Hatiku Di Kinabalu Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 1

Hari kedua di Sabah...

Awai-awai pagi lagi kami dah bangun..Bersiap-siap apa yang patut..Hari ne kami akan bergerak ke Kundasang...Yehuuuuuu..Tempat yang memang dah lama aku nak pi..

Pagi ne breakfast termasuk dalam pakej hotel..Time untuk breakfast dari 7 pagi hingga 10 pagi..Jangan lambat uollllss, kalau tidak belapaq la kita...



7.30 pagi kami breakfast...9.00 pagi, guider sampai, kami terus mulakan perjalanan ke Kundasang..Sepanjang perjalanan ke Kundasang kita akan lalu banyak tempat yang menarik..Bagi yang kaki pancing tu kat sini ada port untuk memancing, iaitu Teluk Likas..Tak jauh pun dengan pekan Kota Kinabalu, dalam 15 min dah sampai..

Kita jugak akan lalu "Floating Mosque", Masjid Negeri Sabah, Menara Tun Mustapha, Muzium, Uni Malaysia Sabah..

Kat Sabah pun ada pusat pentadbiran yang digelar mini Putrajaya.. Kat sini ditempatkan semua bangunan kerajaan..

Kami teruskan perjalanan..

9.45 pagi, kami sampai di Jambatan Tamparuli..



Jambatan Tamparuli ni terletak di pekan Tamparuli daerah Tuaran. Majoriti yang tinggal kat sini adalah kaum Dusun. Jangan tak tau uuoollllsss, ada lagu Jambatan Tamparuli tau, yang dicipta oleh seorang Kadazan Dusun nama Justin Lusah dan dinyanyikan oleh beliau sekitar era 70-an..Sungai yang mengalir di bawah Jambatan Tamparuli dikenali sebagai Sungai Kiulu.. Dikatakan sungai ne terbentuk bila ais dari puncak Gunung Kinabali mencair dan mengalir turun.




Menarik kalau kita tau sejarah Jambatan Tamparuli ni..Nama Tamparuli berasal dari perkataan orang Brunei iaitu "ditampar oleh air". Padan zamam dulu pedagang-pedagang Brunei datang ke sini, mereka tidak dapat naik ke hulu akibat sungai yang tersangatlah deras, jadi dengan nama "ditampar oleh air" tu la disingkatkan dan jadilah "Tamparuli"...

Ada jugas mitos Jambatan Tamparuli. Kononnya dulu ada seorang perempuan yang tersangat cantik dan pandai menyanyi diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang dikenali sebagai "Tajau". Menurut mitos kalau nak jambatan kukuh berdiri perlu mengorbankan satu nyawa sebagai penguat. "Tajau" tu diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli bagi mengukuhkannya lagi. Sampai hari ni mitos ni masih diperkatakan dan dipercayai oleh penduduk disitu sebab Jambatan Tamparuli masih berdiri kukuh walaupun usianya dah berpuluh tahun...

Holiday kat Sabah, mesti mai Jambatan Tamparuli tau. Walaupun cuaca panas terik, kami tetap naik Jambatan Tamparuli.




Mula-mula macam semangat gila nak jalan laju-laju sampai tengah.. Tapi kalau dah Mr Alon tu xqeti jalan elok-elok. Digoyang-goyangnya jambatan tu, mau tak cuak aku ne haaaaa..






Time tu jugak pecahlah satu rahisa yang si Ayie ne gayat ropanya...Dia jalan sampai situ ja pastu patah balik...Hahahhahaha..Sory Ayie, terpecah rahsia plak..Hilang macho tu ha...Heheheh..






Kami teruskan perjalanan.. Lebih kurang 5 minit dari Jambatan Tamparuli, kami sampai di Rumah Terbalik..





Tiket masuk Rumah Terbalik RM10.00 seorang..Untuk masuk Rumah Terbalik kami kena tunggu giliran. Pengunjung akan dibawa dalam kumpulan lebih kurang 20 orang oleh seorang guider..Sementara tunggu giliran, boleh ambik gambaq di kawasan luaq Rumah Terbalik..










