Saat baby mula menendang

♡Assalamualaikum♡

Semua mommies to be mesti tak sabar nak rasa pergerakan baby kan. Tambah-tambah yang pregnant anak pertama, memang terlebih excited. Sama macam aku, excited gila nak rasa baby bergerak. Masa awal-awal dulu, aku selalu duduk diam-diam, letak dua-dua belah tapak tangan atas perut, kot-kot dapat rasa baby bergerak. Hahahahaha. Padahal baru 3, 4 bulan...





Babymoon - Bali Part 1

♡Assalamualaikum♡

Were back..

Bali Day 1 (7 Oktober 2014)

Hari first di Bali tak banyak story, sebab travel day. Flight ke Denpasar 3.45 petang. So, untuk elakkan kelam kelibut berlaku, kami gerak awal ke KLIA 2.

Keluar rumah around 10 pagi, terus breakfast. Terus gerak ke KPM Putrajaya, my sis, Ayu setlekan urusan PTPTN dia. Selesai urusan, terus ke Putrajaya Sentral. Ayu drop kami kat situ. 12.30 tengahari, train dari Putrajaya, sampai KLIA 2 12.45 tengahari.

7 years ago

♡Assalamualaikum♡

Still remember, 7 years ago on 24 November 2007..When he said "Aku suka kat hang". winkwinkwink...Time tu muka blushing-blushing walaupun dia tak nampak sebab dalam phone...

Hmmm..tengah memikiaq apa yang aku nak jawab ne???

And then "Aku suka kat hang gak".. Tiba-tiba tertaip kat mesej. Hahahahhaah...

Ok, walaupun confession tu tak la seromantik orang lain, tapi that was the first time i said "i like u" to u. Walaupun perasaan tu sebenaqnya dah bercambah sebelum tu lagi, tapi takkan la aku plak yang nak bukak mulut dulu kan...

24 November 2014, 7 tahun dah berlalu, now u are my husband and bakal ayah kepada anak kita. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Syurga. I will love u no matter what happen, dalam susah dan senang, In Sha Allah syg akan sentiasa di sisi abg..



I LOVE YOU TO THE MOON & BACK MR AZROL AZIZAN


Life After Marriage

♡Assalamualaikum♡

Sebelum kawen dulu, orang selalu cakap... Kawen ne best tapi susah sebab banyak tanggungjawab. Ya, its true, memang banyak tanggungjawab, tapi aku rasa tanggungjawab tu bukan susah. Lakukan dengan seikhlas hati, In Sha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Ingat satu benda ja, apa yang seorang isteri buat, mesti ingat suami. Ke mana-mana saja kita pi, kita akan bawa nama suami. Elok perlakuan kita, elok la nama suami kita, buruk perlakuan, buruk la nama suami kita. Jaga maruah suami walau di mana saja anda berada.

Simptom

♡Assalamualaikum♡

Sebelum mengandung dulu selalu tengok gelagat ibu-ibu mengandung. Ada yang mabuk, ada jugak yang tak mabuk.

Bila diri sendiri dah pregnant, baru kita boleh rasa. Alhamdulllah, nikmat semua tu.

Lain orang lain simptomnya. Tapi tuan badan mesti dah boleh dapat feeling-feeling yang dia mengandungkan walaupun tak cek lagi kan.

Masa awal-awal dulu aku dah boleh rasa besaq kemungkinan aku pregnant, tapi saja buat- buat tak tau sebab takut nak mengharap sangat.

Babymoon - Bali

♡Assalamualaikum♡

Babymoon??

Honeymoon??
Sailormoon pun boleh...

Hehehe..Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.... Ambil masa nak up entry, sebab perlukan nafas yang panjang. Tambah-tambah segala catatan yang aku buat pasai trip kali ne semuanya hilang dari phone aku yang canggih sangat tu. Jadi, banyak fakta yang aku lupa. Aku story apa yang aku ingat ja tau...

Sebelum travel, pastikan segala checklist travel kita complete tau. Jangan ada yang terlupa, untuk kesenangan di masa hadapan...


