Phuket, Thailand - Day 2

♥ Assalamualaikum ♥

16 SEPTEMBER 2019, ISNIN


Pagi ne kami janji untuk berkumpul dekat lobi. Breakfast dulu sebelum driver pickup. Dari hotel kami jalan ke kawasan berdekatan dengan Masjid Nurul Islam lebih kurang 15 ke 20 minit. Breakfast dekat kedai Hawa Kitchen, jangan risau kat kawasan ne banyak gerai Islam. 

Ne la ahli rombongan ibu kali ne..
Sebelah kiri Kak Yani, Kak Ima, Abg Yazid & Mr Azrol
Sebelah kanan Ina, Abg Sham, Khadeeja, Ibu & Muhammad

10.00 pagi driver pick-up dekat hotel. Destinasi untuk hari ne Karon View Point - Promph Teph View Point - Big Buddha - Old Phuket Town.

Ibu akan cuba share seringkas mungkin. Sebab apa? Sebab banyak benda ibu dah lupa. Kos pun dah tak ingat. Resit-resit memang ibu ada simpan, tapi dalam bahasa siam, mana la ibu nak paham. Hahhahah.. So untuk entry kali ne ibu tak cita pasai kos tau. Ok, jom ikut ibu explore Phuket.

Mrs. Gumoks is back..

♥ Assalamualaikum ♥

Setelah hampir dua tahun ibu abaikan blog ne, ibu kembali. Kalau perasaan, dari entry sebelum ne lagi ibu dah bahasakan diri sebagai "IBU". Sebelum ne ibu bahasakan diri "AKU". Dengan bertambahnya usia dan anak, lebih sedap dan sesuai dengan panggilan ibu tu kan.

Last ibu update Januari 2020, dah lebih setahun dah. In Sha Allah, ibu nak habiskan entry Phuket dalam masa terdekat ne. Dah lama tak menulis, qasa kekok plak. Hahahahha..

Dalam musim pandemik ne, tak banyak la entry jalan-jalan, dah tak boleh pi mana kan. Tapi selepas Phuket ada lagi 2,3 entry travel yang ibu akan update. Sempat lagi jalan-jalan sebelum dan selepas PKP. Hehehehehe..

Ok lah, jumpa di next entry.. Nah ibu belanja gambaq kami 5 beranak yang paling latest..



Phuket, Thailand - Day 1

♥ Assalamualaikum ♥


15 SEPTEMBER 2019, AHAD

Flight ke Phuket kami ambik petang 4.05 pm. Awat ambik petang?? Sebab kawan-kawan ibu yang lain akan naik flight dari Penang. Flight dari Penang ke Phuket hanya ada lewat petang. So, disebabkan kami tak mau kami ja yang sampai dulu, kami pun ambik tiket petang. Kihkihkihkih....

Phuket, Thailand

♥ Assalamualaikum ♥

Destinasi holiday kali ne ke PHUKET, THAILAND. Untuk trip ne, ibu goyang kaki. Ibu book tiket flight ja. Yang len semua kawan ibu yang uruskan. Kihkihkih..Sampai ke itinerary, transport pun ditanggung beres, cakap ja kita nak pi mana, kawan ibu siap aturkan semua..Million thanks to kawan ibu sebab mudahkan qeja ibu...

Pic Google

Review - Jogjakarta

♥ Assalamualaikum ♥

TRIP JELAJAH DUNIA


 Dimiliki oleh seorang wanita Malaysia. Bukan saja ada pakej ke Jogjakarta. Ada juga pakej ke New Zealand, Turkey dan Sumba Island Indonesia.

Official Instagram : tripjelajahdunia
Page Facebook : Trip Jelajah Dunia

Dapat tour agency ne hasil dari review orang ramai. Ramai yang berpuas hati dengan Trip Jelajah Dunia. Aku berurusan dengan Puan Nor, owner Trip Jelajah Dunia. Set appoitment dekat premis Trip Jelajah Dunia beralamat Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Puas hati terus bayar booking. Balance akan disettlekan sesampainya di Jogjakarta nanti. Puan Noor akan fly sekali ke sana. Untuk pengetahuan, Puan Noor memang kerap ke sana sebab suaminya memang menetap di sana.

Kebetulan hari nak ke Jogja, Puan Noor akan fly bersama. So, bila flight delay Puan Noor akan inform husband dia yang menguruskan supir di sana.

Pakej Private Trip RM450 x 2 pax include
Tour
Supir
Transport (Besar & sangat selesa)

Total RM 900
 RP 2.799.000