Majlis Akad Nikah (6 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...17 hari dah berlalu selepas aku terima nikahnya Mr Alon. Rasa macam baru semalam. Panas lagi uolllssss. Hehehe.

Aku bersyukur sangat-sangat, semua urusan majlis kami berjalan dengan mudah dan lancar. Terasa macam semua urusan dipermudahkanNya. Dari urusan persiapan kelengkapan, pakej perkahwinan, urusan borang nikah, semuanya rasa mudah ja.



6 Jun 2014. Selepas Asar. Detik yang paling ditunggu. Detik paling istimewa. Hampir 7 tahun aku nantikan saat ini. Nantikan saat aku sah jadi milik dia.

Majlis akad nikah berlangsung kt rumah aku. Memang aku request kat tok imam nak nikah kat rumah. Aku pun tak tau kenapa, tapi aku memang teringin sangat nak nikah kat rumah. Lain orang lain caranya. Hehehe.

Berdebar-debar bila rombongan lelaki sampai. Time ne baru rasa sangat debarannya. Sebelum ni bila orang tanya apa yang aku rasa, aku cakap aku tak rasa apa-apa, cuma excited ja lebih. Hahaha.





Tiba masanya akad nak diucapkan.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah sebagai isteri kepada Mr Alon. Syukur sangat-sangat. Rasa lega yang teramat. Tak sabaq plak nak tengok muka husband i uollls. Hahaha. Maklum la, Mr Alon duduk membelakangkan aku. Takkan aku nak pi terpa depan muka dia plak kot kan. Tak senonoh plak jadinya nanti.












Yehaaaa... Officially husband and wife







My New Family...

Sebuah pernikahan itu bukan pengakhiran kepada sesebuah hubungan, malah ianya adalah sebuah permulaan yang baru. Bergantung kepada kita bagaimana untuk kita mencoraknya.

Perkahwinan adalah AMANAT Allah S.W.T, SUNNAH RasulNya. Amanat Allah ini harus dijaga, dipelihara agar tetap di jalan yang diredhaiNya. Jalan yang penuh REDHA dan AMPUNNYA.




PUAN NUR SYAMIMI JAMALUDIN



Persalinan Nikah / Pelamin : Butik Pengantin Puziah, Jitra
Make Up Artist : Zulaiha Zulkifli 
Photographer : Khairul Anwar (K-Own)
Hand Bouguet : Kak Sha 
Perhiasan Bilik : Sdn. Bhd




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..