Officially Mrs Alon

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya penantian selama 7 tahun, berakhir dengan ikatan yang sah. Syukur..syukur..syukur..

Terima kasih untuk semua yang dah bertungkus lumus untuk pastikan majlis kami berjalan dengan lancar. Terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak. Terima kasih yang tak terhingga.

Tak lupa juga kepada pengapit kami yang dah terlantaq keletihan kat rumah. Hahahaha. Fashwan & Adah, thanks for everything. Thanks sebab sentiasa berada di sisi kami sepanjang majlis berlangsung walaupun dah boleh nampak muka keletihan tu. Hehe.

Tak dilupakan jugak sanak saudara jauh dekat, sahabat handai, rakan sekerja, semuanya yang sama-sama memeriahkan majlis kami.



Last but not least, thanks Mr Alon. Pilih saya jadi suri hidup awak. Pilih saya untuk menemani awak sepanjang hidup awak, in sha allah. Pilih saya untuk bersama-sama awak harungi suka duka kehidupan. Pilih saya untuk jadi ibu kepada bakal anak-anak awak. Thanks for everything. Didiklah saya untuk jadi isteri solehah, isteri yang boleh awak banggakan dunia akhirat. In sha allah, saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak. Amin...

Luv u till jannah..


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..