Novel Review

♡Assalamualaikum♡



MAGIS
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Naskhah terbaru dari novelis THRILLER no. 1 Malaysia.

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.


MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
Penulis : Acik Lana

Dua dunia yang berbeza bagai langit dengan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?


CERITA CINTA AHMAD AMMAR

"Dunia biarlah berpenat. Akhirat tempat aku berehat"

Perjuangan yang belum selesai.

Check List Travel

♡Assalamualaikum♡

Yehuuuuu...travel time...eh..eh..belum lagi..a few weeks more..hehehe..

Sebelum travel, pastikan anda buat check list tau. Penting untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar, dan tak dak yang terlupa..

Syukur Alhamdulillah

♡Assalamualaikum♡

Syukur alhamdulillah..tak sangka rezeki secepat ini...

Patut la sejak dua menjak ne, nafsu makan membuak-buak. Hahaha.

First sahkan pregnancy, usia kandungan 9 minggu. Excited. Tapi orang cakap jangan terlalu excited, sebab usia kandungan masih baru sangat, so kena hati-hati. Sebarang kemungkinan boleh terjadi.


Cerita Raya

♡Assalamualaikum♡

Syawal dah lama berlalu, tapi aku baru nak update cerita raya aku. Nampak sangat kemalasan disitukan. Actually, ini raya pertama aku sebagai seorang isteri. Hewhew. Excited uollllsss.

Dah jadi lumrah sebagai isteri, untuk kali pertama ne, mesti la beraya rumah mentua dulu kan. Tapi yang ne tak jadi masalah untuk kami. Sebab rumah aku dengan umah mentua aku dekat sangat. Kentut pun dengaq. Hehehehe.

Tema tahun ne? Jeng..jeng..jeng.. pink uolllsss. Suweeettt sangat. Kebetulan tema untuk dua-dua belah family sama.

Hatiku Di Kinabalu Part 3

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 2

Hush..hush..bunyi apakah itu..bersawang berhabuk dah blog ioollsss akibat dah lama tak update entry..lamakah?

Akibat tahap kemalasan yang berada di tahap maksimum, inilah jadinya...

Setelah sekian lama, barulah nak merajinkan diri update entry Sabah Part 3...

Sebenaqnya, ada kisah sedih di sebalik update entry ne...kalau nak tau aku dah update entry untuk Sabah Part 3 dah lama dah..punya lah pulun mengarang sampai tak hengat donia...tup..tup...tak tau di mana silapnya, apa yang aku tekan, the whole entry lenyap dalam masa tak sampai sesaat...mak aaiiiii..bebai 44 hari...bukan senang cek oooiii nak perah otak mengarang ne...

Hari nie, aku kuatkan semangat untuk abehkan Entry Sabah Part 3 aku nie..

Oh mama...

♡Assalamualaikum♡

Baru ja call ma.. and then ask her..

"Ma duk watpa?"
"Ne duk tengok hat kita pi Pulau Aman tu.."

Aku..ha? Pulau Aman? Berfikir untuk seketika ma tengok kat mana?

Oh...hahahaahaha..

Ok, my mom dah pandai layan blog. Ma baca blog iollllssss uoolllsss....

Hye ma..hehehehehe...

Honey Bulankah?

♡Assalamualaikum♡

Normal bagi setiap pasangan pengantin baru ntuk pi honeymoon. Kami? Honeymoon tetap honeymoon..hahaha..cuma plan untuk pi bercuti tu kami lambatkan. Tungguuuuu. Bukan apa, kalau lepas majlis nak terus pi honeymoon macam letih ja. Badan tak sempat nak rehat, dah nak kena travel pulak. So, kami decide untuk pi bercuti kemudian.

Hujung minggu lepas majlis, sebelum kami balik ke KL, kami singgah Penang dulu with my family. Kalau dah sampai Penang ne tempat wajib family aku of coz la Pulau Aman. Semata-mata nak makan mee udang yang terbaek. Elok sangat la kan sebab Mr ALon pun tak penah sampai lagi Pulau Aman. So, moh kiter menjamu selera....

