Mahar @ Mas Kahwin

♡Assalamualaikum♡

"U..i nak cincin macam Che Ta yang 93k tu tau time kita kawen nanti..Pastu i nak hantaran kasut Christian Louboutin 5 pasang macam Che Ta gak...Suma-suma la nak macam Che Ta.." 
"Abang..abang..kita kawen nanti, sayang nak hantaran 20 ribu na. Nak la tinggi dari kakak. Kakak dulu 15 ribu, sayang nak up sikit. Boleh na abang na?"

"Abang, kita kawen nanti brapa abang sanggup bagi hantaran kat sayang? Sayang nak barang hantaran suma branded-branded tau. Baru best bila kawan-kawan tengok nanti.."
Cek kak..ooo cek kak..Kalau cek kak kawen ngan anak raja, bukan kata 20 ribu, 200 ribu pun boleh dapat kot.. Tapi, kalau kawen ngan orang biasa??Hmmm..alamatnya andartu la cek kak ooiii..

Atkins

♡Assalamualaikum♡



Apa itu atkins?
Atkins adalah sejenis program diet yang diasaskan oleh Dr Robert Atkins, juga dikenali sebagai diet rendah karbohidrat atau diet protein. Aku mula kenai diet ne dari seorang kawan ofis. Terus bersemangat nak try cara diet ne. Mudah sangat. Sebelum ne dah macam-macam ubat aku try tapi tak berkesan.


Kehidupan..

♡Assalamualaikum♡

Kehidupan ini sentiasa diuji, bukan untuk disakiti atau bukan untuk membanggakan diri. Keadaan hidup ini tidak semudah pengiraan akal kerana percaturan hidup kita berada dalam genggaman tuhan. Inilah putaran perjuangan yang tidak pernah henti dan tetap akan ditempuhi oleh setiap insan. Hidup ini hanya sementara, segala yang dikecapi akan ditinggalkan. Pada usia yang semakin tersisa dan baki yang masih ada, maka jangan dipersia-siakan hidup ini.

Jakarta, Indonesia

♡Assalamualaikum♡

Ini kisah sedih..
Sebab akhirnya aku ditinggalkan oleh Mr Alon..memang aku dah agak saat-saat ini akan tiba..pedih hati, pedih jantung, pedih segala-galanya...sobsobsob...

Tanggal 22 Oktober 2013, dia pergi meninggalkan aku..

Ohhh man...apa yang aku merapu ne.. Hehheeh... Suspen... Suspen... Aku ditinggalkan seminggu ja ok.. Mr Alon fly to Indonesia bersama rakan-rakan seperjuangan... Hehheh.. Seronok la tu, bleh bercuti tanpa aku.. How dare you dear.. Leave me alone here.. Huh...

Trip ke Jakarta dari LCCT seramai 8 orang...Bermula 22 Oktober sampai 27 Oktober...Seminggu ok dia tinggai aku...Huhuhuhu...

Empayar Kukubesi

♡Assalamualaikum♡

Empayar Kukuesi..
Bukan sejenis biskut empat segi..bukan sejenis kuih muih..bukan jugan sebuah penjajahan..hehehe..

Empayar Kukubesi..sebuah syarikat yang mengeluarkan t-shirt yang unik seunik nama yang diberi..cewah2..rasa formal semacam plak aku ari ne..

T-shirt keluaran Empayar Kukubesi mula menjadi fenomena kat Malaysia..Rata-rata orang akan berebut untuk dapatkan setiap design baru yang dikeluarkan..store utama adalah di shah alam dan kat cheras...

Cameron Highlands Again..

♡Assalamualaikum♡

5.52 am..mood nak update blog mai lagi...Fuh..fuh..rajinnya hang mimi..
Cerita lama yang tak sempat aku nak update..

Kali ne aku untuk kesekian kalinya aku holiday kat Cameron Highlands lagi...Saipa asyik-asyik Cameroon ja ne.. Op kos la..Cameron antara tempat favourite aku untuk holiday...saipa?? Sebab Cameron sejuk, nyaman, tenang...Kalau diberi pilihan antara tepat sejuk dan pantai..Pilihan utama aku mesti tempat sejuk..Sebab aku kurang suka dengan cuaca yang panas..Tambah-tambah kalau bejemuq tepi pantai kan...Kulit i ne cepat tannnn uooolllsss...Kang tak pasai-pasai hangit..Heheheheh...

