OK, nak gelak dulu sebelum nak up story. Sebabnya dah setengah tahun berlalu. Kahkahkahkah!! Terlupa, cek balik draf baru nampak tak up lagi entry ne...Jom, layan ja la na.
6 Jun 2014 - 6 Jun 2016, dua tahun yang penuh dengan suka dan duka. Alhamdulillah, masih teguh bersama. Dan in sha Allah akan kekal teguh buat selama-lamanya. Aminnnn!!
Untuk anniversary kali ni, sempat aku plan untuk candle light dinner dengan Mr Azrol. Asalnya nak surprisekan husband, last-last tak jadi surprise sebab sebelum booking minta izin dia dulu. Kihkihkih!! Isteri mithali lah katakan, nak buat apa-apa kena minta izin suami dulu. Tak gitu kan!!!
Survey punya survey, Thirty8@grandhyatt jadi pilihan. Tertarik dengan view dari restaurant ni. Sekali seumuq hidup tak salah nak merasa kan.
Reservation buat direct dari website Thirty8@grandhyatt. Kalau nak tengok menu siap-siap boleh tengok di website yang sama dan menu hanya boleh diorder masa kat restaurant nanti. Dan boleh request apa sahaja melalui emel.
Nur Iman macam biasa, alhamdulillah sangat behave. Makan ja tak banyak. Tengok badan la kan. Kecik molek macam ibu. Kahkahkahkah!!
Signature cake by Thirty8. Wording boleh request. Dan aku request sekali untuk surprisekan Mr Alon dengan nyanyian Happy Birthday. Nanti staf kat situ akan keluaq bawak kek dan ramai-ramai nyanyikan lagu Happy Birthday. Sebenaqnya birthday Mr Alon 25 Jun. Tapi apa salahnya kan celebrate sekali.
Chocolate Cake tu disajikan bersama caramel sos dan ice cream pisang. Dengan efek asap yang dihasilkan dari dry ice. Nampak menarik kan.
View kat sini memang cantik dengan berlatarbelakangkan KLCC..Dah merasa sekali cukup. Mungkin tiada kali keduanya, Kihkihkihkih. Len kali kita try tempat lain plak na..
MENU
Appetiser
Hot & sour seafood soup
Main Course
Wok-fried rice, scallop, tobiko fish roe, egg white, spicy seafood sauce
Australian lamb chop, zucchini, garlic
French fries
Dessert
THIRTY8 Signature cake
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..