Jogjakarta - Day 1

♥Assalamualaikum♥

22 FEBRUARI 2017, RABU

KLIA2 - Adisutjipto Airport - Lunch - Candi Prambanan - Tebing Breksi - Jalan Malioboro


Flight dari KLIA2 9.40 am. Awal pagi bertolak dari rumah ke Putrajaya Sentral then terus ke KLIA2. Kami terlambat check in luggage. Sepatutnya sejam sebelum fly dah kena siap check in. Nasib baik ada staf yang terus ambik beg kami check in. Setle check in luggage, terus ke gate P6. Puan Noor dari Trip Jelajah Dunia dah siap tunggu kami dekat ruang menunggu. Kebetulan Puan Noor satu flight dengan kami. Oh, Puan Noor memang kerap berulang ke Jogjakarta sebab husband Puan Noor stay dekat sana.

Teluk Kemang - Port Dickson

♥Assalamualaikum♥

30 JANUARI 2017, ISNIN

Unplanned trip ke Port Dickson. Asainya Mr Alon ajak ke Bagan Lalang, nak bagi Nur Iman santai-santai main pasiaq pantai katanya. Tapi tanya punya tanya, kawan-kawan suggest ke Port Dickson. Dekat pun dekat. Memandangkan last aku pi Port Dickson pun kira-kira 18 tahun lepaih.... So, jom kita pi Port Dickson.

Sampai Pantai Teluk Kemang, PD lebih kurang kui 10.30 pagi. First time sampai sini. Tengok review rata-rata mengatakan yang Pantai Teluk Kemang ne paling famous dekat PD. Dan rata-ratanya juga mengatakan yang Pantai Teluk Kemang terlalu crowdard dengan orang dan kurang bersih. Dan aku tak nafikan perkara tu, tapi Pantai Teluk Kemang tetap menjadi pilihan utama penduduk di Malaysia. Dan percayalah cakap aku yang memang layan kalau mai sini.


Cat Signature Cafe & Studio

♥Assalamualaikum♥

29 JANUARI 2017, AHAD

Cat Signature Cafe & Studio Bangi, baru mula beroperasi 15 Januari 2017 yang berlamat di No. 8 Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor (sederet dengan Bank Islam). Waktu beroperasi 11 pagi hingga 11 malam kecuali hari Jumaat.


Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas

♥Assalamualaikum♥

29 JANUARI 2017, AHAD

Pagi ne riadah jauh sikit dari rumah. Sapa penah pi Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas?? Aku tak pernah tau pun akan kewujudan Taman Eko Rimba ne. Ne pun sebab Mr Alon yang ajak pi. Taman Eko Rimba terletak di Menara Kuala Lumpur. Parking berbayaq dalam kawasan menara tu jugak.

Taman Eko Rimba ni adalah satu-satunya hutan yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Simpan Bukit Nanas juga dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan adalah tertua di Semenanjung Malaysia. Pengunjung boleh tengok pelbagai jenis flora yang tumbuh secara semulajadi kat sini. Ada dua pintu masuk, melalui Menara Kuala Lumpur dan melalui Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Chulan.

Dekat sini jugak ada tarikan lain macam Taman Herba, Taman Orkid, jalan-jalan denai, tapak perkhemahan dan yang paling penting ada Jambatan Gantung. Ha, tu la tujuan utama aku mai sini. Sebab nak naik Jambatan Gantung. Masuk free dan tak dak had umuq. So, boleh la bawak Nur Iman naik jambatan gantung.


Kellie's Castle

♥Assalamualaikum♥

12 DISEMBER 2016, ISNIN

Kunjungan yang tak dirancang. Macam biasa on the way balik dari Kedah ke Kajang, ternampak signboard Kellie's Castle. Selalunya tak rasa macam nak singgah, tapi kali ne teringin plak nak ke sana. Jom kita tengok apa yang ada kat sana, misteri sangat ka tempat tu kan. Nak la tau jugak.