Tapi berbeza dengan Mr Alon..Mr Alon lebih suka ke pantai..Saipa?? Nanti kita soal siasat dia no...

Cerita Selepas Raya..

♡Assalamualaikum♡

Akibat kesunyian stay sorang-sorang kat Langkawi.. So, aku angkut la makhluk-makhluk kesayangan aku ni balik Langkawi..hehe...

Berteman la aku kali nie kan...yehuuuuu...



Aidilfitri...


♡Assalamualaikum♡



Yehuuuuu...tahun nie turn aku balik kampung raya...Setelah dua tahun aku dipulaukan bila hari raya...Kali nie sapa yang cantas cuti aku memang nak rasa flying kick aku..
Makkkkkkkkkkkkkkkkkkk......cek balik..........................vroooooooooooooooommm (bunyi enjin feri)...

Bersawang

♡Assalamualaikum♡

Fuh...fuh...dah bersawang ropanya blog aku ni..Akibat kemalasan yang melampau akhirnya blog aku dibiarkan sepi..huhu...sedih la plak...pelan2 akan diupdate satu persatu apa yang berlaku sepanjang tempoh bertapa aku ni no..


Semalam...


♡Assalamualaikum♡

Jujurlah sayang aku tak mengapa...
Biar semua jelas tak berbeda..
Jika nanti aku yang harus pergi..
Ku terima walau sakit hati..

Mungkin ini jalan yang engkau mahu..
Mungkin ini jalan yang kau inginkan..


Semalam... aku rindu..
Rindu pada gelak tawamu..
Rindu pada senyum manismu..
Rindu pada celotehmu..
Rindu pada gurau manjamu..
Rindu pada suaramu..
Rindu pada segala-galanya...

Rinduku

♡Assalamualaikum♡

Jika ini dikatakan ujian, maka tabahkanlah aku untuk menghadapinya. Jika kejauhan ini jadi penyebab maka dekatkanlah aku sentiasa mengingatinya. Jika rindu ini membuatkan aku kusut, maka leraikanlah aku dengan inayahMu. Jika masa laluku menjadi ukuran, maka buangkanlah ia jauh dari ruang memori gelapku.

Berikanlah aku kekuatan dalam setiap keadaan dan ketika. Aku sebagai hamba tiada daya dan upaya untuk memilih segala bentuk ujianMu yang mendatang. Sesungguhnya hidup ini perlu diteruskan untuk memperoleh keindahan anugerah dariMu. Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah.




Rahsia Hati

♡Assalamualaikum♡

Siapa yang boleh tau isi hati seseorang?? Sila angkat tangan...

Saat seseorang tu sedang tersenyum, ketawa...adakah dia benar-benar sedang bahagia??
Saat seseorang tu menangis berduka, adakah dia sedang bersedih seperti apa yang kita lihat??

Boleh kah kita menyelamiseberapa dalamnya hati seseorang??

Soal hati penuh dengan rahsia...

Tiada siapa pun yang boleh meneka dengan betulnya apa yang ada dalam hati kita...

Apa yang kita lihat dari luar tak menggambarkan apa yang ada dalam hati..Bukannya hipokrit..Tapi cukuplah kita sendiri tahu apa yang ada dalam hati kita..

Saat kita bahagia, tak perlulah kita memperlihatkan kebahagiaan kita secara berlebihan kepada orang ramai...Begitu juga saat kita sedih, tak perlu terlalu mempamerkan kesedihan kita..

Jodoh Itu Rahsia Allah

♡Assalamualaikum♡

AKU...
Tidaklah semulia KHADIJAH..
Tidaklah setaqwa AISYAH..
Tidaklah setabah FATIMAH..
Bukan pula sekaya BALQIS..
Apalagi secantik ZULAIKHA..

AKU hanyalah wanita akhir zaman yang
punya cita-cita menjadi ISTERI SOLEHAH..

Pernahkah??

♡Assalamualaikum♡

Pernahkah anda mengalami situasi ini???

Nek moto, pakai helmet...


Sampai tengah jalan, duk brasa ada benda duk qodek dalam helmet...

Hah, punggah..apadia plak dah...
Sambil berdoa moga-moga makhluk tu tak jengoi mai kot muka...


Sampai umah..truih lempaq helmet..
Pi pelan-pelan kat helmet, intai makhluk apakah itu...

Jeng..jeng..jeng...

Inai..