Majlis Resepsi (8 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. 45 hari dah berlalu sejak kami sah diijabkabulkan. Many more years to go. Entry tunang dah, nikah dah, resepsi sebelah perempuan dah. Kali ne resepsi sebelah lelaki la pulak kan.

Tanggal 8 Jun 2014 berlangsungnya majlis sebelah lelaki. Kami memang plan untuk buat majlis berturut-turut sebab mudah untuk semua. Tak payah nak amik cuti banyak-banyak kali kan. Lagipun rumah pun dekat.

Kali ne tema warna coklat. Baju ditempah khas untuk pengantin. Ha kau, ditempah khas gitu. Hahahaha. Actually, Mr Alon beli kain Ne masa dia ke Bandung. Time tu tak decide lagi nak tempah kain ni untuk nikah or sanding. Last-last jadila baju sanding untuk majlis sebelah lelaki. Didesign sendiri oleh aku.

Majlis Resepsi (7 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Entry nikah dah, entry bersanding la pulak kan. Sebelum majlis berlangsung, normal kita akan rasa was-was dalam semua perkara. Benda yang paling aku pikiaqkan, dress aku, mekap aku. Cantik ka dress aku, muat ka dak, mekap aku cantik dak, satgi nampak tak cantik pulak. Semua tu tak berenti aku pikiaq sampai la selesai majlis. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mekap cantik, dress elok-elok padan walaupun aku ne ala-ala bam-bam sikit. Hahahaha.

Mekap untuk hari bersanding, aku request ala-ala klasik dengan red lips. Padankan dengan dress labuh hijau zamrud. Konon nak tiru scha al-yahya. Hahahaha.

Rombongan lelaki sampai lebih kurang kui 1 tengah hari. Berdebar-debar uolllsss nak jumpa laki i. Hahaha, gediks sangat.

Majlis Akad Nikah (6 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...17 hari dah berlalu selepas aku terima nikahnya Mr Alon. Rasa macam baru semalam. Panas lagi uolllssss. Hehehe.

Aku bersyukur sangat-sangat, semua urusan majlis kami berjalan dengan mudah dan lancar. Terasa macam semua urusan dipermudahkanNya. Dari urusan persiapan kelengkapan, pakej perkahwinan, urusan borang nikah, semuanya rasa mudah ja.

Officially Mrs Alon

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya penantian selama 7 tahun, berakhir dengan ikatan yang sah. Syukur..syukur..syukur..

Terima kasih untuk semua yang dah bertungkus lumus untuk pastikan majlis kami berjalan dengan lancar. Terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak. Terima kasih yang tak terhingga.

Tak lupa juga kepada pengapit kami yang dah terlantaq keletihan kat rumah. Hahahaha. Fashwan & Adah, thanks for everything. Thanks sebab sentiasa berada di sisi kami sepanjang majlis berlangsung walaupun dah boleh nampak muka keletihan tu. Hehe.

Tak dilupakan jugak sanak saudara jauh dekat, sahabat handai, rakan sekerja, semuanya yang sama-sama memeriahkan majlis kami.

Yes...i do..

♡Assalamualaikum♡

Pejam celik..pejam celik...only 5 days left...

Alhamdulillah...apa yang dirancang hampir menjadi kenyataan..semoga segala perancangan berjalan dengan lancar..aminnn...

Sebelum tibanya hari bersejarah aku dan Mr Alon, boleh la aku story sikit-sikit hari pertunangan kami...

Memang plan kami last minit untuk bertunang. Plan asal kami tak mau bertunang, tapi atas permintaan keluarga akhirnya kami ditunangkan...

Hatiku Di Kinabalu Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 1

Hari kedua di Sabah...

Awai-awai pagi lagi kami dah bangun..Bersiap-siap apa yang patut..Hari ne kami akan bergerak ke Kundasang...Yehuuuuuu..Tempat yang memang dah lama aku nak pi..

