Sebelum masuk bilik semalam, receptionist dah ambil order untuk breakfast pagi ne dan time kita nak breakfast. So, pagi-pagi breakfast dah dihantar ke bilik..
Aktiviti untuk hari first dinamakan Kintamani Tour.
Jam 8.50 am bergerak dari hotel. Sepanjang perjalanan dari hotel ke destinasi yang dituju, kita boleh nampak aktiviti pagi penduduk tempatan. Majoriti penduduk Bali adalah beragaman Hindu. Mengikut kata Mas Wawan, waktu untuk sembahyang bagi penduduk beragama Hindu adalah pada jam 6 pagi, 12 tengahari dan 6 petang. Kat Bali, jarang-jarang kita boleh dengar bunyi Azan tandanya dah masuk waktu solat untuk yang beragama Islam, tapi yang akan dengar muzik tandanya masuk waktu sembahyang untuk yang beragama Hindu. Mas Wawan kata, kadang-kadang rindu nak dengar bunyi azan.
Destinasi Pertama - Barong Dance
9.40 sampai di Kawasan Batu Bulan untuk tengok persembahan Tarian Barong. Tiket untuk seorang Rp100 100 dan ambil masa lebih kurang sejam. Tarian Barong ni merupakan peninggalan kebudayaan Pra Hindu yang menggunakan boneka wujud binatang berkaki empat atau manusia purba yang mempunyai kekuatan magis yang dipanggil Barong. Dikatakan Barong berasal dari kata Bahrwang atau diertikan beruang, seekor binatang mithologi yang mempunyai kekuatan ghaib dan dianggap sebagai pelindung.
Bagi aku agak menarik persembahan ni, ada seriusnya, ada jenakanya. Tapi macam bosan sikit pun ada. Hehehe. Sebelum masuk, kita akan dibagi pamplet mengenai jalan cerita Tarian Barong ni. Baca, baru boleh faham apa yang dipersembahkan. Aku rasa, kalau tak dak pamplet ni memang kita takkan faham apa pun. Hehe!!
Destinasi Kedua - Sari Amerta (Pembuatan Batik)
10.55, sampai di destinasi kedua. Disini kita akan ditunjukkan cara-cara pembuatan batik. Batik Bali terdiri daripada batik lukis, batik tulis dn batik cetak. Bagi batik lukis, motif dilukis dengan tengan menggungakan kain yang halus, tidak panas dan selesa dipakai. Design setiap helai batik yang dihasilkan memang takkan sama dan bergantung pada idea serta kreativiti pelukis.
Kat sini juga ada menjual bermacam-macam jenis barangan berasaskan batik untuk semua peringkat umur. Dari pakaian, aksesori hinggalah ke barangan perhiasan rumah. Tapi harga kat sini memang mahal dan tak boleh tawar-menawar.
Mas Wawan bawak kami ke kedai jual barangan batik yang lain. Galur Art Shop. Kat sini, harga lebih murah dan banyak pilihan.
Keluaq ja dari kedai tu, muka ada senyum. Hahahaha. Sebab boleh shopping. Kat sini aku beli baju batik budak-budak untuk anak-anak menakan dan kipas tu untuk aku. Kipas lama aku dah patah, so kena beli baru. Total shopping kat sini Rp242 505 selepas dapat diskaun 15%.
Sticker ne dilekat sebelum masuk kedai batik. Bila ada sticker ni kita akan dapat diskaun.
Destinasi Ketiga - Desa Celuk
Desa Celuk merupakan kawasan pembuatan emas dan perak. Kat sini kita boleh tengok dari dekat pembuatan aksesori dari emas dan silver yang bermutu tinggi.
Bagi sapa-sapa yang suka dengan aksesori dari silver dan emas bolehlah berkunjung di sini. Aku? Hmmm..Niat mulanya memang ingat nak beli gelang emas, memang agak murah tapi tak banyak pilihan. Yang banyaknya silver ja. Huhuhu!!
Destinasi Keempat - Gunung Berapi Kintamani
Sampai di Gunung Berapi Kintamani lebih kurang 1.50 petang. Nak masuk kawasan ni pun kena bayar tau, seorang Rp10 000. Pemandangan kat sini memang cantik, cuaca pun sejuk ala-ala Cameron Highlands.
Singgah lunch dekat Kintamani Restaurant, makan secara bufet sambil tengok pemandangan cantik, seorang Rp100 000. Kalau nak oder air selain yang set bufet kena tambah duit tau uollss. Aku ider fresh orange satu. So, untuk dua orang Rp200 000+Rp25 000+Rp470250(tax 21%) = Rp272 250. Dekat restoran ni ada semua kemudahan, tandas, surau. Jadi boleh singgah untuk Solat Zohor sekali.
Aku terperasan. dekat belah bawah restoran ne ada disediakan bilik rehat untuk supir. Siap dengan katil sekali. Jadi, bolehlah para supir rehat kat situ.
Masa sampai ja kat Restoran Kintamani tu, turun-turun kereta dah kena serbu. Dah rasa macam retis plak. Hahahah. Terus cepat-cepat jalan masuk restoran. Dekat kawasan ne memang banyak sangat penjaja yang jual pakaian dan souvenir dari Bali. Awal-awal lagi Mas Wawan dah pesan jangan layan. Sekali layan, kita akan dipaksa untuk beli. So, buat tak tau ja.
Gunung Berapi Kintamani ni terletak di daerah Bangli, ianya merupakan salah satu tempat pelancongan yang famous kat Bali ni. Kat sini kita boleh tengok pemandangan Gunung Berapi Kintamani dan juga Gunung Batur dengan tasik kawah yang dalam dan mata air panas di kaki Gunung.
