Sabda Rasulullah SAW
"mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi"
- Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atas suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.
- Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
- Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.
Mimpi daripada syaitan dan mainan jiwa sememangnya tidak memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah SWT, ia merupakan mimpi yang benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.
Mimpi yang benar ini kebiasaannya terjadi kepada orang soleh yang taat kepada sunnah Nabi namun adakalanya manusia biasa juga turut mengalaminya. Mimpi yang benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-hambaNya dengan memberi gambaran tentang perkara-perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi yang benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hamba-hambaNya tentang perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Kandungan mimpi yang benar tidak akan bertentangan dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Qurán dan Sunnah bahkan ia berfungsi sebagai memperjelaskan atau memperingatkan seseorang tentang ajaran yang terkandung di dalam al-Qurán mahupun Sunnah.
Mungkin apa yang aku mimpi sebagai peringatan kepada diri aku sendiri. Dua kali aku diingatkan tentang hari kiamat. Kepada sapa-sapa yang penah alami mimpi macam aku, mungkin depa akan paham apa yang aku rasa. Pertama, aku mimpi hari kiamat. Kedua, aku mimpi seksaan api neraka.
Subhanallah..mungkin sebagai peringatan untuk kita semua....
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..