Sebelum masuk dalam Rumah Terbalik, guider akan beri penerangan dulu. Pengunjung dilarang ambik gambaq dalam rumah. Kalau didapati kita amik gambaq, akan didenda satu gambaq RM100 dan gambaq akan didelete.

Sebelum masuk, pengunjung diberi penghormatan untuk memukul gong sebanyak 3 kali.




Lepas pukul gong, kita perlu ketuk pintu dan beri salam atau ucap hello sebelum masuk rumah. Sambil kita melawat kawasan dalam rumah, guider akan beri penerangan tentang rumah tersebut. Rupanya rekabentuk rumah ni serta hiasan dalaman adalah based on true story. Rumah yang original memang wujud di Kota Belud.

Mengikut penerangan guider, rumah ni milik pasangan berketurunan suku kaun Dusun Tindal + Sino. Pasangan ini mempunyai seorang anak yang nakal. Anak mereka yang mula-mula buat idea nakal mahu menterbalikkan rumah mereka. Dan ibu bapa kanak-kanak itu lah yang ambil idea ni dan kemukakan pada individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan rumah terbalik ni.

Dalam rumah terbalik ne memang semua benda la terbalik. Sekali ngan perabot-perabot. Item yang paling berat dalam rumah ni adalah mesin jahit iaitu seberat 35kg, memang berada dalam keadaan yang terbalik.

Rumah terbalik ni dibina pertengahan 2011 dan siap tahun 2012. Ambik masa 6 bulan untuk disiapkan dan kos sebanyak lebih kurang 500k.

Lepas habis melawat dalam Rumah Terbalik, kami pun apa lagi. Sambung la sesi fotografi.Hahahah..







Pray for MH370


Kami teruskan perjalanan kami dan singgah di Pekan Nabalu lebih kurang jam 11.30 pagi. Di sini ada jual macam-macam jenis handicraft, t-shirt yang murah-murah. Kalau pandai tawar-menawar kita akan dapat lagi murah dari harga asal..Aku pun apalgi, yehaaaaaaa..mata yang mengantuk terus segaq..Hahahahah...



Nampak dak tu muka aku...Muka teruja..Hahahhha..

Cowboy Sabah..






Aku sempat grab t-shirt untuk tentera-tentera cilik yang kat rumah aku tu..Untuk aku?? nothing.Huhuhu..
Tak pa, banyak lagi masa untuk shopping..Kita pentingkan souvenir untuk insan-insan kesayangan dulu..

Sepanjang perjalanan ke Kundasang kita takkan rasa jemu..Pemandangan sangat cantik, lebih kurang macam Cameron..Tapi bertambah cantik dengan adanya pemandangan Gunung Kinabalu..





Kami terukan lagi perjalanan..Lebih kurang 12.50 tengah ari kami sampai di Pekan Kundasang..Kebetulan kami ke Kundasang hari Jumaat, ada pasar yang dipanggil Tamu..Kat sini katanya ikan kering murah-murah..Kami tak singgah pun..Kami terus ke Desa Dairy Farm....

Perjalanan nak ke Desa Dairy Farm ne mak aiiii, punya la tinggi.Yang lawaknya Ezora yang kami naik tu unduq balik ke belakang...Hhahahah..Sapa yang berat la gamaknya kan..Bukan salah kami ok, Ezora tu memang kurang ummppphhh.. Bila nak nek bukit ja, fail..Alahai...

Jalan nak ke Desa Dairy Farm ne memang kurang cantik, berlobang sana sini..Tapi bila dah sampai alahai, macam nak qeyau (nangis aka teriak)..Sebab cantik sangat..




Welcome to Desa Dairy Farm..Kalau nak tau tempat ni lah yang menarik aku untuk ke Sabah..




Tiket untuk masuk kat sini RM4.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.. Kalau nak ikutkan tiket kami under pakej..Tapi, guider mintak kami bayaq dulu, simpan resit and then hari last nanti klim balik..Bleh camtu?? Hmmmmm..








