Majlis Akad Nikah (6 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...17 hari dah berlalu selepas aku terima nikahnya Mr Alon. Rasa macam baru semalam. Panas lagi uolllssss. Hehehe.

Aku bersyukur sangat-sangat, semua urusan majlis kami berjalan dengan mudah dan lancar. Terasa macam semua urusan dipermudahkanNya. Dari urusan persiapan kelengkapan, pakej perkahwinan, urusan borang nikah, semuanya rasa mudah ja.

Officially Mrs Alon

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya penantian selama 7 tahun, berakhir dengan ikatan yang sah. Syukur..syukur..syukur..

Terima kasih untuk semua yang dah bertungkus lumus untuk pastikan majlis kami berjalan dengan lancar. Terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak. Terima kasih yang tak terhingga.

Tak lupa juga kepada pengapit kami yang dah terlantaq keletihan kat rumah. Hahahaha. Fashwan & Adah, thanks for everything. Thanks sebab sentiasa berada di sisi kami sepanjang majlis berlangsung walaupun dah boleh nampak muka keletihan tu. Hehe.

Tak dilupakan jugak sanak saudara jauh dekat, sahabat handai, rakan sekerja, semuanya yang sama-sama memeriahkan majlis kami.

Yes...i do..

♡Assalamualaikum♡

Pejam celik..pejam celik...only 5 days left...

Alhamdulillah...apa yang dirancang hampir menjadi kenyataan..semoga segala perancangan berjalan dengan lancar..aminnn...

Sebelum tibanya hari bersejarah aku dan Mr Alon, boleh la aku story sikit-sikit hari pertunangan kami...

Memang plan kami last minit untuk bertunang. Plan asal kami tak mau bertunang, tapi atas permintaan keluarga akhirnya kami ditunangkan...

Hatiku Di Kinabalu Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 1

Hari kedua di Sabah...

Awai-awai pagi lagi kami dah bangun..Bersiap-siap apa yang patut..Hari ne kami akan bergerak ke Kundasang...Yehuuuuuu..Tempat yang memang dah lama aku nak pi..

Pagi ne breakfast termasuk dalam pakej hotel..Time untuk breakfast dari 7 pagi hingga 10 pagi..Jangan lambat uollllss, kalau tidak belapaq la kita...

Hatiku Di Kinabalu Part 1

♡Assalamualaikum♡

Wah, lama btoi aku hold nak tulis entry ni. Nak dekat sebulan kot. Harap maklum, bukan sebab aku malas ok, sebab aku bz dengan qeja yang takkan penah abeh. Hari nie macam free sikit nak tulis entry. 

OK, entry kali ni, aku nak story pengalaman aku bercuti ke Sabah bulan lepas.

First thing sebelum bercuti, tiket flight uollllss. Kalau tak booking cam mana la nak pi..Hehehe..
Aku booking dah lama. Tahun 2013 lagi, dalam bulan 10 atau 11 cam tu kot. Aku pun tak ingat. Tapi, time aku booking tu MAS tengah wat promosi. Seorang pergi dan balik, dari KLIA ke Kota Kinabalu hanya RM 190.00..Murah kan kan kan..Kami pi 4 orang..Aku, Mr ALon, Reen & Ayie..