelete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..