♡Assalamualaikum♡
Apa itu atkins?
Atkins adalah sejenis program diet yang diasaskan oleh Dr Robert Atkins, juga dikenali sebagai diet rendah karbohidrat atau diet protein. Aku mula kenai diet ne dari seorang kawan ofis. Terus bersemangat nak try cara diet ne. Mudah sangat. Sebelum ne dah macam-macam ubat aku try tapi tak berkesan.
Aku start diet ne 21 Oktober 2013. Nekad nak buat sungguh-sungguh. Just add group Kelab Diet Atkins kat Fb. Kat page tu ada depa habaq apa yang kita kena buat dan senarai penuh apa yang boleh makan dan tak boleh makan. Seelok-eloknya baca dan paham dulu btoi-btoi baru start diet. Klu nak kenai-kenai ngan admin page tu bleh jengok blog Bicikut. Kat blog tu dia cita perjalanan diet dia. Dari dia gemok, sampai la dia kurus. Sangat-sangat memberi motivasi tau uooolllsss...Hehe!!
Aku start diet dengan berat.....Alamak..macam malu plak nak habaq..macam dah obesiti..Hahahahah....67 Kg...omg..omg..beratnya...Dengan tinggi 152 cm..Hmmm..memang gemok dan pendek..Tapi mantain come...kahkahkah..masuk lif tekan sendiri...eh??? memang la kena tekan sendiri kan...
Hari ne 27 Disember 2013, berat aku dah mula mencecah angka 5...omg..omg...omg..teruja sangat rasanya..Hahahah.. Sebelum ne nak kurang sekilo dua pun puaih merangkak..Macam tak mau makan terus pun ada sebab naik balik..Hahhaha.. Walaupun dah masuk angka 5, tapi masih jauh perjalanan. Kalau nak ikut berat ideal, berat aku kena antara 50-55 kg ja..Jadi target aku, aku nak capai berat 52 kg. Chaiyokkk...Chaiyokkk..
Yang paling best uooolllsss, aku dah mula korek balik baju-baju lama.. Bila try, ohh...dah muat..Hehehe..
Ada yang lagi best... Bila ramai dah mula teguq aku makin kecik..Mula kembang kempis lobang hidung ne ha.. Walaupun aku rasa tak kecik mana..
Pagi-pagi hari ne, kakak cleaner teguq...
" La, kak ingat staf baru tadi..kak tak perasan adik ropanya..dah kecik"
Hahhahahahaahha...senyum sampai ke telinga la aku...
Apa-apa pun, masih jauh perjalanan aku.. Aku penah dengaq orang kata, kecantikan orang gemok ne tersembunyi di sebalik lemak-lemak yang banyak..Tapi, bukan aku nak kata orang gemok ne tak cantik..Cantik jugak..Kalau gemok dah cantik, kurus makin lebih la lagi cantiknya kan..
Kurus tanpa produk. Tidak perlu berlapar. Percuma seumur hidup. NEVER GIVE UP!! IT'S NEVER TOO LATE TOCHANGE YOUR LIFE
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..