Kelantan - Terengganu Trip (Part 2)

♥Assalamualaikum♥

23 APRIL 2016, SABTU

Bangun pagi, tuan rumah dah siapkan sarapan untuk kami. Thank u tuan rumah. Pagi ne kami akan bertolak ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Nak kemana? Jeng..jeng..jeng..

Oh, sebelum tu, lewat malam semalam, Ali & wife, Nina sampai. Depa bertolak lambat sebab tunggu Nina abeh qeja dulu.

8 pagi, bertolak dari Pasir Mas. Sampai di Jeti Kuala Besut, Terengganu kui 9 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam. Sepanjang jalan, Nur Iman tidoq. Semalam tidoq tak cukup, so kita bagi dia tidoq puas-puas dulu.








Bukan Nur Iman ja tidoq. Anak dara dua orang tu pun tidoq tak ingat dunia. Kihkihkih. Sory Sari & Zura. Tersnap plak gambaq. Jangan marah i, pi marah abang hampa tu. Come sangat tidoq tu.




Jangan risau, sekitar Jeti Kuala Besut tu ada banyak parking berbayaq dan selamat untuk kita tinggaikan qeta. Parking kami agak jauh dari Jeti Kuala Besut, so kena la menapak sikit. Dengan harapan kot balik nanti kuruih sikit. Kahkahkahkah!! Padahai jalan melenggang ja pun, Nur Iman ofcoz ayah dia yang dukung. Kihkihkihkih!!

Oh, nak kemana kita ne kan?? Lupa plak nak habaq. Hehehehehe.. Hari ne kami akan ke Pulau Perhentian. Walaupun aku ne sebenaqnya kurang suka dengan pantai-pantai ne. Almaklum la 5 tahun dah aku duk mengadap pantai kat Langkawi tu, sampai dah naik cemuih. Tapi, memandangkan Mr Azrol sangat suka dengan pantai, so aku layankan ja.

Dekat Jeti Kuala Besut tu nanti, setiap orang kena bayaq RM5 kecuali kanak-kanak untuk tiket masuk ke kawasan Marine Park. First time Nur Iman nak naik bot laju ne.







Bot berbumbung ne bot laju. Akan amik masa dalam 30-40 minit untuk sampai di Pulau Perhentian. Bila dah sampai, kena tukaq bot kecik untuk sampai ke persisiran pantai sebab tak dak jeti So, aku suggest jangan pakai jeans. Pakai ja baju untuk mandi terus, senang. Kami sampai agak awal, cuma satu bilik ja kosong, dua lagi belum ready. So, kena tunggu lagi dua bilik kosong dulu baru boleh check in. Oh, kat Pulau Perhentian kami stay di Petani Beach Chalet. Chalet ne kami amik dalam pakej.




Pakej RM200 seorang include
+ Penginapan 2 hari 1 malam
+ Lunch (1x) Dinner (1x) Breakfast(1x)
+ Snorkeling 3 checkpoint (coral point, shark point & turtle point) dan akan singgah di Mata        Air Lata Berani
+ Kincir angin

Setle letak barang, kami bersantai kat tepi pantai sementara nak tunggu lunch siap. Dan owner chalet ne baik sangat dengan kami. Aku request untuk buat makanan Nur Iman dulu, sebab dia dah lapaq.


Ne Nina and she's 5 months pregnant


The girls






Nur iman hari tu, tiba-tiba tak mau letak kaki kat pasiaq. Geli kot. hahahaha. Tiba-tiba ja, padahai sebelum ne ok ja. Sampai ke sudah berdukung ja budak tu.








Nur Iman tengah skodeng. Kihkihkihkih!!!



Sementara kami bersantai, yang lain sempat mandi pantai & snorkeling. Peralatan snorkeling boleh dapatkan dari owner chalet. Memang depa ada sediakan. Free ok.





View dari chalet...Tenang..
Recharge


Dah selesai lunch, kami rehat-rehat dulu dalam bilik. Bagi Nur Iman recharge balik untuk aktiviti petang ne. Bersiap-sedia untuk aktiviti snorkeling. Bot akan pick up kami jam 2 petang. Aktiviti ne akan amik masa dalam 2-3 jam. So, kalau bawak anak kecik eloklah bawak bekalan makanan sikit.






Pit stop pertama, coral point. Nur Iman memang eksited kalau nampak ayaq. Tapi sory sayang, ibu bagi celup-celup kaki ja. Lebih-lebih tak boleh, sebab cuaca panas. Oh, sebelum tu, jangan lupa lumuq sun block banyak-banyak, untuk mengelakkan rentung terjadi. Hahahahahaha!!

