Bali Day 3 (10 Oktober 2014)
We're back.. Mood update blog tengah membuak-buak, sebab nak habiskan cita pasai Bali. Dah berbulan, tak abeh-abeh lagi kan..
So, hari ni trip kita dinamakan Bedugul Tour. Pagi ne, kalau diikutkan hotel include breakfast for two. Semangat nak pi breakfast kat kafe. Dari jauh nampak special menu for today "BBQ Pork". Opsss, terus terbantut rasa lapaq pagi tu. Huhuhu.. Disebabkan tak jadi nak breakfast kat kafe kami decide untuk beli roti kat Speed Mart ja. Sebelum tu kami sempat round tengok view hotel.
Destinasi Pertama - Pura Taman Ayun
Dalam kui 9.30 pagi, Mas Wawan sampai kami terus mulakan perjalanan ke Pura Taman Ayun.
Kalau diikutkan sebelum ne sungai ne banyak air. Tapi sekarang dah kering kontang. Mas Wawan kata Bali dah berbulan tak hujan langsung. Panas sentiasa.
Tiket ke Pura Taman Ayun Rp10 000 seorang.
Pura Taman Ayun adalah Pura peninggalan masa kegemilangan Raja Mengwi. Pura ini didirikan dengan tiga halaman dan dikelilingi dengan kolam indah yang menggambarkan sebuah kerajaan dengan perlindungan bentengnya. Di halaman utama terdapat beberapa tempat pemujaan dengan atapnya bertingkat ganjil untuk memuja Dewa yang bersemayam di setiap Gunung di Bali seperti Gunung Agung, Gunung Batur, Gunung Batukaru dan lain-lain. Pura Taman Ayun juga adalah tempat permainan anak-anak Raja Mengwi. Sekarang hanya dibuka ketika upacara keagamaan atau waktu perayaan.
View kat sini memang cantik sangat. Tapi kena tahan sikit sebab cuaca tersangatlah panas.
Destinasi Kedua - Bedugul
Bedugul ne kawasan pelancongan tanah tinggi lebih kurang sama dengan Kintamani. Udara sejuk dengan pemandangan yang cantik.
Masa on the way ke Bedugul, Mas Wawan tunjuk ada sebatang pokok nyioq kembaq. Betul-betul tepi jalan ja. So boleh la kalau nak berhenti amik gambaq.
Kami sampai di Bedugul tengahari, singgah Solat Jumaat kat Masjid Besar Al-Hidayah. Masjid ne atas bukit, so kena naik tangga. View dari Masjid ne sangat cantik, sebab dari Masjid kita akan nampak Tasik Beratan.
Selesai solat, kami rehat dulu. Kat sekitar masjid ne luas dan ada pondok-pondok untuk berehat.
Seberang jalan Masjid ne ada sebuah pura iaitu Pura Ulundanu yang terletak betul-betul di pinggir Tasik Beratan. Pura Ulundanu adalah Pura pemujaan kepada Dewi Danu (Dewi Kesuburan) sebagai sumber pengairan sawah para petani di Bali. Pura Ulundanu dipercayai sebagai tempat bersemayam Dewi Sri atau Dewi Kesuburan.
Gambaq dari Google |
Kami tak melawat pun ke Pura Ulundanu. Sebab dah banyak sangat Pura yang aku tengok sepanjang aku kat Bali. Dan bagi aku, senibinanya lebih kurang ja cuma lokasi ja yang berlainan. So, kami tengok dari jauh ja.
Lunch, kami singgah di Labhagga Pacung Restaurant & Sky Lounge. Makan secara bufet dengan harga Rp90 000 seorang. Air pulak kami oder asing dengan harga Rp26 000 setiap satu. Total lunch untuk hari ni Rp278 400 termasuk servis caj 10% dan tax 10%.
Dari restoran ne kita boleh nampak view padi bukit. Cantik sangat dengan udara yang sejuk. Yang best sebab ada Wifi, so bleh la duduk lama sikit kan. Hehehehe!!