♡Assalamualaikum♡

Perlukan khimat untuk lukis inai..hehehehhe....
mai..mai..mai..

My sis pakar bab lukis melukis inai ne...Untuk diri sendiri dan keluarga ja...Promot ja lebih yea..tak dibuka untuk tempahan lagi...mungkin untuk masa yang akan datang..la nie, dia pantang tengok tangan yang kosong, konpom dalam masa kurang dari setengah jam, penuh la bunga-bunga yang berkembang mekar..


SALAM RAMADHAN

♡Assalamualaikum♡

Ramadhan datang lagi...

Bulan Ramadhan mengingatkan kita masa zaman kanak-kanak. Tiap-tiap malam semangat nak pi terawih.. Tapi, bukannya berterawih, berlari riang kat belakang masjid (mengaku cepat sapa yang macam tu..hehe). Bukan ganjaran amalan terawih yang kita nantikan, tapi moreh yang sodap-sodap..Kan kan kan kan...

Dam dam dum, bunyi mercun..Saat yang paling best sekali..Lawan bunyi mercun mana yang paling kuat..Perlawanan antara kampunglah katakan..

Paling ditunggu-tunggu saat nak bukak posa..Tik tok, tik tok...Jarum jam berdetik..Lambat lagi kah??
Lapar dah nie..Hehehe..Jenguk mak masak kat dapuq, telan ayaq liuq..Tak tolong pun, sambung kira jam..

Mr Alon

♡Assalamualaikum♡

25/06/2013...entry khas buat Mr Alon...

Dear Mr Alon..

Nothing special on your besday...Hanya doa mengiringi ucapan selamat hari jadi..

We fight, we make up..
we share a secret over a coffee cup..
Sometimes you're my friend, sometimes a guide..
You are the person in whom I take pride..
May you get the best of everything in life..

Yeaa....Tora datang lagi!!

♡Assalamualaikum♡

Ingat lagi TORA???
Sapa-sapa yang lahir tahun 80an, 90an mesti ingat kan...
Zaman kanak-kanak yang penuh keseronokan..kalau la boleh putaq masa balik kan....

"Kita putar Halim"...eh..tiba-tiba teringat kat Roda Impian plak...hahahah!!

Ini adalah TORA
Ada macam-macam lagi yang sengkatan dengan TORA nie...Antaranya DING DANG, NINI...Time tu makanan ne la yang paling sodap....sodap la sangat kan...

Isra dan Mi'raj

♡Assalamualaikum♡


Salam Isra Mi'raj..=)

Peristiwa Isra  Mi'raj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra Mi'raj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isra Mi'raj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra Mi'raj juga adalah untuk menguji umat Islam apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut.

Peristiwa Isra Mi'raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa  yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat ." (Surah Al-Israa':Ayat 1)

Bersyukur..

♡Assalamualaikum♡




Bersyukur dengan apa yang kita ada.. Walaupun sikit, kurang tapi syukurlah kita ada dari tak dak. Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa nak melihat nikmat di sekeliling kita.

Kadang-kadang kita nak apa yang kita lihat orang lain dapat, tapi kita lupa sebenarnya kita sudah miliki apa yang Allah beri pada kita. Kita akan lebih bahagia, gembira dan bersyukur jika kita ingat bahawa di sebalik sesuatu kekurangan, tersembunyi kelebihan.

Dari Utara Ke Selatan (Part 3)

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 2...

We back for Part 3..

why???why??why??
Bukankah sepatutnya dah selamat sampai ke langkawi??

Ok, aku ditinggalkan oleh bas..sampai hati btoi bas tu...sob..sob..sob..=(

Dari Stesen Kajang ligan bas sampai ke Pudu..Mr Alon dah jadi racer dah.. Tapi malangnya racer ne gagal bawak aku tepat pada masanya..Hehehe..

Akibat patah hati..aku membawa diri... Kemana????


Jeng...jeng..jeng..hahaha..Ohhh terima kasih bas sebab tinggalkan saya...Sekarang saya dah tak patah hati dah...saya suka hati...

Dari Utara Ke Selatan (Part 2)

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 1...

Second day kita mulakan dengan...apa lagi...makannnnnnnnnnnnnn...heheheh..
Sebelum jalan-jalan perut kena isi, untuk kesenangan di masa hadapan..=P

Hari nie destinasi pertama, Trick Art Gallery kat I-City...ini suma angkara terpengaruh dengan gambaq Miss Atira Wahid...tengok gambaq cam menarik ja, so Mr Alon apa tunggu lagi...Sila bawak saya pergi...

