♥ Assalamualaikum ♥
TRIP JELAJAH DUNIA
Dimiliki oleh seorang wanita Malaysia. Bukan saja ada pakej ke Jogjakarta. Ada juga pakej ke New Zealand, Turkey dan Sumba Island Indonesia.
Official Instagram : tripjelajahdunia
Page Facebook : Trip Jelajah Dunia
Dapat tour agency ne hasil dari review orang ramai. Ramai yang berpuas hati dengan Trip Jelajah Dunia. Aku berurusan dengan Puan Nor, owner Trip Jelajah Dunia. Set appoitment dekat premis Trip Jelajah Dunia beralamat Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Puas hati terus bayar booking. Balance akan disettlekan sesampainya di Jogjakarta nanti. Puan Noor akan fly sekali ke sana. Untuk pengetahuan, Puan Noor memang kerap ke sana sebab suaminya memang menetap di sana.
Kebetulan hari nak ke Jogja, Puan Noor akan fly bersama. So, bila flight delay Puan Noor akan inform husband dia yang menguruskan supir di sana.
Pakej Private Trip RM450 x 2 pax include
Tour
Supir
Transport (Besar & sangat selesa)
Total RM 900
RP 2.799.000
TEGAL LALANG GUEST HOUSE
Untuk hotel aku cari sendiri, tengok review dari orang ramai. Yang mana aku rasa sesuai itu la pilihan aku. Untuk trip kali ne pilihan aku Tegal Lalang Guest House, kawasan yang sunyi, bilik selesa, tak sesak yang sangat sesuai untuk family.
Ada banyak pilihan bilik. Boleh pilih bilik yang sesuai dengan kemampuan dan bajet sendiri. Trip ne kami pi 4 family so aku pilih bilik sebelah menyebelah, senang untuk kami uruskan trip kami. Kalau nak tau guest house ne macam sebuah rumah banglo besaq yang berasaskan kayu. Sangat cantik hiasan dalaman dia. Bilik kami di tingkat 1 yang ngam-ngam ada 4 bilik.
Aku booking melalui booking.com tanpa sebarang deposit atau bayaran. Bayaran penuh masa check in nanti.
Bilik yang aku stay. Sangat selesa. |
Ruang makan |
Lobi |
Tingkat yang menempatkan 4 buah bilik yang kami stay |
Deluxe Double x 2 RP 2.463.220
Deluxe Twin x 2 RP 2.317.860
TOTAL RP4.781.080
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..