30 SEPTEMBER 2016, JUMAAT
We're back. Kali ne ke Selatan tanah air. Unplanned trip, tetiba ja Mr Azrol ajak pi jalan-jalan. Ingat nak jalan sekitar KL ja. ropanya diajaknya kita ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kecil tapak tangan, padang bola Stadium Old Trafford adinda tadahkan wahai kanda. Kihkihkih!!
Kebetulan memang ari ne mintak half day dengan bos sebab pengasuh Nur Iman ada hal petang nanti. So, alang-alang tu moh la kita pi holiday.
Balik tengahari, kelam kabut packing bag. Lepas solat Jumaat, kui 3 petang, kami bertolak. Perjalanan amik masa lebih kurang sejam, sampai Melaka kui 4 petang. Mai pun mengejut, so ikut nasib la hotel mana yang kosong. Tak dak kosong kita tidoq dalam qeta. Kihkihkih!!
Sampai di Banda Hilir, kami park qeta berdekatan Bangunan Merah. Parking berbayaq, so in sha allah qeta selamat. Kami jalan-jalan sekitar bangunan merah. Petang-petang macam ne memang ramai lepak kat sini. View kat sini memang cantik, kalau shoot wedding kat sini memang cantik. Jom kita jelajah Melaka.
Bangunan Merah @ Studhuys
Bangunan Studhuys ne merupakan bangunan penempatan rasmi Gabenor Belanda yang dibina pada tahun 1650. Kat kawasan ne pengunjung boleh dapatkan beca yang cantik-cantik yang boleh disewa untuk mengelilingi kawasan sekitar.
Bangunan ne sebenaqnya bangunan yang terdiri daripada lima buah muzium yang berasingan kat dalamnya. Muzium Sejarah & Ethografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan & Demokrasi dan juga Muzium Yang Di-Pertua Negeri.
Bangunan ne adalah tempat tumpuan pelancong yang terkenal. Petang-petang macam ne memang agak sesak dengan pengunjung yang beristirehat dan bergambaq di sekitar Jam Besar.
Street Art Melaka
Street Art Melaka adalah antara tarikan terbaru di Melaka. Boleh nampak "street art" ne di sepanjang Sungai Melaka. Boleh jalan kaki di sepanjang Sungai Melaka dan boleh jugak naik Melaka River Cruise. Aku? Jalan kaki? Memang tak la. Aku kan sayang lemak-lemak aku ne. Kihkihkih. Untuk petang ne kami jalan yang dekat-dekat ja. Malam nanti baru plan nak naik Melaka River Cruise.
Kincir angin yang dibina Belanda pada tahun 1950 |
Sungai Melaka |
Hard Rock Cafe & Shop
Oh. Hard Rock Cafe jugak terletak di tepi Sungai Melaka. Bagi penggemar barangan Hard Rock boleh la singgah sini. Siap duit ja la k. Dan kat depan pintu masuk Hard Rock Cafe tu ada la sorang uncle chinese ne jadi penarik. Nur Iman dari jauh ja berani, mai dekat penakut. Kihkihkih. Kalau nak bergambaq dengan uncle ne kena bayaq tau. Kalau tak silap aku kena bayaq RM 5 kot. Dah tak ingat dah.
Beca Melaka
Dari hadapan Jonker Street, kami amik beca untuk pusing Banda Hilir. Satu pusingan dengan harga RM50. Sebenaqnya macam risau jugak nak naik beca ne. Sebab risau abang beca tu penat nak kayuh beskal dengan bawak muatan berat. kahkahkahkah!!!
Untuk yang malas berjalan memang aku wajibkan naik beca ne. Beca akan bawak kita pusing Banda Hilir dan akan stop dekat attraction yang ada di sekitar sini.