Untuk Nina, thanks sebab tolong jagakan Nur Iman sementara ibu dia nak pi selam. Kihkihkih!! Sekali selam, jatuh cinta cek ooiii. Rasa macam tak mau timboi balik. Rasa tak puas layan coral kat situ. Memang sangat cantik.








Pit stop yang kedua, Turtle Point. Kat sini aku tak turun dah. Layan Nur Iman ja. Penyu kat sini tak banyak, ada jugak yang datang tapi tak dak penyu. Kebetulan time kami, ada dalam 4-5 ekoq penyu. Memang eksited la tengok penyu duk berenang tu. Come sangat. Sekali sekala penyu tu akan jengoi kat permukaan ayaq. Sapa yang pandai menyelam tu, boleh la ligan penyu tu. Kihkihkih..






Pit stop yang ketiga, Shark Point. Kat sini dah tak sempat nak amik gambaq dah, Masing-masing eksited nak tengok shark. Sebenaqnya cuak pun ada, sebab duk membayangkan shark yang makan orang tu. Hahahahahaha!! Kami beruntung sebab masa kami sampai ada dua ekoq shark tengah berenang-renang. Kat sini kena hati-hati sikit sebab ayaq beralun agak kuat. Walalupun pakai life jacket, tapi ada qasa macam nak lemas jugak. Masa baru sampai tu, punya duk ikut shark tu sampai dah jauh dari bot. Time nak patah balik ke bot, tercungap-cungap cek oiiii. Penat berenang dengan ayaq beralun kuat tu. Haiissh, tak kuruih jugak tak tau la. Hahahahahaha!!

Dah penat bersnorkeling, sebelum balik, kita akan dibawa ke satu pulau yang ada mata ayaq yang dipanggil Lata Berani untuk jirus-jirus badan. Dah nama pun mata ayaq kan, memang sejuk la ayaq kat sini. Tapi qasa fresh ja badan lepas penat snorkeling.




Kami sampai chalet balik lebih kurang 5 petang. Petang ne tak dak aktiviti apa-apa. Just rehat-rehat. Lepas dah mandi semua, kami keluaq lepak tepi pantai. Satu yang aku suka chalet ne sebab kawasannya sangat private. Chalet pun ada lebih kurang 5-6 buah ja. So, memang orang tak ramai dengan kawasannya yang bersih. Aku suggest kalau yang tak suka dengan bising-bising boleh stay kat chalet ne.






Dekat kawasan ne memang sunyi, ditambah plak dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Ada plak hammock kat situ, memang layan la cek oooiii...Tengok Nur Iman pun tengah layan tu. 









Sedaq-sedaq dah tidoq princess sorang ne. Kesian ja tengok. Letih la tu. Sementara Nur Iman tidoq, sempat la aku ngan Mr Alon berposing sakan. Kihkihkih!!











Lama jugak Nur Iman tidoq kat situ. Sampai kena gerak la, sebab dah nak maghrib. Takot jadi makanan nyamuk plak nanti.

Sebelum masuk bilik bagi dia santai-santai dulu tepi pantai, layan ombak, tengok bot.








Malam nanti. chalet akan sediakan dinner BBQ untuk kami. Jangan risau, semua depa akan buat. Kita tunggu makan ja. Untuk malam ne menu bihun goreng, ikan bakaq, ayam bakaq, sotong bakaq, udang bakaq. Segala jenis bakaq la. Dan makanan dia tak menghampakan, sedap. Malam kat sini agak ramai, sebab satu-satunya kedai yang bukak kat situ.






Kalau nak oder makanan lain pun boleh kat sini. Ada bermacam-macam menu. Untuk Nur Iman aku oder asing. Setle penuhkan perut, kami lepak tepi pantai, sambil minum sembang-sembang. Malam ne dah tak dak aktiviti apa. Save energy untuk hari esok.

Oh, untuk sapa-sapa yang suka chalet hotel yang ada aircond, tak yah la stay kat sini k. Sebab chalet kat sini guna kipas ja. Agak panas, tapi masih boleh control lagi. Dan aku nasihatkan kalau ada kipas kecik ka boleh la bawak. Untuk Nur Iman memang aku sentiasa akan bawak satu kipas kecik yang aku beli dekat uptown Cheras. Time aku beli tu harga RM35 kalau tak silap. Dan rasanya sekarang mungkin lagi murah.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..