Semua mommies to be mesti tak sabar nak rasa pergerakan baby kan. Tambah-tambah yang pregnant anak pertama, memang terlebih excited. Sama macam aku, excited gila nak rasa baby bergerak. Masa awal-awal dulu, aku selalu duduk diam-diam, letak dua-dua belah tapak tangan atas perut, kot-kot dapat rasa baby bergerak. Hahahahaha. Padahal baru 3, 4 bulan...
Aku mula rasa pergerakan baby bila kandungan masuk minggu ke 18, 19 camtu. Time tu pergerakan baby terhad, kadang-kadang ja aku rasa dan pergerakan tu tak kuat.
Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ke 26, pergerakan baby boleh rasa makin kuat dan makin aktif jugak. Paling aktif time tengah malam. Boleh nampak perut jadi berombak-rombak. First time tengok perut berombak-rombak, perasaan tak dapat nak digambarkan. Senyum sorang-sorang dan cepat-cepat suruh Mr Alon tengok. Nasib dia baik, sebab dia selalu dapat rasa dan tengok baby bergerak-gerak.
Sekarang ne, aku perasan. Mr Alon selalu tidur lewat. Sebab apa? Sebab dia kata lagi lewat, baby lagi aktif. So, dia akan tunggu untuk main-main dengan baby. Kadang-kadang aku pun tak sedaq, dah terbongkang tidoq. Hahahahha..Mr Alon kata best, sebab time tu baby memang tersangatla aktif. Kadang-kadang tu macam berinteraksi dengan dia. Apa la yang baby ibu bergosip dengan ayah tu kan??
Seminggu dua lagi In Sha Allah aku nak buat 3d/4d scan untuk confirmkan jantina baby. Ramai yang teka baby girl, sebab katanya sejak pregnant ne aku suka melaram.Hehehehe. Bagi aku, tak kisah girl or boy, janji sempurna dan sihat tubuh badan, itu dah cukup. Cuma, bila dah confirm jantina ne senang sikit aku nak shopping barang baby..
Entry seterunya, aku nak share checklist barang baby yang aku rasa penting untuk semua bakal ibu sediakan sebelum bersalin..
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..