Pagi ne breakfast termasuk dalam pakej hotel..Time untuk breakfast dari 7 pagi hingga 10 pagi..Jangan lambat uollllss, kalau tidak belapaq la kita...

Hatiku Di Kinabalu Part 1

♡Assalamualaikum♡

Wah, lama btoi aku hold nak tulis entry ni. Nak dekat sebulan kot. Harap maklum, bukan sebab aku malas ok, sebab aku bz dengan qeja yang takkan penah abeh. Hari nie macam free sikit nak tulis entry. 

OK, entry kali ni, aku nak story pengalaman aku bercuti ke Sabah bulan lepas.

First thing sebelum bercuti, tiket flight uollllss. Kalau tak booking cam mana la nak pi..Hehehe..
Aku booking dah lama. Tahun 2013 lagi, dalam bulan 10 atau 11 cam tu kot. Aku pun tak ingat. Tapi, time aku booking tu MAS tengah wat promosi. Seorang pergi dan balik, dari KLIA ke Kota Kinabalu hanya RM 190.00..Murah kan kan kan..Kami pi 4 orang..Aku, Mr ALon, Reen & Ayie..


Ekspedisi Gua Batu Maloi

♡Assalamualaikum♡

1 Mac 2014, Sabtu
Bulan baru..semangat baru..aktiviti baru..

Ekspedisi ke Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Aku follow Mr Alon and the gang (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk ekspedisi nie. Seramai 12 orang, konvoi 4 buah qeta. Seawai 5.30 pagi kami dah tercongok kat tempat berkumpul, Putrajaya.

Kami la orang paling awai. Tunggu punya tunggu, 6.30 baru cukup semua orang, terus gerak. Perjalanan dalam dua jam untuk sampai ke destinasi.



16 Mac 2014

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...16 Mac 2014..Genap 27 tahun aku hidup di muka bumi nie..
Alhamulillah, aku masih dipanjangkan umur, masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari nie..

Terima kasih untuk ma sebabkan dah besaqkan aku sehingga ke hari nie.Walaupun ma tak baca pun blog mi, tapi tetap nak wat ucapan gak kat sini,..Hehehheh!!



Satu lagi, walaupun ma lupa besday aku, tapi tak pa..di maafkan..Sebab dia kata dia duk pikiaq masalah negara banyak sangat..Hahhahaha!!

Thanks jugak untuk family & kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan hidup..Walau di mana saja anda berada..Walau kita jauh, anda semua tetap dalam ingatan..

Last sekali thanks untuk Mr Alon..Thank sebab bersama dengan saya selama nie..Thanks sebab buat saya rasa sangat special di samping kamu..Thanks sebab sayang saya banyak-banyak.Thanks sebab bersabar dengan saya selama nie..Thanks sebab bagi peluang untuk saya perbaiki diri..Thanks sebab jadi pendorong saya..Thanks sebab pilih saya untuk jadi bakal suri kamu..Thanks 4 everything..

Semoga apa yang di rancang berjalan dengan lancar..Amin..


Opah...here we come..

♡Assalamualaikum♡

Dulu, Mr Alon ada sebut, kalau ada kesempatan dia nak bawak aku balik umah Opah kat Kg Teluk Sareh, Perak..Sebab katanya umah opah cantik..Senibina umah Perak lama..

Kebetulan, masa aku sampai KL ari tu, mak Mr Alon ada kat umah opah..So, Mr Alon ajak balik umah opah..

14 Februari, lepaih semayang Jumaat, kami gerak dari Putrajaya.. Mr Alon amik half day ari tu.Ayu, adik aku yang senget tu pun ikut gak,Hahahaha..macam kesian plak nak tinggai dia sorang-sorang kan..

Petang, dalam kui 5 kami sampai. First time tengok umah opah...

Live From Putrajaya

♡Assalamualaikum♡

Wah..tajuk tak tahan kau...Hahahhaha...

Ok, first time selama aku start qeja, aku qeja time ofis hour...Memang beza dengan waktu aku qeja dulu, yang waktunya tak menentu.. Tak penah ada weekend dalam sejarah qeja aku.. Kali ne baru aku rasa macam mana weekend tu..hahahahha..macam kesian sangat kan....

