1 OKTOBER 2016, SABTU
Unplanned trip ke Melaka hampir ke penghujung. Macam banyak hari ja kan, padahal sehari semalam ja pun. Kihkihkihkih!! Lepaih tidoq dengan nyenyaknya ataih katil yang empuknya, kami bangun dengan semangat yang berkobaq-kobaq nak sambung jalan-jalan Melaka. Jom, ikut kami hari ne. Jommmmmmmmmmmmm..........
Oh, jangan lupa breakfast. Harga bilik include breakfast tau. Sebelum turun breakfast, kami bawak Nur Iman mandi swimming pool dulu, sebab dia memang suka kalau bab-bab ayaq ne kan...Biaq sampai mulut biru, swimming pool ditinggai jangan. Kihkihkihkih..
Oh, bangun pagi ne, mata Nur Iman sepet sebelah. Tak tau la kena apa. Gigit semut mungkin. Maneh sangat semut tengok. Kihkihkihkih!!
Lepas setle semua, lebih kurang 11 pagi kami checkout dari hotel. Very recommended hotel ne. Cantik, selesa, besaq, bersih dengan harga yang berpatutan. Makanan breakfast pun banyak pilihan dan sedap. Paling penting ada swimming pool. Hehehehehe!!
Jom, kita sambung jalan-jalan Melaka
Menara Taming Sari
Semalam kan tak sempat nak naik, so hari ne jom kita naik. Boleh tahan ramai yang tengah que nak naik. Menara Taming Sari akan amik masa 7 minit untuk satu pusingan. 1 minit naik, 5 minit kat atas dan 1 minit turun. Sambil naik, Menara Taming Sari akan berpusing perlahan-lahan yang membolehkan kita nampak view Melaka dari atas.
Harga Tiket
Warganegara dengan MyKad
Dewasa : RM17
Kanak-kanak : RM11
Pelancong Asing
Dewasa : RM23
Kanak-kanak : RM15
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10pg - 11mlm
Melaka River Cruise
Dari Menara Taming Sari, kami ke Melaka River Cruise. Niat nak naik malam semalam tak kesampaian sebab orang terlalu ramai, walaupun memang ramai yang suggest untuk naik malam. Katanya malam lebih cantik dengan kerlipan lampu sepanjang Sungai Melaka, romantik gitchewww. Tapi kalau naik waktu siang pun apa kurangnya kan. Kita boleh menikmati pemandangan sepanjang Sungai Melaka. Lebih menarik, boleh nampak semua Wall Art sepanjang Sungai Melaka. Kita juga akan disajikan dengan pemandangan perkampungan Melayu Melaka, Kg Morten. Juga dapat tengok bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir angin, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil. Memang enjoy naik Melaka River Cruise. Antara tempat yang wajib pi kalau anda berkunjung ke Melaka.
Harga Tiket
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg - 12mlm
Harga tiket ne aku dapatkan info dari web Jom Jalan, tapi beza dengan harga tiket yang aku dapat.
Dewasa : RM15.90
Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : Free
Sky Tower @ The Shore
Nak try tahap kegayatan anda?? Jom kita pi Sky Tower. Sky Tower terletak di The Shore Shopping Gallery. Kalau takut tinggi, memang agak gerun nak ke sini. Aku? Kalau ajak aku naik jenis roller coaster ka memang aku berani, tapi bila naik tempat tinggi macam Sky Tower ne, ada sikit qasa gentar. Kihkihkihkihkih!!! Sebabnya, Sky Tower ne terletak di tingkat 42 dan kita boleh berjalan atas jambatan kaca. Bukan boleh, memang kena jalan atas jambatan kaca ne untuk sampai ke atas. Wajibbbbbbb.. FUhhhhhhh!!
Dari jambatan kaca, naik tangga ke kawasan lapang. Kat kawasan lapang ne jugak ada kolam ikan koi. Kalau nak bagi makan, makanan ikan boleh beli masa beli tiket awai-awai tu. Dan anda boleh stay kat atas ne selama mana yang nak. Tak dak had masa untuk berada kat atas ne.
Boleh bergambaq kat mana-mana kecuali kat kawasan menara tinjau dengan lantai kaca. Bukan tak boleh bergambaq tau, boleh. Tapi dengan gunakan kamera dari pihak Sky Tower. Gambaq tu nanti kita boleh tengok masa dah keluaq nanti. Dan kalau lawa boleh la beli.
Harga Tiket
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM 25
Kanak-kanak : RM 18
Bawah 2 tahun : Free
Makanan ikan : RM5 (satu pek)
(Hard & Soft Copy)
1 keping : RM50
2 keping : RM75
3 keping : RM100
(Soft copy boleh scan dari kod yang pihak Sky Tower bagi)
Dari Sky Tower hajat nak ke Zoo Melaka. Ramai yang cakap Zoo Melaka lagi best dari Zoo Negara. Tapi hajat tak kesampaian sebab hujan. On the way tu terus singgah Medan Selera Ayer Keroh pekena Asam Pedaih Resepi Bonda. Fuh, hujan-hujan makan asam pedaih panaih-panaih, nikmat tak terkata.
Perut kenyang, kami terus gerak balik. Lebih kurang 7.30 petang kami selamat sampai Kajang. So, tamatlah unplanned trip kita kali ne.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..