Muzium Kapal
Muzium Kapal ne sebenaqnya adalah replika kapal Portugis yang dijadikan sebuah muzium. Dikatakan kapal yang asal telah ditenggelamkan somewhere in Selat Melaka. Kapal tu mai Melaka untuk mencuri khazanah berharga Melaka. Kalau nak masuk muzium tu pun boleh. Abang beca akan tunggu. Disebabkan kami macam agak kesuntukan masa, so just bergambaq kat luaq ja.
Jeti Pelabuhan Melaka
Jeti Pelabuhan Melaka terletak berdekatan dengan Muzium Kapal. Aku pun tak pernah tau wujudnya jeti ne. Dan dari jeti ne kita boleh ke Dumai, Indonesia.
Dari Muzium Kapal, kita akan dibawa ke Kota A Famosa. Dekat sini boleh paskan kamera anda dekat abang beca. Dia akan tolong amikkan gambaq kita. Siap ajaq lagi nak berdiri kat mana, macam mana. Hehehehehehe!!
Jom kita belajaq serba sikit pasai Sejarah Kota A Famosa.
Dari Kota A Famosa kita akan lalu dekat Menara Taming Sari. Kat sini pun kalau nak naik menara, abang beca akan tunggu. Kami tak plan untuk naik menara petang ne, so just lalu ja. Aku ne tak pernah tengok Menara Taming Sari ne. First time tengok, aku macam.."oh, ne ka menara taming sari", "oh, macam ne ka dia naik"....Ingat, macam menara aloq setaq tu. Kihkihkih!!
Dari Menara Taming Sari, abang beca akan stop dekat keretapi tanah melayu yang dah dijadikan kedai souvenir. Kat sini ada jugak ada kapal terbang. Beca akan stop lebih kurang 30 minit kat sini. So, boleh la tengok-tengok souvenir, rehat-rehat dulu.
Done pusing Banda Hilir, abang beca stop dekat Bangunan Merah. Kalau nak stop dekat tempat lain pun boleh, just habaq kat abang beca. Time untuk cari tempat tidoq plak.
Survey punya survey, Hatten Hotel jadi pilihan kami. Dekat dengan kawasan Banda Hilir, so senang kalau nak kemana-mana.
Hatten Hotel, Melaka
Bilik Deluxe King Bed City View with breakfast
RM 350.00 (harga biasa)
RM 269.00 (gov rate)
Bilik besaq, cantik dan selesa. Nasib baik Mr Alon tanya ada gov rate atau tak. Sebab depa takkan habaq tau, kecuali kita sendiri yang tanya. So, kepada staf gov tu ringan-ringankanlah mulut bertanya k.
Jonker Walk
Malam, niat nak ke Melaka River Cruise. Tapi memandangkan orang tersangatlah ramai, kami batalkan niat nak naik. Dinner berdekatan jeti Melaka River Cruise then kami terus ke Jonker Walk. Time malam memang meriah kat sini.
Terletak bersebelahan dengan Hard Rock Cafe iaitu di Jalan Hang Jebat. Kalau nak tau Jonker Walk ne merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah. Kami bukanlah penggemar barangan antik, lebih kepada nak meriahkan Jonker Walk ja. Hehehehehehe!!
Pasar malam ne bukak setiap Jumaat hingga Ahad. Dari info yang aku dapat, masa tahun 2013, pasar malam ne pernah ditutup selama sebulan atas alasan menyebabkan kesesakan lalulintas dan keputusan tak dipersetujui oleh peniaga-peniaga kat situ. Ya la kan, depa dah lama cari rezeki kat situ. Lagipun pasar malam Jonker Walk antara tarikan utama pelancongan Melaka.
Lepas jalan-jalan kat Jonker Walk, singgah Hard Rock Cafe untuk beli souvenir sikit. Then sempat la layan life band sat. Nur Iman kalau bab lagu memang boleh kat dia. Qalit ja dia duk layan lagu.
Done jalan-jalan Melaka hari first. Penat, jom balik tidoq. Esok kita sambung jalan-jalan.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..