Pusing punya pusing akhirnya sampai...Yeaaaaa....

Pelalian HPV..

♡Assalamualaikum♡

Anda sudah??
Sudah apa?? Hehe...sudah dapatkan suntikan pelalian HPV??
Untuk girls ja ok, boys duduk diam-diam...=P

Aku penah baca, suntikan ni hanya diberikan secara percuma untuk gadis berumur 13 tahun..Untuk yang lain-lain boleh jugak..Tapi dengan kadar bayaran yang tertentu kat klinik atau hospital swasta..

Then, tiba-tiba satu hari, kat ofis...jeng..jeng..jeng...
Ada yang bertanya sapa yang nak dapatkan suntikan HPV boleh bagi nama kat pegawai yang terlibat...dan jangan lupa bayaq sekali..bukan free tau..

Aku ne nama ja qeja kat hospital, keliling doktor..Tapi tak penah nak amik tau sangat pasai kesihatan...So baca, baca dan baca kat google, aku pasti, aku perlukan suntikan nie...Cewah...=)

Apa yang aku baca???Meh nak share..

Percaya dak??

♡Assalamualaikum♡

Percaya dak kalai kita memang ditakdirkan untuk seseorang, kita pasti takkan dapat menjauhi takdir itu dengan apa cara sekalipun. Kalau kita cuba jauhkan diri dari dia pun pasti takkan ke mana. Takdir tu kuasa Allah. Dalam pengetahuan Allah. Dan kita hanya akan tahu bila Allah mengizinkannya. Doa dan terus berdoa.

Ya Allah, andai benar dia ditakdirkan untukku, Kau tetapkanlah hatiku untuknya dan hatinya untukku dan satukanlah hati kami bila sampai masanya nanti...






Time..

♡Assalamualaikum♡


If i could turn back time...I dun know why I did the things I did..I didn't really mean to hurt u...I didn't wanna see u go...I know I made u cry..If i could turn back time..Then u love me..Love me like u used to do..

Whatever happen between us..I'm happy if u happy..

Sorry for what i have done..I'm really sorry..Miss u..=(

Dari Utara Ke Selatan (Part 1)

♡Assalamualaikum♡

Last minit plan...yehaaaa.....travel time!!
Fisrt day memang dah plan nak ke Bukit Tinggi...Akhirnya pujukanku berjaya..Haha..
Sapa nak blajaq skill memujuk, meh tuntut kat I meh..hehehe..

Colmar Tropicle Bukit Tinggi here i come...
Before memulakan perjalanan, perut patut diisi dulu..

Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2013

♡Assalamualaikum♡



Sapa dah pi tengok LIMA 2013..Best dak?? Best kan....Jom kita tengok sedikit info pasai LIMA 2013

SAHABAT

♡Assalamualaikum♡

Ketahui jenis SAHABAT yang patut dijauhi

Tidak ada angin, tiba-tiba teman karib anda berubah sikap. Panggilan telefon anda tidak dijawab, SMS atau whats app juga tidak menerima sebarang reaksi, malah akaun facebook anda juga sudah diblocked oleh sahabat anda itu.

Jika dahulu, anda menjadi orang yang pertama yang dihubungi untuk berkongsi cerita suka dan duka tetapi kini tidak lagi sehinggakan anda merasakan benar-benar terasing dan jauh daripada sahabat anda itu.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini, bertindaklah segera kerana ini merupakan isyarat bahawa teman anda itu bukanlah sahabat sejati dan sekali gus sudah tidak memerlukan anda lagi. Anda dapat mengagak perubahan ini sekiranya...

16.03.2013

♡Assalamualaikum♡

Time to celebrate my birthday with my family...yehaaaaaa....=)
Venue : Restoran Samudera, Hutan Kampung

Ini adik saya yang GELONG..

14.03.2013

♡Assalamualaikum♡

14.03.2013...
Advanced besday surprise...=P
Double happiness,,,

Actually, besday aku 16.03.2013 tau...Bukan 14hb...Tapi surprise dapat awai la plak..

Orang kata jarak bukan penghalang..

"Distance between two hearts is not an obstacle...rather a beautiful of just how strong true LOVE can be."

Posto...posto...Dari Selatan ke Utara, akhirnya utusan HATI sampai dengan selamatnya...Fuh,, Penat nak memikir ayat bunga-bunga...Hahahahah!!

