Hatiku Di Kinabalu Part 1

♡Assalamualaikum♡

Wah, lama btoi aku hold nak tulis entry ni. Nak dekat sebulan kot. Harap maklum, bukan sebab aku malas ok, sebab aku bz dengan qeja yang takkan penah abeh. Hari nie macam free sikit nak tulis entry. 

OK, entry kali ni, aku nak story pengalaman aku bercuti ke Sabah bulan lepas.

First thing sebelum bercuti, tiket flight uollllss. Kalau tak booking cam mana la nak pi..Hehehe..
Aku booking dah lama. Tahun 2013 lagi, dalam bulan 10 atau 11 cam tu kot. Aku pun tak ingat. Tapi, time aku booking tu MAS tengah wat promosi. Seorang pergi dan balik, dari KLIA ke Kota Kinabalu hanya RM 190.00..Murah kan kan kan..Kami pi 4 orang..Aku, Mr ALon, Reen & Ayie..




Second, plan trip kita kat Sabah nanti. Bab tu member Mr Alon yang arrangekan. Cari travel agent suma. Dan kami dapat pakej dari Borneo Travel Services RM 550 untuk seorang, include hotel untuk 4 hari 3 malam, trasnport, tourist guide, makan (kecuali malam last). Berbaloi kan?



Ok, JOM kita teroka SABAH..

Seawai jam 4.00 pagi kami bertolak dari rumah ke Putrajaya Sentral. Train jam 4.50 pagi ke KLIA. Ok, first time aku nek train..Hahhahahah...excited kot..Perjalanan lebih kurang 20 minit untuk ke KLIA




Sampai KLIA 5.20 trus cek in kat kiosk untuk dapatkan boarding pass..Mudah, cepat dan senang.





Done cek in..Seterusnya cek in luggage..Untuk luggage kurang dari 7kg boleh dimuatkan di tempat letak barang dalam flight nanti.. Beg aku melebihi 7kg.hahhaha..apa yang aku bawak pun aku tak tau.. Tapi, kalau kurang dari 7kg, nak cek in luggage pun boleh. Tidak dikenakan sebarang caj tambahan..

Setle urusan cek in..Breakfast kat Old Town White Coffee dulu..

Sementara tunggu time gate nak buka, kami tidoq dulu kat kerusi-kerusi yang banyak disediakan di sekitar kaunter cek in..

Gate dibuka jam 7.25.. Kami akan fly melalui gate 9..Tepat 8.25 flight berlepas ke Kota Kinabalu..

Lebih kurang jam 11.00 pagi, kami sampai di KKIA.. Semangat nak bercuti tu terus berkobar-kobar.. Masa sampai kat KKIA, kita akan melalui satu kaunter. Kat kaunter tu kita kena bagi IC, dan kita akan dapat satu resit pas melawat. Resit tu simpan, jangan hilangkan. Kita kena pulangkan semula masa kita nak balik ke Semenanjung nanti.

Sampai KKIA, kami tunggu tourist guide lebih kurang 15 minit. Dan kami terus ke Hotel Zara Boutique, Kota Kinabalu untuk cek in. Sebelum naik ke bilik rehat-rehat, tourist guide bagi briefing untuk plan hari nie.
Jam 4.00 petang, guider akan pick up kami di Hotel untuk pi tengok Sunset dan dinner sekali..Lepas dinner kami akan pusing-pusing bandar KK..

Tepat jam 4.00 petang, aku n Reen turun ke lobi.. Mr Alon n Ayie lambat sikit, sebab tertidoq. Time kami turun, tourist guide n kawan dia dah ada.. So, aku n Reen masuk dulu dalam qeta sementara nak tunggu Mr Alon n Ayie turun. Lebih kurang 20 minit tunggu, tourist guide terus jalan..

Ok, time ne aku dah cuak sebab aku n Reen ja dalam qeta tu.. Mr Alon n Ayie tak turun lagi. Tourist guide tu beletiaq n marah-marah cakap kami tak menepati masa, dia ada urusan lain lagi.. Aku n Reen dah cuba mintak maaf sebab lambat dan mintak dia patah balik..Merayu tak tau nak kata ni uoollls...buatnya dia bawak lari kami yang gojes-gojes ne tak ke naya..Aduhhhhh..terus teringat kes culik kat Pulau Singgahmata, Semporna malam 2 April tu.. (Kejadian 1)

Dia kata tak pa, dia hantaq kami dulu ke Tanjung Aru, nanti dia patah balik untuk amik Mr Alon n AYie..Lebih kurang 10 minit kami sampai.. Nasib baik btoi dia bawak kami ke Tanjung Aru. Kami minta maaf sekali lagi n terus turun..

Hati dah tak sedap, sebab nampak yang attitude tourist guide ne yang temper semacam..Mr Alon n Ayie call kami berkali-kali sebab risau kami yang gojes ni dibawa lari..HAhahhahahaha...ok, serius..

Lebih kurang 45 minit tunggu baru Mr Alon n AYie sampai.. Tourist guide tu pun dengan muka selambanya macam tak da apa-apa yang jadi terus bawak kami ke Restoran untuk dinner..Dinner malam nie di tanggung oleh agent..

OK, kita lupakan apa yang dah jadi..

View kat Tanjung Ari ne memang cantik gila..Katanya ne antara tempat yang paling best di dunia untuk tengok pemandangan sunset.Kat sini memang jadi tumpuan pelancong..Dalam 6.20 tu keadaan dah gelap tau uoollls...Kat Sabah gelap lebih awai dari kat Semenanjung...Jom layan gambaq...

Ada macam-macam jenis makanan kat sini.. Boleh lepak-lepak minum petang sambil tengok view.

Wajah kesayangan hamba..=p

Sunset










Tiba masanya untuk dinner.. guider akan datang pick up kami semula kui 7.30 selepas dinner..
Dinner memang best..terbaik boleh makan seafood..Hehehhe..



Ketam masak pedas

Sotong goreng tepung

Siakap


Lepas dinner, kami jalan-jalan kat pantai..Macam-macam aktiviti ada..Ada yang main bola, main boomerang.. Meriah, memang best kalau lepak sini..






Kat Tanjung Rhu ne ada banyak kedai-kedai yang jual makanan-makanan ringan...


Tourist guide text cakap dia akan lambat sikit...ooohh.,dia lambat xpa plak kan..Fineeeee...(Kejadian 2)

Memang sangat lambat uoollllllsss..9.00 lebih baru dia sampai..Bebai kot..terus cakap kat dia balik hotel, tak mau pusing-pusing KK dah...


Done untuk hari first..Walaupun badan letih. tambah dengan kejadian-kejadian yang tak diingini, kami tetap enjoy dan bersemangat nak teroka SABAH keesokannya...















No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..