Phuket, Thailand - Day 4 (Last Day)

♥ Assalamualaikum ♥

18 SEPTEMBER 2019, RABU

Last day in Phuket. Flight balik ke Malaysia 7.30 petang waktu Thailand. Pagi ne checkout, driver pick up 8.30 pagi terus breakfast di Mateam Babussalam (Makanan Melayu-Thai). Kedai ne berdekatan dengan Masjid Nurul Islam. Sekitar masjid ne ada banyak pilihan kedai muslim untuk breakfast.


Lepas breakfast, terus ke Pornthip, kedai yang jual pelbagai barangan makanan seafood, paste masakan thai, buah-buahan kering. Paste dekat sini sedap tau. Ibu beli paste untuk buat tomyam, tomyam putih, kengsom. Ibu beli sikit ja. Rugi tak beli banyak-banyak ari tu.




Destinasi next, kami ke T-shirt Factory. Dekat sini bukak juai t-shirt ja, ada beg, kasut, selipar dan macam-macam jenis souvenir. Harga biasa-biasa ja. Tak mahai, tak murah. Boleh buat beli buat souvenir untuk family.




Untuk lunch hari ne, kami ke Bang Mud Seafood. Restoran ne agak viral sebab makanan sedap, lokasi dia best (restoran terapung). Nak ke restoran, kena naik sampan. Kalau weekend memang ramai dekat sini. Time kami pi tu, ada satu meja ja yang ada customer. 

















Memandangkan banyak lagi masa sebelum naik flight, kami singgah Central Phuket Mall untuk habiskan masa dan habiskan saki baki duit yang ada. Hahahaha. Shopping seadanya.


Sekian sudah trip untuk kali ne. Jumpa lagi next trip yang entah bila...


Bye PHUKET..



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..