Phuket, Thailand - Day 2

♥ Assalamualaikum ♥

16 SEPTEMBER 2019, ISNIN


Pagi ne kami janji untuk berkumpul dekat lobi. Breakfast dulu sebelum driver pickup. Dari hotel kami jalan ke kawasan berdekatan dengan Masjid Nurul Islam lebih kurang 15 ke 20 minit. Breakfast dekat kedai Hawa Kitchen, jangan risau kat kawasan ne banyak gerai Islam. 

Ne la ahli rombongan ibu kali ne..
Sebelah kiri Kak Yani, Kak Ima, Abg Yazid & Mr Azrol
Sebelah kanan Ina, Abg Sham, Khadeeja, Ibu & Muhammad

10.00 pagi driver pick-up dekat hotel. Destinasi untuk hari ne Karon View Point - Promph Teph View Point - Big Buddha - Old Phuket Town.

Ibu akan cuba share seringkas mungkin. Sebab apa? Sebab banyak benda ibu dah lupa. Kos pun dah tak ingat. Resit-resit memang ibu ada simpan, tapi dalam bahasa siam, mana la ibu nak paham. Hahhahah.. So untuk entry kali ne ibu tak cita pasai kos tau. Ok, jom ikut ibu explore Phuket.


KARON VIEW POINT

Juga dipanggil "Khao Saam Haad"  yang bermaksud Bukit Tiga Pantai. Dari atas ne kita akan nampak view 3 buah pantai. Pantai Kata Noi, Koh Poo dan Pantai Karon. Kalau nak tau tempat ne paling popular untuk tengok view dan selalunya hujung minggu memang akan sesak dengan pelancong. Masa kami sampai sini dah nak tengah hari, tapi alhamdulillah cuaca tak la terik sangat. Panas tapi berangin. Dan jangan risau kat atas ada gazebo yang lengkap dengan tempat-tempat duduk untuk kita rehat sambil layan view. Ada jugak gerai yang jual makanan ringan & minuman.

Boleh rehat-rehat sambil layan view. Jangan lupa amik gambaq uolllss. Cantik tau view dari atas ne.











PROMPH TEPH VIEW POINT

Dalam perjalanan nak pi Promph Teph Point, kami ternampak gajah kat tepi jalan. Singgah sebab anak-anak nak tengok gajah. Siap ajak naik gajah lagi. Qasa macam kesian plak kat gajah tu nak bawak ibu ngan ayah ampa. Hahahahahha.. Berat mata memandang, berat lagi gajah tu nak memikul.. Kahkahkahkahkah... Tapi apa-apa pun kalau ke Thailand tak yah la naik gajah. Kan banyak dah viral macam mana depa train gajah-gajah tu. Nama ja train tapi macam mendera sebab nak bagi ikut cakap. So, kawan-kawan ibu ingat, jangan support animal cruelty.






Ok, Promp Teph View Point ne lebih kurang sama jugak dengan Karon View Point. Tempat untuk kita layan view. Tapi kat sini, terkenal dengan layan view sunset. Cumanya kami memang tak plan pun untuk tengok sunset, sebab bawak budak-budak sama kan. Macam kurang sesuai maghrib nak duduk kat tempat macam tu. Masa kami kat sana, pelancong kurang. Mungkin sebab bukan hari minggu. 







BIG BUDDHA

Antara tempat wajib pi kalau ke Phuket. Patung Buddha ne salah satu mercu tanda paling terkenal dekat Phuket. Terletak dekat atas Bukit Nakkerd dan ketinggian patung ne 45 meter. Boleh jalan-jalan mengelilingi patung Budhha ne. Dari atas ne jugak boleh nampak view pulau-pulau di Phuket. Kalau nak tau, patung Buddha ne dibuat dari marmar burma putih dan akan nampak seakan-akan bersinar bila terkena cahaya matahari.

Masa dekat sini, ibu tak banyak amik gambaq sebab Muhammad dah tidoq. Tak larat la cek ooii, ibu nak jalan keliling Budha tu sambil dukung budak tu.





OLD PHUKET TOWN

Sebelum ke Old Phuket Town kami singgah makan dekat gerai bersebelahan Masjid Nuruddin. Kalau ampa nak tau kat sini tak dak ayaq macam milo tu, yang ada ovaltine. Kat sini mana-mana gerai mesti ada. Ibu hang tiap-tiap hari memang minum ayaq tu ja la. Sedapppppp...

Lepas lunch, solat, driver drop kami dekat Old Phuket Town, nanti dia akan pick-up balik dekat penghujung jalan.

Old Town Phuket ne lebih kurang sama macam Georgetown, Penang. Kedai-kedai terletak dalam bangunan-bangunan seni bina Portugis.. Nak cuci mata, cuci duit boleh la ke sini. Banyak jual tshirt, souvenir. Banyak juga restoran dengan kafe. Cumanya kurang yakin untuk kita orang Islam nak masuk.

Jangan risau, kat sini ada kemudahan toilet. Satu benda ibu suka pasai Phuket, mana-mana toilet awam yang ibu masuk, semuanya sangat bersih, sangat selesa. Ada yang siap pasang muzik lagi. Boleh la ibu memerut dengan tenangnya.















Destinasi last sebelum balik hotel, 7 Eleven. Beli bekalan untuk dinner & breakfast keesokannya. Sebelum membeli tu belek habis-habis tau. Banyak makanan tak halal dari yang halal. Cumanya burger-burger yang orang duk viral-viral tu tak la sedap mana pun. Kalau balik Malaysia tak teringat pun la burger tu, sedap lagi burger tepi jalan kat tempat kita.

Malam, ibu & anak-anak lepak bilik. Sebab tau dah depa mesti tidoq awai. So, ibu lepaih ayah hang ja la pi ronda-ronda, janji balik jangan lupa makanan untuk ibu..Hahahahhaahha...











Done explore Phuket untuk hari ne. Jumpa next post.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..