Sebagai peringatan

♡Assalamualaikum♡

Sabda Rasulullah SAW

"mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi"

  • Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atas suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.
  • Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
  • Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

My Perfect Honeymoon Destination...

♡Assalamualaikum♡

Upssss...Terlebih sudah...Tak salah kan nak berangan..Bukan kena duit pun...Mana nak tau angan-angan jadi kenyataan..Aminnn...Hehehe..

Ntah tiba-tiba jari jemariku yang comel-comel nie, gatai ja nak search pasai Four Season Hotel..Teringin sebenaqnya tapi apa kan daya, eden tan mampu..huhu..

Tapi, mana nak tau kan ada rezeki leh la pi honeymoon....Ulat bulu dah naik daun..Hahahahahah..

Dalam banyak-banyak tempat hati dah terpaut kat Four Season Koh Sah Mui...Oh Mr Alon, tolong la bawak saya kesana nanti...Please,.......(mata terkebil-kebil sambil wat muka yang konon come...hahahahah)


Hukum Mengaibkan Orang

♡Assalamualaikum♡


"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya itu telah mencelanya".

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat".

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi (Sumber dari SINI)

Huraian :

  • Memerli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
  • Justeru, apabila mendengar celaan kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
  • Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Euthanasia

♡Assalamualaikum♡

Entry kali nie aku tak mau tulis panjang-panjang..Sebab mood tengah sedih...

Ini gambar-gambar yang diambil oleh Mary Shannon Johnstone untuk siri foto beliau Discarded Property. Beliau mengambil gambar kucing dan anjing terbiar di sebuah pusat perlindungan haiwan di North Carolina sebelum dan selepas mereka dibunuh kerana tidak mempunyai tuan. 

Di North Carolina 250 000 haiwan dimatikan setiap tahun. Ini bermakna 700 anjing dan kucing disuntik sehingga mati setiap hari kerana ketiadaan ruang untuk menyimpan mereka. Mary Shannon Johnston berharap siri Discarded Property ini akan menaikkan kesedaran orang ramai untuk memandulkan kucing peliharaan mereka supaya haiwan yang tidak bertuan tidak akan dimatikan sebegini rupa. 

Bila blogger jadi maid

♡Assalamualaikum♡

Opsss...jgn terkejut dengan tajuk entry..
Aku bukanlah seorang blogger yang jadi maid..
Aku hanyalah aku..cewah..

I just bought a new novel..rasa cam dah lama tak beli novel kan..



Holiday ~ Cameron Highlands (Part 2)

♡Assalamualaikum♡

Second day in Cameron Highlands

Pagi-pagi lagi ma dah bangun siapkan breakfast..Sebab apartment tu dh complete dengan suma pekakas, so nak makan suma masak sendiri ja...Dari umah kami dah bawak macam-macam bekalan..Pagi ni kami breakfast nasi goreng (special tau..hehehe), nugget, fries, cucuq kodok...

Ikut plan, pagi nie kami nak pi Ladang Teh Boh Sungei Palas...Nek ngan mini bas yang ada disediakan..Tapi, tanya punya tanya, mahai la plak..Sebiji bas tu dicas rm100 tak kira penuh ka dak...
Tukaq plan, kami shooping dulu kat Kea Farm..

Holiday ~ Cameron Highlands (Part 1)

♡Assalamualaikum♡

Fisrt entry untuk tahun 2013..Jom holiday in Cameroon...Yehuuuuuu...

Last minit aku n family plan, tapi enjoy...3 hari 2 malam kami stay kat Desa Anthurium Apartment, Tanah Rata..Susah nak cari yang available time ne, sebab cuti umum kan..Walaupun mahai sikit, tapi berbaloi n sangat puas hati...

Punya la semangat, kui 7.30 pagi kami dah bertolak dari umah...Sampai Cameroon 1.30 petang..Sepanjang jalan nak nek Cameroon, ujan lebat...Dah la sejuk, bertambah-tambah sejuk la kami..Singgah lunch kat Medan Brinchang...Check In dan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....Hahhahhaah...Actually, bukan tidoq btoi-btoi pun...rehat2 ja, sementara nak tunggu ujan seqeyat n tunggu my sis dari Penang..

First day, kami lepak-lepak dalam apartment ja, lewat-lewat petang kami ronda-ronda pasar malam Brinchang..