♡Assalamualaikum♡
Salam Isra Mi'raj..=)
Peristiwa Isra Mi'raj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra Mi'raj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Isra Mi'raj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra Mi'raj juga adalah untuk menguji umat Islam apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut.
Peristiwa Isra Mi'raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada baginda Rasulullah S.A.W.
Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat ." (Surah Al-Israa':Ayat 1)