Isra dan Mi'raj

♡Assalamualaikum♡


Salam Isra Mi'raj..=)

Peristiwa Isra  Mi'raj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra Mi'raj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isra Mi'raj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra Mi'raj juga adalah untuk menguji umat Islam apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut.

Peristiwa Isra Mi'raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa  yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat ." (Surah Al-Israa':Ayat 1)




Sedikit sebanyak tentang Peristiwa Isra Mi'raj

ISRA MI'RAJ
Peristiwa Isra Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Isra Mi'raj ini tercatat dalam surah Al-Israa' ayat 1. Surah An-Najm juga menceritakan peristiwa ini.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggai di Madinah arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mi'raj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ. Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya. Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak, baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatus Saádiah.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad S.A.W yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad S.A.W sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.

(Sumber dari Wikipedia)



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..