Entry kali ni, aku nak share supplement yang aku amik sepanjang aku pregnant. Fisrt sekali yang aku buat bila aku tau aku pregnant, aku tengok review supplement yang terbaik untuk ibu mengandung. Aku search dan aku tanya jugak kakak dan kawan-kawan.
Semua tahu, ibu mengandung perlukan vitamin tambahan supaya bayi dalam kandungan mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Tambah-tambah orang macam aku ne, yang tengok susu pun nak termuntah. Masa mula-mula aku tau aku pregnant tu memang agak susah hati, sebab aku tau orang pregnant ne memang kena minum susu. Aku plak memang tak leh minum susu. Sebab tu aku menggigihkan diri cari supplement yang boleh menggantikan susu, jadi aku tak yah minum susu dah. Dan.....
Yeeaaa, aku jumpa set mengandung SHAKLEE yang memenuhi kesemua keperluan ibu mengandung dengan rangkaian produknya.
Jom, aku share apa yang aku amik sepanjang aku pregnant.
Trimester 1 = ESP + Vita Lea + Vita C + Ostematrik + B Complex
Trimester 2-3 = ESP + Vita Lea + Vita C + Ostematrik + B Complex + Omega Guard
ESP (Sekali sehari waktu pagi sebelum breakfast)
- Penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh.
- Sangat diperlukan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
- Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika masuk trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
- Kulit menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
Vita Lea (1 biji sehari - 2 jam selepas lunch)
- Vita Lea adalah multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- Kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
Vita C (1 biji sehari - 2 jam selepas lunch)
- Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
- Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
- 1 biji Vita C bersamaan dengan 7 biji oren.
- Membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Ostematrix (4 biji sehari - malam sebelum tidur)
- Ibu mengandung memerlukan 1000mg - 1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D (3 in 1).
- 1 biji ostematix mengandungi 250mg kalsium.
- Berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta manguatkannya.
- Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Tidak mengandungi lemak berbanding produk tenusu.
- Penting untuk darah membeku dengan sempurna.
- Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
B Complex (1 biji sehari - malam sebelum tidur)
- Lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- Asid folik penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya "spina bifida".
- Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg asid folik sehari.
- Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
- Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Omega Guard (1 biji sehari - selepas breakfast)
- Sangat penting dalam membantu pembetukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
- Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
- DHA & EPA dari Omega ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
- Untuk ibu, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
Bergantung pada ibu mengandung kat luar sana nak amik supplement apa pun, sebab sekarang ne ada macam-macam jenis kat pasaran. Tapi pastikan supplement tu dapat berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..