Tak lengkap kunjungan ke Desa Dairy Farm kalau tak bergambaq kat batu ne..Hehheheheh!1








Jom kita pi tengok lembu ngan kambing oooiiii...Hahhaha..





Toodiaaa,,,kambing duk tunggu dah..Hahahah..
Kat sini kita bleh bagi kambing ngan lembu makan..Seikat rumput RM1.00
Tapi  bau kat sini hooomaiiigooodd...Wangi sangat..Heheheheh..





Memang lawak kalau tengok gelagat kambing-kambing ne nak makan..Dari jauh kalau nampak kita pegang rumput, dah berebut-rebut jengoi kepala dari kandang..






Come sangat kan..Hahahhaa...Senyum menggoda plak kambing ne..Ne bukan apa, kes kat tangan aku ada makanan..Kalau dak,,hmmmmm..mesti kambing ne tak mau senyum...







Dekat sini ada jual souvenir..Yang paling menarik tumpuan pengunjung, susu lembu ngan susu kambing fresh yang dijual..Ais krim pun ada...Aku?? Susu???  Oh tidakkkkk..jeling pun aku tak mau..Kang tak pasai-pasai aku yang uuweeeekkkk kat situ...

Mr Alon kita jangan tanya la..Pantang ngan kambing..Dapat plak susu kambing, apalagi..Aku yang kat sebelah ne pun dah tak dipandangnya..Huh...






Dekat sini jugak kita boleh tengok proses perah susu lembu.. Kalau ikut jadual, proses perah susu lembu selalunya jam 3.00 petang..Tapi, kami sampai sana proses memerah dah pun bermula...




Lembu-lembu yang tengah tunggu turn untuk diperah susunya....Banyak gila weeeieiiii...



Cuba perhatikan gambaq ne btoi-btoi...apa yang pelik???
Dalam banyak-banyak yang duk tunggu tu, ada plak yang berperangai tak senonoh di khalayak ramai..Hahhahahahahah..




Susu lembu diperah dengan menggunakan mesin tau. Bukan perah guna tangan. Jangan nak feeling-feeling filem sangat. Pengsan kalau nak perah guna tangan. Hehehhehe!!

Dah puas berkenalan dengan lembu ngan kambing kat Desa Dairy Farm kami teruskan perjalanan..Kali ne kami singgah di pasar buah. Aku sempat beli buah sikit untuk bekalan kat hotel nanti.







Nampak dak apa yang Mr Alon tengah lakukan tu???
Makan durian uooollllssss,,,Kalau orang Kedah, durian kami pronounce Deqeyan..hahahha
Kalau dah dapat hat tu kusyuknya jangan duk kata la...
Tak amik peduli dah kiri kanan..
Aku?? MAcam besa jauhkan diri..Hehheheheh!!





 Lebih kurang 4 petang, kami sampai hotel, Seri Kinabalu Resort. Kawasan cantik, dengan pemandangan Gunung Kinabalu tapi sunyi gila. Aku rasa kami ja quest kat situ.

Lepas cek in, hampa seketika. Huhuhuhuhu...
Pemandangan cantik, tapi bilik fail. Dah macam stay kat dorm dah aku rasa. Tak padan dengan harga RM160 untuk satu malam.

Lepas mandi, rehatkan badan sat. Kami kuaq ronda sekitar hotel. Menikmati pemandangan yang takkan selalu kita tengok.








Dah sampai masa dinner..Lebih kurang 7 petang kami ajak guider untuk cari makan. Dekat Pekan Kundasang ne malam memang sunyi. Susah nak cari kedai makan yang bukak selepas jam 6 petang. Dekat hotel yang kami stay tu pun tak dak makanan, hampeh btoi..

Pilihan terakhir KFC. Dinner under pakej jugak. Tapi macam biasa, kami kena bayaq dulu dan simpan resit.Huh!!

After dinner kami balik hotel, lepak kat lobi tengok tv..Saipa tengok tv kat lobi kan...Nak tau dak uooolllss, bilik iooolllsss tv pun tak dak. Sedih sangat..

Ok la, jom tidoq.. Simpan tenaga untuk hari esok...

Jumpa lagi di Part 3







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..