Nur Iman In Penang - 22 Jun 2015

♡Assalamualaikum♡

Mr Alon ngan aku dah plan, kalau boleh dan ada rezeki lebih nak bawak Nur Iman round satu Malaysia. Tapi bukan nak round sekaligus, cabut bulu la ooiiii...Opppsss..Hehehehehe. Kita round satu-satu negeri dulu. Kedah, kira  dah la kan sebab negeri kelahiran Nur Iman kan. Tu pun tak round abeh lagi tu. Ok, first kita start Penang dulu la. 

On the way nak balik KL, lepaih kejadian Terowong Menora tu, kami singgah Penang dulu. Tapi disebabkan bulan Ramadhan kan, so kami singgah sat ja la. Just round-round Pulau pastu singgah Padang Kota Lama, Gurney Plaza, lepak kat Gurney Drive.

Instagram

♡Assalamualaikum♡

Now, aku running dua instagram. Satu ig aku, satu ig Nur Iman. Pulun dak? Hahahahhha..

Bukan nak show off, bukan nak ciwi ada anak (ciwi jugak la sikit-sikit...hahahah..ada aku kisah). Tapi memang aku suka share gambaq dari dulu lagi, sebab tu aku create satu lagi ig. So, senang aku nak share gambaq-gambaq Nur Iman. Kalau sudi follow la @nurimankhadeeja...

2 Ramadhan - Surprise

♡Assalamualaikum♡

2 Ramadhan, Jumaat..

Tiba-tiba ja Mr. Alon ajak balik kampung. Rindu katanya. Done mintak izin bos nak halfday, setle-setle semua qeja, terus balik rumah. Siap kemas barang, baru aku amik Nur Iman kat rumah pengasuh. Lepas solat jumaat, terus gerak.

Kali ne kami balik tak habaq kat ma & mak. Konon-kononnya nak buat surprise. Tapiiiii.....


Warkah buat suami

6 Jun 2014-6 Jun 2015...

One year down, many more to go. Genap setahun setelah kau melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA. Our 1st wedding anniversary. Crazy how fast these past one year have gone by in the blink of an eye. Terasa seperti baru semalam, but now when i open my eyes, we have NUR IMAN KHADEEJA in our life.

Susu ibu

♡Assalamualaikum♡

Hari ne alkisahnya susu ibu. Sebelum lahirnya Nur Iman, aku dah plan kalau boleh nak bagi susu ibu sepenuhnya kat dia. Seronok tengok ibu-ibu bekerja yang mampu bekalkan susu ibu sepenuhnya untuk baby.

Tapi nak dijadikan cerita, bila Nur Iman dah selamat dilahirkan, Miss B aku tak menghasilkan susu. Sedih, kecewa, rasa down kenapa tak dak susu. Why? Why? Why? Hari keempat selepas melahirkan baru ada susu. Itupun selepas aku pam. Rasa lega sangat-sangat. Masa Nur Iman dalam wad pun, tiap hari aku akan pam dan tinggai dekat hospital buat bekai untuk Nur Iman. Lepas Nur Iman keluaq dari wad, aku pam sekali sekala, aku lebihkan direct breasfeeding.