12 DISEMBER 2016, ISNIN
Kunjungan yang tak dirancang. Macam biasa on the way balik dari Kedah ke Kajang, ternampak signboard Kellie's Castle. Selalunya tak rasa macam nak singgah, tapi kali ne teringin plak nak ke sana. Jom kita tengok apa yang ada kat sana, misteri sangat ka tempat tu kan. Nak la tau jugak.
Akak kenit ne tengah tidoq, ibu ngan ayah gerak dia. Mujuq la jenis tak banyak ragam. Bangun-bangun terus berak. kihkihkihkih. Mujuq la kat sini ada semua kemudahan. Tandas, surau, kedai makan dan lain-lain lagi.
Harga tiket:
Warganegara : RM5
Warga asing : RM10
Kad pengenalan wajib bawak tau!! Tak terima alasan tertinggai dalam qeta. Kebetulan memang aku tinggai purse dalam qeta. Patah balik la aku pun pi kat qeta.
Pelukis karikatur |
Ada sebuah jambatan yang dibina untuk melintasi Sungai Kinta bagi memudahkan pengunjung ke Kellie's Castle. Tak yah la kita susah-susah nak berenang lintas sungai na. Kihkihkih!!
Kellis's Castle dibina pada tahun 1909 di kawasan bukit. Rumah yang sangat luas ni dibina oleh Kellie Smith menggunakan buruh India, termasuk pakar seni yang dibawa khas dari India Selatan. Kalau nak tau Kellie Smith ne sangat taksub dengan senibina istana Moghul, sebab tu dia nak bina rumah dengan senibina India.
Kellie Smith nak pastikan rumah ni bukan macam rumah biasa. So, rumah ini ada bilik khas untuk simpan arak, kawasan khas untuk masak serta kandang kuda. Dan jangan terkejut ada jugak ruang bermain tenis kat atas bumbung dan ruang lif pertama di Malaya. Gila besaq. Kihkihkih. Memang kaya la dia ne kan.
Like mother like daughter |
Mek Nur Iman tu selamba badak dia ja duk lari meqata. Ibu-ibu, ayah-ayah yang bawak anak kecik mai sini pastikan awasi anak-anak tau. Bahaya jugak kat sini. Sebab memang tak berpagaq. So, risiko untuk jatuh tu sangat la besaq.
Bilik penyimpanan arak letaknya kat satu bilik bawah tanah. Dan bilik tu memang gelap dan tangga untuk turun memang sempit, sapa yang berani boleh la turun tengok. Aku ne berani-berani takut, Ikut jugak Mr Alon turun, tapi takat duk kat tangga ja la. Takut cekk oii. Nak amik gambaq pun tak berani, Sebab takot benda len yang jengoi mai plak. Kihkihkihkih!!!
Masa tu rumah ne la yang mendahului carta rumah-rumah besaq kat Malaya ne. Bukan ja jadi buah mulut pembesaq tempatan tapi dapat perhatian luaq negara. Gahnya rumah ne sampai masuk paper The London Financier.
Walaupun rumah ne hebat, Kellie Smith sebenaqnya takut kalau-kalau orang Melayu memberontak satu hari nanti. So, setiap bilik tidoq dalam rumah ne ada laluan rahsia dalam toilet dia untuk membolehkan depa larikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah. Dari sini boleh masuk ke beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia yang menghubung ke kuil berdekatan.
Bilik anak lelaki dan anak perempuan Kellie Smith bersambung menerusi bilik mandi dan laluan rahsian. Ada sebuah tangga menuju ke tingkat bawah dan ke luar rumah agam ni.
Emergency stairway |
Bilik tetamu terletak kat tingkat paling atas. Anak tangga bilik tetamu ne akan bawak ke tingkat atas yang menempatkan gelanggang tenis yang hampir siap dan halaman besaq yang sesuai untuk pesta yang elegen. Dari bilik, tetamu boleh nampak pemandangan taman yang luas dihiasi dengan pokok bunga dan pokok kelapa, tasik serta garaj yang cantik yang boleh memuatkan empat buah kereta.
Kalau perasan, kebanyakan tangga kat sini agak sempit. So, time naik tu kena tunggu turn. Tak boleh naik ramai-ramai dalam satu-satu masa.
Tok wan duk tengok apa tu? Tak ajak pun.. |
Kalau tengok Kellie's Castle ne, boleh bayangkan macam mana gahnya rumah ne suatu masa dulu sampai pembinaannya dapat perhatian dari banyak pihak. Tapi, hajat Kellie Smith nak tengok rumah ne siap tak kesampaian. Mahligai mewah ne akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja beliau dan beliau juga meninggal akibat pneumonia ketika dalam perjalanan ke Lisbon.
Banyak misteri yang kita dengaq pasai Kellie's Castle ne kan. Tak kisahlah apa misterinya Kellie's Castle ne, tapi bagi aku Kellie Smith bina rumah ne dengan penuh kasih sayang untuk isteri dan anak-anak dia. Kalau Taj Mahal adalah lambang cinta Shah Jehan untuk Mumtaz Mahal. Kellie's Caslte plak lambang cinta Kellie Smith untuk isterinya Agnes dan anak-anaknya, Helen dan Anthony.
Dah puas tawaf Kellie's Castle, boleh basahkan tekak dekat kedai yang disediakan.
Oh, paling menariknya pihak pengurusan Kellie's Castle ada buat Pelancongan Paranormal waktu malam. Harganya RM80 seorang (termasuk insurans). Dibuka empat hari saja sebulan iaitu setiap Jumaat dan Sabtu pada minggu pertama dan juga minggu terakhir. Terhad 40 orang setiap malam dan terbuka kepada yang berumur 17 tahun dan ke atas. Mereka yang lemah semangat, masalah jantung, darah tinggi dan wanita haid dilarang sertai program ne. Untuk maklumat lanjut boleh call pejabat urusan Kompleks Pelancongan Kellie's Castle.
Menarikkan? Ada yang berani nak pi dak? Jangan lupa ajak iolllsss. Kihkihkihkihkih...!!
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..