Apa pun alhamdulillah, aku enjoy qeja sini.. Dah boleh biasakan diri dengan suasana qeja baru, cara qeja baru, kawan qeja baru..Kalau dulu, hari-hari aku mengadap muka patient.. Kalau nasib tak baik, ada jugak hari yang berkelai ngan patient..huhuhu.. Tapi, la suma tu dh tak dak dah..Aku dah tak mengadap muka patient lagi, tapi hari-hari mengadap PC... Menghabiskan qeja yang takkan penah abeh..Hehehhe..

Satu lagi, nikmat rasanya bila pi qeja orang antaq, balik qeja orang amik...Hahahahha... Sory Mr Alon, adakah anda menderita sebab terpaksa mengadap muka saya hari-hari?? Hehheheeh..Bahagia rasanya..

Hai senangnya dalam hati,,,(Nyanyi takat tu ja na, lirik blakang toksah duk galak nak sambung)

OK, bubye,..lepaih ne banyak lagi entry menarik yang bakal menyusul..

Tunguuuuuuuuu.........

Orang Utara Keluaq Kampung..

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...
Banyak story sebenaqnya..tapi untuk ari nie cukup aku kongsikan berita yang agak gembira untuk aku...

Orang cakap PJJ ne susah..Mendanya PJJ tu?? Aiyooo takkan tu pun tak tau..Orang yang alaminya tau la kot kan...Macam aku ne ha...PJJ tu Percintaan Jarak Jauh..Susah sebenaqnya..PJJ ne perlukan komitmen dan pengorbanan..Kena saling mempercayai, setia walau di mana saja anda berada..Tapi, Alhamdulillah, aku dan Mr. Alon dapat lalui dengan jayanya walaupun bermacam dugaan, rintangan yang kami tempuhi... In Sha Allah, mungkin jodoh kami kuat..

Start tahun 2010 kami terpisah jauh..cewah...Kutub Utara Kutub Selatan...Aku nun jauh di Langkawi, dia jauh di KL..Sampai tahun 2014...4 tahun kami berjauhan..Sekali sekala baru jumpa... Best jugak PJJ ne, rindu tu mesti lebih sikit...Heheheheh..

Opsss...motif utama yang nak diceritakan kat sini bukan pasai PJJ ne..PJJ ne selingan ja sebab bersangkut paut dengan apa yang nak aku ceritakan..Setelah 4 tahun PJJ, akhirnya upgrade jadi PJD plak..( Percintaan Jarak Dekat)

Why...why...why???

Jantung berdebar, hati berbunga....Amboiiiiiiii...

EkbLuver Part 2

♡Assalamualaikum♡

We'll back in Part 2..

Malam ne aku dah nak balik..Flight kui 9.15 malam dari LCT..Mulanya kami plan nak nek train ja round KL..Memang aku teringin sangat nak nek train round KL, dah lama... Tapi takkan nak nek sorang-sorang kan..Satgi duk ternganga plak sorang-sorang sebab jakun..Hahahaha...

Tapi, plan tak menjadi sebab bangun pagi pun dah tak berapa nak pagi..Tambah-tambah cik abang kita tu kan..Nak tunggu dia mai pick up aku lagi..Takot tak dan, jadi kami cancel plan nak nek train..Len kali la plak...

EkbLuver Part 1

♡Assalamualaikum♡

Amendenyer EkbLuver tu??
Hehehehe...EkbLuver tu Empayar Kukubesi Luver,,

Ok, hari ne cek nak crita la pasai ekb ne...Ari tu cek pi KL, semata-mata sebab ekb ada wat jualan koleksi baru 28 Disember tu..

Ehem--ehem..sebenaqnya tu bukan tujuan utama pun..hat tu selingan ja..tujuan utama nuuuu...hat duk tunggu kat sana nuuu..heheheh...oh..Mr Alon...oi oi oi..gedik sangat..