♥ Assalamualaikum ♥
17 SEPTEMBER 2019, SELASA
Aktiviti hari ne, Island Tour. Hari yang ditunggu-tunggu. Sebelum bertolak ke jeti, breakfast siap-siap dalam bilik dengan bekalan yang beli dekat 7e.
Seawal jam 7.30 pagi, driver pickup dekat hotel. Perjalanan ke jeti ambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Sampai jeti, kita akan dibriefing dulu dan juga ada disediakan breakfast. Bot bertolak 10.30 pagi. Pakej yang kami ambil untuk 7 dewasa dan 2 kanak-kanak THB9400 (lebih kurang RM1200), sharing bot. Satu bot muatkan lebih kurang dalam 20-30 orang.
Kai Nai Island - 1 jam
Monkey beach
Phi Phi Island - 1 jam setengah / 2 jam (lunch)
Pakej termasuk sekali lunch. Makan secara bufet. Untuk trip ne seelok-eloknya pakai baju mandi terus. Yang mana pakai selipar, nak masuk dalam bot nanti, kena bukak selipar. So, better pakai kasut yang untuk beach activity tu siap-siap. Kalau tak dak, boleh beli dekat jeti.