Majlis Resepsi (8 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. 45 hari dah berlalu sejak kami sah diijabkabulkan. Many more years to go. Entry tunang dah, nikah dah, resepsi sebelah perempuan dah. Kali ne resepsi sebelah lelaki la pulak kan.

Tanggal 8 Jun 2014 berlangsungnya majlis sebelah lelaki. Kami memang plan untuk buat majlis berturut-turut sebab mudah untuk semua. Tak payah nak amik cuti banyak-banyak kali kan. Lagipun rumah pun dekat.

Kali ne tema warna coklat. Baju ditempah khas untuk pengantin. Ha kau, ditempah khas gitu. Hahahaha. Actually, Mr Alon beli kain Ne masa dia ke Bandung. Time tu tak decide lagi nak tempah kain ni untuk nikah or sanding. Last-last jadila baju sanding untuk majlis sebelah lelaki. Didesign sendiri oleh aku.



Baju aku tempah dekat Butik Pengantin yang sama. Kat sini jugak amik tempahan baju pengantin. Untuk sampin dan veil tak disediakan, so kami kena sewa asing. Disebabkan aku tak puas hati dengan shawl dan veil yang ada dekat butik ne, aku amik keputusan untuk buat sendiri. Last minit uolsssss, cari kain, lace, beads. Balik terus potong, jahit lace dan beads. Dan.....tadaaaaaaaaa... Puas hati dengan hasil kerja sendiri.




Awai pagi dah start bersiap. MUA sampai terus mekap. Kali ne aku request nak tema bollywood. Banyak main dengan earth colour. Alhamdulillah, puas hati dengan hasilnya.


Ada macam KAJOL dak? Hahhahahah...

Rombongan pengantin perempuan bertolak dari rumah lebih kurang 12.30 tengah hari. Berdebar-debar nak pi rumah mertua uolllsss. Hahahaha.


Princess dengan drivernya. Hahahha..Ops sory Abg Jan.
My brother in law.
Kereta Audi ehsan sepupu aku. Hahahahha. Thank u Mukhlis. Tak mau kalah uolllssss..

Geng praktikal PERKESO....Thanks semua..

Bodyguard yang bertungkus lumus pastikan keselamatan princess and prince charmingnya. heheheheh...
Hero-hero my mother in law.

Princess and sister's family

Terima kasih untuk semua kaum keluarga, rakan-rakan yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis kami. Ramai lagi tetamu yang hadir yang tak sempat aku nak snap pic guna phone sendiri. Kebanyakannya photographer yang snap. Tak lupa jugak terima kasih untuk rombongan sebiji bas Imigresen Putrajaya (office mate Mr Alon) yang sanggup mai dari jauh. Thanks uolllsssss sudi sama-sama memeriahkan majlis kami. Thanks untuk semua yang aku tak tersebut disini.

Petang selesai majlis, kami keluar untuk outdoor photoshoot kat UUM. Letih memang letih, tapi teruja mengatasi segalanya. Cewah. Skema sangat tau.












Selesai sudah majlis di kedua-dua belah pihak. Syukur Ya Allah. Bermulalah satu episod kehidupan yang baru, alam rumahtangga. Semoga jodoh kami dipanjangkan dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. In sha allah. Amin.


Persalinan Baju Sanding / Hiasan Meja Makan : Butik Pengantin Puziah, Jitra
Shawl / Veil : Sdn. Bhd. oleh pengantin
Make Up Artist : Zulaiha Zulkifli
Photographer : Khairul Anwar (K-Own)
Hand Bouquet : Kak Sha
Perhiasan Bilik : Sdn. Bhd
Pengapit : Fashwan & Wardah
Makanan : Che Lah Katering



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..