Life After Marriage

♡Assalamualaikum♡

Sebelum kawen dulu, orang selalu cakap... Kawen ne best tapi susah sebab banyak tanggungjawab. Ya, its true, memang banyak tanggungjawab, tapi aku rasa tanggungjawab tu bukan susah. Lakukan dengan seikhlas hati, In Sha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Ingat satu benda ja, apa yang seorang isteri buat, mesti ingat suami. Ke mana-mana saja kita pi, kita akan bawa nama suami. Elok perlakuan kita, elok la nama suami kita, buruk perlakuan, buruk la nama suami kita. Jaga maruah suami walau di mana saja anda berada.


So far, after 147 days sejak kami diijabkabulkan (wah kau, kira hari dengan tepat...Hahahhahah), alhamdulillah, kami bahagia, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun kami berbeza. tapi chemistry tetap ada. Bezakah???? Hehehehehe...

Rutin kami tiap-tiap hari, simple. Setiap hari bekerja, bangun 5.30 pagi, siap pi qeja. One thing yang kami amalkan setiap pagi sebelum kuaq pi qeja semenjak mula kawen sampai sekarang (cara cakap tu macam lama nau kau dah kawen kan...Hahahahahha..) we will hug each other for 5-10 minit.. Dengan cara nie, aku rasa memang akan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Dan satu lagi, apa saja salah faham yang berlaku hari sebelum tu, akan terhapus dengan sendirinya. Tak caya? Cuba amalkan..hehehehe..

Buat masa sekarang ni, sebelum ada tanggungjawab nak jaga anak, setiap hari selepas waktu qeja, kami akan sambung overtime. Lepas ne, dah ada baby..hmmmmmm?? mungkin tak buat overtime dah..Hehehehe.. Abeh qeja, balik rumah, sebelum tidoq, lepak-lepak depan tv, sembang-sembang apa yang kami buat untuk hari tu.

Hari cuti Sabtu, kebiasaannya Mr Alon akan pi ofis awal pagi, buat overtime. Al maklum la, time ne la nak boleh cari duit lebih kan. Aku? Kalau rajin, aku pi ofis jugak, kalau dak aku duk rumah, dobi satu rumah...

Petang Sabtu atau hari Ahad, baru kami akan jalan-jalan. Jalan pun tak ke mana sangat. Sekarang ne, selalunya aku akan ajak Mr Alon pi shopping. Bukan saja-saja nak shopping tau uooollss..Tapi terpaksa, sebab dah tak dak baju nak pakai. Al maklum la, badan dah makin berkembang. Sobsobsobsob!!!

Masak???? 
Hmmmmm...bab masak ne. Aku tak mau komen lebih-lebih..Hahahahah..

Sebabnya, lepas-lepas kawen hari tu, aku rasa akulah yang paling rajin. Pagi, petang, siang, malam aku masak. Sedap tak sedap belakang cerita.

Tapi......................

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Dulu rajin masak, sekarang dah malas. Hahahhaha..Ok, nak story sejak-sejak pregnant ne, aku malas segala-segalanya. Sory Mr Alon. Tambah-tambah nak masak, Aku pun tak tau pasai pa. Yang aku tau, aku tak dak selera dengan masakan aku sendiri. Hoooiiii, parah...

Makan kat kedai, menambah-nambah aku makan. Tiap-tiap hari nak makan kat kedai, Lama-lama bankrup. Hehheheheh!!

Apa-apa pun, kami masih setahun jagung, masih jauh perjalanan kami. Orang boleh cakap, ala baru kawen boleh la, feeling-feeling cintan cintun lagi. Asyik nak berkepit ja 24 jam. Dah lama-lama esok, mula cemuih, laki jalan depan, bini jalan belakang. Kena tinggai 10 tiang. Apa kata, kita kekalkan feeling-feeling tu sampai ke tua. Tak salah kan, nak kekal romantik, mesra walaupun dah tua. Pedulikan cakap-cakap orang sekeliling. 







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..