30 JANUARI 2017, ISNIN
Unplanned trip ke Port Dickson. Asainya Mr Alon ajak ke Bagan Lalang, nak bagi Nur Iman santai-santai main pasiaq pantai katanya. Tapi tanya punya tanya, kawan-kawan suggest ke Port Dickson. Dekat pun dekat. Memandangkan last aku pi Port Dickson pun kira-kira 18 tahun lepaih.... So, jom kita pi Port Dickson.
Sampai Pantai Teluk Kemang, PD lebih kurang kui 10.30 pagi. First time sampai sini. Tengok review rata-rata mengatakan yang Pantai Teluk Kemang ne paling famous dekat PD. Dan rata-ratanya juga mengatakan yang Pantai Teluk Kemang terlalu crowdard dengan orang dan kurang bersih. Dan aku tak nafikan perkara tu, tapi Pantai Teluk Kemang tetap menjadi pilihan utama penduduk di Malaysia. Dan percayalah cakap aku yang memang layan kalau mai sini.
Akak kecik ne dah bersedia nak mandi pantai. Eksited tak yah kata la, tapi masuk ja dalam ayaq dia yang nak kelupuq dulu. Kihkihkih!! Kena panaskan badan dulu, lama-lama baru dia ok. Dah lama tak jumpa ayaq laut kot kan.
Oh ya, kat sini kalau nak bukak tikaq sendiri tempat agak terhad, so pilihan yang lebih baik adalah sewa khemah ne dengan harga RM40 untuk sepanjang hari, Agak selesa dan berpatutan. Makanan pun kalau malaih, tak yah nak bawak bekal macam-macam, kat sini segalanya ada, Order ja, siap terus makan. Hehehehehe!!
Memang puas la mandi dari pagi sampai ke petang, Mujuq tak terbakaq kulit den yang memang dah sedia terbakaq ne, Hahahahahahaha!! Nur Iman pun dah letih dah, so lebih kurang kui 3 kami siap-siap untuk balik, Oh, tandas kat sini ada satu. Untuk mandi dan salin baju kena bayaq RM1 seorang. Tandasnya ok la besaq la jugak tapi masyarakatnya punya la ramai. Kihkihkih. Terpaksa jugalah tunggu kan.
Overall, tak salah pilihan kami untuk ke Pantai Teluk Kemang, Sangat enjoy, len kali mungkin boleh repeat lagi. Kalau piknik ramai-ramai best ne. Anyone nak ikut ????? Nanti kita plan ramai-ramai na. Nur Iman masuk ja qeta, terus terlelap sampai ke Kajang. Penat mandi pantai.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..