Phuket, Thailand - Day 3

♥ Assalamualaikum ♥

17 SEPTEMBER 2019, SELASA

Aktiviti hari ne, Island Tour. Hari yang ditunggu-tunggu. Sebelum bertolak ke jeti, breakfast siap-siap dalam bilik dengan bekalan yang beli dekat 7e.

Seawal jam 7.30 pagi, driver pickup dekat hotel. Perjalanan ke jeti ambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Sampai jeti, kita akan dibriefing dulu dan juga ada disediakan breakfast. Bot bertolak 10.30 pagi. Pakej yang kami ambil untuk 7 dewasa dan 2 kanak-kanak THB9400 (lebih kurang RM1200), sharing bot. Satu bot muatkan lebih kurang dalam 20-30 orang.

Kai Nai Island - 1 jam
Monkey beach
Phi Phi Island - 1 jam setengah / 2 jam (lunch)

Pakej termasuk sekali lunch. Makan secara bufet. Untuk trip ne seelok-eloknya pakai baju mandi terus.  Yang mana pakai selipar, nak masuk dalam bot nanti, kena bukak selipar. So, better pakai kasut yang untuk beach activity tu siap-siap. Kalau tak dak, boleh beli dekat jeti.











Khai Nai Island

Dekat pulau ne akan stop dalam 1 jam. Pulau Khai Nai ne kecik ja. Ada banyak gerai-gerai minum. Ada jugak payung yang boleh disewa untuk lepak-lepak tepi pantai. Tapi, ibu tak pasti berapa harga sewa sebab ibu tak sewa pun. Ibu order ayaq buah 2, 3 gelas, ibu duduk kerusi bawah payung dekat gerai tu. Senang anak-anak nak main pasiaq, ibu isi perot...Kihkihkih..








Phi Phi Island

Sebelum ke Phi Phi Island, bot akan berhenti dekat Monkey Beach. Tapi bukan persisiran pantai tau, kawasan batu berbukit yang ada banyak monyet. Bot akan berhenti berdekatan dengan batu-batu ne. Tapi tak boleh berhenti dekat sangat, takot monyet ne lompat masuk dalam bot. Monyet liaq tau uoollss.. Kang kena tokak tak pasai-pasai.




Sampai dekat Phi Phi Island, terus lunch dulu. Termasuk dalam pakej, makanan hidang secara bufet. Alhamdulillah, makan sedap, banyak. Tempat makan pun sangat selesa. Surau pun ada disediakan. Lepas makan, boleh ronda-ronda dekat pulau, mandi pantai. Bagi ibu, pantai dia tak la cantik sangat. Biasa ja. Malaysia lagi cantik. Kami lepak-lepak tepi pantai sementara tunggu masa bot nak bergerak.














Sebelum balik, bot akan berhenti tengah laut untuk aktiviti snorkeling. Sama jugak, coral kat sini tak secantik coral dekat Malaysia. Ayah hang tak leh turun snorkeling, kena jaga anak tidoq. Bagi can dekat ibu ja. 

Satu benda yang kurang dekat sini. Tourist guide dia tak explain cara yang betoi untuk pakai life jacket. Bila masuk ja dalam ayaq untuk aktiviti snorkeling, ramai yang ibu tengok terkapai-terkapai sebab life jacket tu dah terangkat naik ataih. Kalau untuk sapa-sapa yang dah terbiasa denga aktiviti laut, mesti tau, kena klip tali dekat celah kangkang, so life jacket tu tak terangkat ke atas bila kita dalam laut. Mujuq la ibu and the gang dah terbiasa dengan aktiviti laut, Terjun-terjun dalam laut tu memang tak tengok orang lain dah. Lantak kat hampa la..Hahahahahahha








Alhamdulillah, bot selamat sampai jeti balik lebih kurang 5.30 petang. Alhamdulillah jugak, kami 4 beqanak selamat dari insiden muntah-muntah sebab mabuk laut, Qamai jugak yang tewas masa otw balik tu. Termasuk la rombongan ibu hang..Kihkihkihkih...Sapa-sapa yang qasa akan mabuk tu, bawak siap-siap plastik untuk muntah. 







6.30 petang selamat sampai hotel. Malam macam biasa ibu lepak bilik ja sebab anak-anak dah tidoq. Tunggu ayah hang balik beli makan ja. Malam ne ayah hang bawak balik nasi putih, tomyam campoq, kerabu maggi & ovaltine ais. Sedap yakmat, ibu tak tanya dah ayah hang beli tang mana. Makan pun tak ajak dah..Hahahahhahaha...



Done explore Phuket untuk third day. Jumpa next post, Phuket last day.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..