♡Assalamualaikum♡
Hari ne 26 Mei 2015. Esok 27 Mei 2015. Esok qeja dah ooiiii. Pejam celik pejam celik dah tiga bulan dah aku cuti. Alahai, nak kena tinggai dah budak merap sorang ne ngan pengasuh. Dua tiga hari ne, Nur Iman tak mau minum dalam botoi. Haisshh, bleh akai apa plak la dia. Sebelum ne ok ja bila aku bagi susu guna botoi, risau la plak nak tinggai dengan pengasuh.
Tiga bulan jadi suri rumah sepenuh masa, seronok rasa bila boleh tengok anak membesaq depan mata. Kalau la ada rezeki nak ja aku jadi suri rumah. Hehe. Bila mai ja ari cuti, mula tergedik-gedik nak ajak laki kuaq, sebab cemuih seminggu terperok dalam rumah. Haha.
Ok, esok dah qeja. Satu ja aku nak pesan. Jangan ada sapa-sapa berani tanya..........
"Eh...eh...pregnant lagi ka?"
"Dah bersalin belum ne?"
Memang ada la yang nak kena penampaq dua tiga daih. Haha. Sebabnya, montel tak abeh lagi ne. Haisshhh.. Dugaan betoi nak kecikkan apa yang dah melebaq ne. Kita pelan-pelan kayuh la no. Nak diet extreme, takut effect ke anak plak. So, kita diet pelan-pelan ngan workout sikit-sikit. Workout lebih-lebih kang, ada yang nak jalan mengengkang plak. Kihkihkih...
Sekarang ne masalah aku satu ja, kekurangan baju nak pi qeja. Hehehehe. Boleh agak dah la kan sebab apa? Tak celuih abeh. Sarung ja baju sangkut kat tutttttttt. Nak merap kat Mr Alon mintak beli baju banyak-banyak pun, nanti botak plak kepala laki iolllss. Mintak sikit-sikit boleh la. Hehe. Tak pa la, kita pakai apa yang ada dulu. Yang tak boleh, kita simpan kemudian.
Nah, belanja selfie kuruih satu. Ha, kalau nak nampak kuruih selfie la cam ioolllss. Hehe. Tapi, dalam gambaq ja la, realitinya gedabak. Hahaha.
Hehehe.. Ibu lepas bersalin nie lah yg paling comey...
ReplyDeletetidur ea,,
ReplyDelete