Bersyukur dengan apa yang kita ada.. Walaupun sikit, kurang tapi syukurlah kita ada dari tak dak. Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa nak melihat nikmat di sekeliling kita.
Kadang-kadang kita nak apa yang kita lihat orang lain dapat, tapi kita lupa sebenarnya kita sudah miliki apa yang Allah beri pada kita. Kita akan lebih bahagia, gembira dan bersyukur jika kita ingat bahawa di sebalik sesuatu kekurangan, tersembunyi kelebihan.
Jadi, aku sentiasa ingat dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Rezeki, kebahagiaan yang Dia kurniakan untuk aku.
Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.
Jika kamu sakit, masih ada yang sakit teruk daripada kamu.
Jika kamu bodoh, masih ada yang lebih bodoh daripada kamu.
Jika kamu hodoh, masih ada yang lebih hodoh daripada kamu.
Dari itu ingat, hendaklah kita bersyukur, dari apa yang Allah berikan kepada kita selama ini. Semoga Allah akan jadikan kita umat yang sentiasa bersyukur di atas apa jua pemberian yang diberikan.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..