Short Vacay - Maternity Photoshoot

♡Assalamualaikum♡

Aku, Mr Alon & Aisam with family sempat plan untuk short vacay sambil buat maternity shoot. Lokasi yang dipilih, Gold Coast Morib International Resort. Dekat dan menarik. Untuk yang ada anak-anak kecil aku suggest boleh bawak ke sini. Sebab ada theme park. Sesuai sangat untuk habiskan cuti kat sini.

Ok, aku booking secara call direct dengan resort. Alhamdulillah, harga agak berpatutan. RM 290.00 semalam, include breakfast for two dan dua tiket waterpark. Booking done, so, last week 7 Feb pagi kami gerak ke Morib.

Sebelum ke Morib, kami singgah kat sebuah taman mini dengan senibina negara China dekat Putrajaya. Aku ne nama ja qeja kat Putrajaya tapi aku pun tak tau kat situ presint bapa. Hehehehe. Yang pastinya taman tu dekat tapak Pesta Bunga Floria tahun lepas. Cantik taman tu, kami sendiri tak pernah tau wujudnya taman tu. Kebetulan ada member yang habaq.



So, taman tu jadi lokasi first untuk maternity shoot kami.

Habis shoot, kami terus gerak ke Morib. Perjalanan lebih kurang sejam. Sampai kat Morib lebih kurang jam 3 petang. Cek in terus rehat dalam bilik sementara untuk shoot petang-petang nanti.

Sapa penah sampai kat Gold Coast Morib ne?? Bilik memang best, siap ada jakuzi, besaq lagi uolllsss. Hahahaha, memang berendam abis la aku. Sampai terlelap dalam jakuzi.

Petang, kami shoot kat Pantai Morib. Pemandangan kat sini memang cantik, damai, tenang. Shoot sampai sunset. Setle terus keluaq cari makan. Malam, tak dak akiviti, sebab mak buyong dah penat.

Esoknya, lepas breakfast, kami terus masuk theme park. Pagi ne kami shoot dalam theme park plak. Mula-mula, aku macam malu sebab ramai sangat orang. Hahahahaha. Takut jadi tumpuan plak. Tapi, mungkin orang tak berapa nak perasan yang kami tengah buat photoshoot sebab santai sambil mandi-manda kan. Hehehehe!!

Lepas cek out, kami ke Pantai Morib lagi untuk last shoot. Sebab ada prop yang kami terlupa nak guna. Time tengahari kan, panas terik uolllsss. Aku awai-awai dah request nak shoot kat tempat teduh ja. Tak sanggup nak berdiri tengah-tengah panaih tu.

Habis shoot, terus gerak balik.

Walaupun sehari ja, tapi enjoy. Thanks to team MG MEDIA for the awesome job. Memang puas hati sangat dengan hasilnya. Untuk sapa-sapa yang perlukan photographer untuk apa-apa ja event, wedding, pre wedding, bertunang, family potrait boleh deal dengan MG MEDIA, memang berbaloi-baloi. Oh, video pun boleh tau uolllsss, tak ka berbaloi-baloi tu? Hehehehehe!!

Ni teaser for our Maternity Photoshoot. Gambaq selebihnya next entry ya uolllsss.. Hehehehehehe!!







Photographer
Insta - MG Media

Lokasi
Putrajaya
Gold Coast Morib International Resort



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..