Memang tak jemu tengok view kat sini. First time tengok, Subhanallah, teramat cantik. Memang nyaman sangat dekat sini.
Destinasi Kelima - Kopi Luwak
Perjalanan dari puncak Kintamani ke Satria Agrowisata Bali Natural (Kopi Luwak) tak jauh. Dalam setengah jam ja. Kat sekitar tu memang banyak kedai. Pilih ja yang mana pun, rasanya semua sama ja. Excited ne nak tengok Kopi luwak. Selalu dengar nama ja, tak penah tengok rupanya macam mana. Kat sini, kita akan dilayan oleh seorang pekerja kedai. Dia akan tunjuk dan terangkan proses pembuatan Kopi Luwak. Sebelum ne aku was-was samada Kopi Luwak ne halal atau tak. Tapi ikut dari apa yang diterangkan, aku yakin Kopi Luwak ne halal untuk diminum.
Dari apa yang diterangkan, Kopi Luwak ni dihasilkan dari sisa buangan sejenis Musang yang dipanggil Luwak. Luwak hanya akan makan biji kopi yang berkualiti sahaja. So, Kopi Luwak ne memang terhasil dari biji kopi yang berkualiti tinggi. Biji kopi yang dikeluarkan oleh Luwak ne tadi, akan dicuci dan dijemur sampai kering.
Sepanjang jalan dalam kawasan tu ada banyak pokok herba dan rempah. First time aku tengok pokok kulit kayu manis.
Luwak tengah tidoq |
Biji kopi yang belum dicuci |
Sepanjang jalan dalam kawasan tu ada banyak pokok herba dan rempah. First time aku tengok pokok kulit kayu manis.
Buah apa? Ntah..Hahaha.. |
Ok, ini rupa biji kopi yang dah bersih dan kering. Biji kopi tu ada kulit kat bahagian luar dia tau. Biji ne tadi akan dikopek dan ambil isi dalam. Isi dalam tu yang digunakan untuk dijadikan serbuk kopi.
Dah habis pusing, jom kita pekena Kopi Luwak.
Kat sini kita akan dihidangkan dengan minuman free. 12 jenis semuanya. Ada macam-macam jenis. Paling sedap yang aku minum air manggis. Memang sedap. Kopi Luwak kita boleh beli dengan harga Rp50 000 untuk secawan. Kami oder satu cawan ja untuk Mr Alon rasa. Aku?? Hmmmmm, rasa hujung lidah ja. Rasanya kuat sangat, pahit pun ada.
Ini Kopi Ginseng. Sesuai untuk kaum lelaki. Yang bestnya, sebelum minum sempat lagi pekerja kat situ bagi pantun. Nak tau pantun apa??
"Papa drink, Mama happy,
Mama drink, Papa sleep.."
Nampak dak muka papa & mama happy.....kahkahkahkah!! |
Oh...sebelum tu, lupa plak. Masa dalam perjalanan nak ke Agrowisata tadi, aku jumpa lori ne..............
Apa yang dia bawak???
Ne, ha...haiwan pink pink tu. Hahahahaha...macam tak penah tengok plak kan. Terkejut tengok sebab besaq sangat. Kihkihkih..Terus amik phone, snap!!
Destinasi Keenam - Agung Bali (Kedai Souvenir)
Perjalanan dari Kintamani ke belah Pekan Seminyak amik masa lebih kurang 2 jam lebih. So, sepanjang perjalanan, kami tidoq ja sebab dah letih.
Masuk waktu Asar, Mas Wawan berhenti kat satu kawasan kampung ne. Surau tersorok kat belah belakang. Memang kita tak tau pun ada surau kat belakang tu. Menurut kata Mas Wawan, kat kawasan kampung sepanjang jalan ke Kintamani ne majoriti penduduknya memang bukan Islam. Boleh kira berapa orang ja yang beragama Islam. So, memang takkan dengaq azan kat sini. Surau pun dibina sorok-sorok, sebab katanya penduduk bukan Islam tak suka adanya surau, sebab akan mengotoqkan tanah..Hmmmmmmm???? Pelik kan..
Kalau ada yang mengadu kat Ketua Kampung ka Pemerintah ka, surau tu akan dirobohkan.
Masa dalam perjalanan, kami terserempak dengan sekumpulan orang yang tengah berarak untuk ke Kuil, ada upacara sembahyang secara besar-besara. Memang sesak habis jalan.
Lebih kurang jam 7 petang, kami sampai di Agung Bali. Apalagi....Shopping time.....
Time untuk lengkapkan souvenir untuk family dan kawan-kawan. Total shopping Rp736 000.
Dekat Agung Bali ne, ada disediakan perkhidmatan membungkus barang. Jadi, kalau nak senang boleh bungkus barang siap-siap untuk dibawa balik Malaysia nanti. Aku dan Mr Alon tak bungkus pun, sebab kami dah prepare bag untuk letak souvenir yang dibeli.
Sebelum balik hotel, kami singgah dinner di "D" Cost VIP Seafood Restaurant. Dijamin halal tau. Macam biasa, makanan kat Bali ne tak la murah mana. Macam makan seafood kat Malaysia jugak. Kami oder Nasi Putih, Kangkung Belacan, Cumi (Sotong) Goreng Tepung , Ikan Garumi Bakar Pedas dan Es Kelapa Muda. Sampai la aku tak tau Ikan Garumi tu ikan apa? Maklum la bukannya nak kenai sangat rupa ikan ne. Ada sapa-sapa tau Ikan Garumi tu ikan apa??? Total dinner kat sini Rp316 800. Hmmmm... boleh tahan mahal uolllsss..
Ok, done Kintamani Tour untuk hari kedua di Bali. Balik hotel, rehat secukupnya untuk hari esok....
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..