Oh mama...

♡Assalamualaikum♡

Baru ja call ma.. and then ask her..

"Ma duk watpa?"
"Ne duk tengok hat kita pi Pulau Aman tu.."

Aku..ha? Pulau Aman? Berfikir untuk seketika ma tengok kat mana?

Oh...hahahaahaha..

Ok, my mom dah pandai layan blog. Ma baca blog iollllssss uoolllsss....

Hye ma..hehehehehe...

Honey Bulankah?

♡Assalamualaikum♡

Normal bagi setiap pasangan pengantin baru ntuk pi honeymoon. Kami? Honeymoon tetap honeymoon..hahaha..cuma plan untuk pi bercuti tu kami lambatkan. Tungguuuuu. Bukan apa, kalau lepas majlis nak terus pi honeymoon macam letih ja. Badan tak sempat nak rehat, dah nak kena travel pulak. So, kami decide untuk pi bercuti kemudian.

Hujung minggu lepas majlis, sebelum kami balik ke KL, kami singgah Penang dulu with my family. Kalau dah sampai Penang ne tempat wajib family aku of coz la Pulau Aman. Semata-mata nak makan mee udang yang terbaek. Elok sangat la kan sebab Mr ALon pun tak penah sampai lagi Pulau Aman. So, moh kiter menjamu selera....

Majlis Resepsi (8 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. 45 hari dah berlalu sejak kami sah diijabkabulkan. Many more years to go. Entry tunang dah, nikah dah, resepsi sebelah perempuan dah. Kali ne resepsi sebelah lelaki la pulak kan.

Tanggal 8 Jun 2014 berlangsungnya majlis sebelah lelaki. Kami memang plan untuk buat majlis berturut-turut sebab mudah untuk semua. Tak payah nak amik cuti banyak-banyak kali kan. Lagipun rumah pun dekat.

Kali ne tema warna coklat. Baju ditempah khas untuk pengantin. Ha kau, ditempah khas gitu. Hahahaha. Actually, Mr Alon beli kain Ne masa dia ke Bandung. Time tu tak decide lagi nak tempah kain ni untuk nikah or sanding. Last-last jadila baju sanding untuk majlis sebelah lelaki. Didesign sendiri oleh aku.

Majlis Resepsi (7 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Entry nikah dah, entry bersanding la pulak kan. Sebelum majlis berlangsung, normal kita akan rasa was-was dalam semua perkara. Benda yang paling aku pikiaqkan, dress aku, mekap aku. Cantik ka dress aku, muat ka dak, mekap aku cantik dak, satgi nampak tak cantik pulak. Semua tu tak berenti aku pikiaq sampai la selesai majlis. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mekap cantik, dress elok-elok padan walaupun aku ne ala-ala bam-bam sikit. Hahahaha.

Mekap untuk hari bersanding, aku request ala-ala klasik dengan red lips. Padankan dengan dress labuh hijau zamrud. Konon nak tiru scha al-yahya. Hahahaha.

Rombongan lelaki sampai lebih kurang kui 1 tengah hari. Berdebar-debar uolllsss nak jumpa laki i. Hahaha, gediks sangat.

Majlis Akad Nikah (6 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...17 hari dah berlalu selepas aku terima nikahnya Mr Alon. Rasa macam baru semalam. Panas lagi uolllssss. Hehehe.

Aku bersyukur sangat-sangat, semua urusan majlis kami berjalan dengan mudah dan lancar. Terasa macam semua urusan dipermudahkanNya. Dari urusan persiapan kelengkapan, pakej perkahwinan, urusan borang nikah, semuanya rasa mudah ja.