♥ Assalamualaikum ♥
15 SEPTEMBER 2019, AHAD
Flight ke Phuket kami ambik petang 4.05 pm. Awat ambik petang?? Sebab kawan-kawan ibu yang lain akan naik flight dari Penang. Flight dari Penang ke Phuket hanya ada lewat petang. So, disebabkan kami tak mau kami ja yang sampai dulu, kami pun ambik tiket petang. Kihkihkihkih....
1 pm, ibu sefamily gerak dari rumah ke Putrajaya Sentral. Lunch di KLIA 2, check-in baggage. Sekarang ne dah boleh check-in baggage sendiri. Print sticker dari kiosk yang disediakan, mudah dan cepat. Tapi, disebabkan baggage kami terlebih sekilo, kami kena check-in dekat petugas yang ada. Lucky me, petugas tu tak kira pun sekilo yang terlebih tu. Huhuhuhhuhu...Tidak melayang dah duit beratus kat situ ja.
Flight dari KLIA bertolak lebih kurang 4.30 pm dan akan ambik masa dalam sejam setengah. Sampai Phuket 5.00 pm waktu Thai.
Sampai airport boleh terus ke kaunter DTAC untuk ambil simcard. Bagi ja phone, petugas dekat situ akan settingkan phone. Dari airport ke Patong ibu ambil private car (THB860) yang akan ambil masa lebih kurang sejam perjalanan. Sampai hotel dan selesai urusan check-in lebih kurang 6.30 pm..THB1812.03 (hotel)
Untuk dinner ibu decide untuk ke kawasan yang berdekatan. Pilihan ibu ke Kesuma Seafood naik tut tut dengan harga THB100. Kesuma Seafood ne banyak rakyat Malaysia yang suggest kalau ke Patong. Tapi, kalau ibu, ibu tak recommend sebab rasa biasa-biasa dan agak mahal. Untuk dinner kami 4 beranak total THB860 (nasi 3 pinggan, telur dadar, tomyam ayam, siakap soya sauce, sirap bandung, tea o ais limau & air kosong). Kalau harga lebih kurang RM100 tu dekat Malaysia macam-macam lauk lagi boleh dapat tau.
Lepas dinnner, kami balik ke hotel jalan kaki ja. Rupanya Kesuma Seafood tu belakang hotel ja. Cumanya kena lalu jalan yang agak gelap.
Kawan ibu dari Penang sampai hotel lebih kurang 10.00 pm, tapi time tu anak-anak ibu dah tidoq. So, esoknya baru nak salam laga-laga pipi...Kihkihkihkih...
Jumpa next post...
Total Perbelanjaan
THB 3632.03 / RM 499
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..