Masa dalam perjalanan balik dari Bedugul, Mas Wawan singgah kat pasar sebab nak beli bekalan sikit untuk family. Dan Mas Wawan yang baik hati ne beli strawberry untuk aku. Ohhh.. Mas Wawan, terima kasih banyak-banyak. Hehehehehe!!
Dan aku pun makan macam tak penah jumpak strawberry kat Malaysia ne kan.
Destinasi Ketiga - Pura Tanah Lot
Tempat wajib kalau melancong ke Bali. Tempat yang memang aku tunggu-tunggu untuk sampai. Tiket masuk ke Tanah Lor Rp10 000 untuk seorang dan kereta Rp5 000.
Info tentang Tanah Lot.
Sampai-sampai ja kat Tanah Lot, kalau lapaq, jangan risau. Sepanjang jalan nak masuk ke kawasan Tanah lot ad jual jagung bakaq macam-macam perasa. So, boleh la merasa kan..
Ini gua yang menempatkan ular sakti tu. Orang Bali percaya ular ni boleh memakbulkan permintaan kita. Bayaran masuk gua akan dikenakan, tapi aku tak pasti berapa.
Dan aku tertanya-tanya, bila ayaq pasang ulaq tu memang stay dalam gua kah?? Tak mati ka ulaq tu?? Ntah2 dah mati depa ganti ulaq len. hahahahaha!!
Nampak aku disitu? Sibuk di tengah-tengah orang ramai. Yang ni dipanggil gua air suci. Yang menariknya dalam gua ne ada sumber air tawar di mana sekelilingnya adalah air masin.
Air tawar ni dipanggil air suci. Dalam gua ne juga terdapat sebuah patung dengan tinggi lebih kurang setengah meter. Patung ini menyerupai seseorang yang sedang melakukan pemujaan.
Yang ramai-ramai beratuq ne, sebab nak minum atau sekadar basuh tangan dan muka menggunakan air suci tu yang dikatakan banyak manfaatnya. Caranya, sampai ja kat situ, kita akan basuh muka, minum, lepas tu akan diletakkan beras di dahi dan diselitkan bunga di telinga. Dengan cara ni konon-kononnya dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Jua untuk mereka yang inginkan zuriat, dengan minum air ne kononnya dapat memberikan zuriat. Sehingga ada yang memanggil air ne sebagai air kesuburan.
Jangan pulak kita yang beragama Islam ne gatai-gatai nak pi beratuq sekali tau. Tapi, masa aku pi tu ada jugak aku nampak kakak-kakak, makcik-makcik bertudung yang tengah beratuq nak dapatkan air suci tu. Hmmmmmmm..
Dah puas jalan-jalan sekitar Tanah Lot, kami rehat untuk tunggu matahari terbenam. View memang cantik sangat-sangat. Oh, jangan risau, kat sini ada kemudahan surau untuk kita solat.
Destinasi Keempat - Krisna Oleh-oleh Bali
Yehuuuuuuu.. Shopping time.. Lepas tengok sunset, Mas Wawan bawak kami ke Krisna Oleh-oleh Bali untuk sambung shopping souvenir. Kat sini memang jadi tumpuan pelancong untuk shopping. Besar dan macam-macam ada. Hargapun murah. So, kami spend kat sini Rp607 000. Done souvenir untuk kawan-kawan dan family.
Sebelum balik hotel, kami dinner kat Madania Moslem Restaurant. Restoran ne tak dak orang pun. Huhuhu!! Tapi nasib baik makan boleh tahan sedap. Dan ada Wifi jugak. Hehehehe!! So, memang duduk lama sikit la kan. Untuk dinner malam ne kami oder Nasi Goreng Kampung Rp29 000, Nasi Set Ayam Bakar Rp38 000, fresh orange dua Rp36 000. Total Rp 113 300 termasuk tax 10%.
Done, explore bali untuk hari yang ke-4. Bubye..
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..