About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Sunday, 29 June 2014

Majlis Resepsi (7 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Entry nikah dah, entry bersanding la pulak kan. Sebelum majlis berlangsung, normal kita akan rasa was-was dalam semua perkara. Benda yang paling aku pikiaqkan, dress aku, mekap aku. Cantik ka dress aku, muat ka dak, mekap aku cantik dak, satgi nampak tak cantik pulak. Semua tu tak berenti aku pikiaq sampai la selesai majlis. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mekap cantik, dress elok-elok padan walaupun aku ne ala-ala bam-bam sikit. Hahahaha.

Mekap untuk hari bersanding, aku request ala-ala klasik dengan red lips. Padankan dengan dress labuh hijau zamrud. Konon nak tiru scha al-yahya. Hahahaha.

Rombongan lelaki sampai lebih kurang kui 1 tengah hari. Berdebar-debar uolllsss nak jumpa laki i. Hahaha, gediks sangat.



Bila rombongan dah sampai, satu hal uolllsss. Aku ne plak yang nervous pelik sebab bila kuaq ja dari rumah nak sambut rombongan lelaki, mak aiiii, ramainya orang. Hahahahahaha. Memang la ramai kan, dah namanya pun kenduri. Maunya tak nervous, tumpuan semua orang kat kita. Al maklum la aku ne kan low profile. Tak biasa dapat tumpuan sebegitu ropa. Hehehehehe.

Yang penting kena maintain senyum, sebab semua orang pandang pengantin kan. Senyum biaq ikhlas walaupun herot. Hahahahahaha!!


Ada ropa Scha Al-Yahya ka idok...Hahhahahahahaha...Gelak guling-guling..

Antara BFF yang hadir..Thanks uoolslsss

Ok, time ne makan beradab. Makan kena beradab, sopan santun tau uollls....Tapi, kena makan sampai kenyang..Hahhaha...

Family sebelah arawah ayah aku..

Hantaran kami 5 berbalas 7 dulang. Less is better kan..



Tiga dara pinggitan. Pilih yang mana satu...Uopppssss..

Pengantin baru VS Pengantin lama

Ahli-ahli Persatuan Pengakap Kelana POLIMAS yang mai, Thank En Det, thanks semua sebab sudi sama-sama memeriahkan majlis kami.



Pengantin spark..Hahahahhaha


Menantu kedua dalam keluarga. Anak mak mentua aku semuanya hero-hero belaka.



Alhamdulillah, syukur majlis berjalan dengan lancar. Berjuta-juta terima kasih untuk family yang dah bertungkus lumus untuk pastikan majlis berjalan lancar. Untuk kawan-kawan yang dah membantu. Thanks a lot.

Walaupun penat, rasa seronok, puas, bahagia dapat raikan hari bahagia dengan insan-insan kesayangan.

Petangnya, habis majlis, wedding photoshoot di sekitar Gunung Keriang dan Laman Padi.










Persalinan Baju Sanding / Pelamin / Hiasan Meja Makan : Butik Pengantin Puziah, Jitra
Make Up Artist : Zulaiha Zulkifli
Photographer : Khairul Anwar (K-Own) dibantu oleh Aisam MG
Hand Bouquet : Kak Sha
Perhiasan Bilik : Sdn. Bhd
Pengapit : Fashwan & Wardah
Makanan : Che Lah Katering


I LOVE YOU MR HUSBAND..

3 comments:

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..