Zoo Negara

27 FEBRUARI 2016, genap umuq Nur Iman Khadeeja setahun. Alhamdulillah, makin besaq anak ibu. Ibu pun makin makin makin membesaq. Ayah ja yang makin mengecik. Ok, ne tipu. Nur Iman say sorry ayah. Kihkihkih..

Sempena Nur Iman setahun, kami laki bini tak plan pun nak wat party ka apa-apa ka. Kami just plan nak bawak Nur Iman pi Zoo. Biaq dia belajaq kenai binatang. Kesian Nur Iman, duk kat rumah Kajang ne, kenai kucing ngan burung ja. Balik kampung sekali sekala baru bleh nak tengok, ayam la, angsa la, lembu la.





So, here we are.....


ZOO NEGARA


Terserlah kePENDEKkan di situ...

 Ne first time aku sampai ZOO NEGARA. Sampai sana lebih kurang jam 12 tengah hari. Matahari tengah terpacak atas kepala. Tapi anak punya pasai, ibu hitam pun tak pa la. Balik nanti kita tonyoh krim pemutih banyak-banyak na. Hehehehe!!

So. ne harga tiket untuk masuk ke ZOO NEGARA. Kami amik harga tiket basic tak termasuk untuk tengok GIANT PANDA. Tengok KUNG FU PANDA dah la kan.


DEWASA                    RM 32.00     RM 54.00 (INCLUSIVE OF GIANT PANDA)
KANAK-KANAK      RM 11.00     RM 22.00 (INCLUSIVE OF GIANT PANDA)
65 & KE ATAS           RM 16.00     RM 27.00 (INCLUSIVE OF GIANT PANDA)
~Fuh, boleh tahan mahal harga tiket~

Jom kita jelajah apa yang ada kat sini.

SOPHIE THE GIRAFFE la ibu. Besaqnyaaaaaa...

Ini RUSA tau Nur Iman. Jangan jadi macam ibu. ajaq anak ne KANCIL. Hahahahaha..


Lebih kurang jam 4 petang, dah penat pusing satu ZOO NEGARA, kami rehatkan diri dulu sebelum balik. Masa tengah rehat tu, tiba-tiba dengaq bunyi wisel banyak kali. Rupanya time tu adalah time untuk bagi burung-burung ne makan. Burung apa tu? Aku pun tak tau. Kihkihkih. Nak kata FLAMINGO bukan, BANGAU pun bukan. Sapa tau sila habaq sat.

Dengaq ja bunyi wisel tu, semua burung-burung ne kelam kabut ligan staf ZOO NEGARA tu. Kebuluq sangat dah tu. Hehehehe!! Tapi memang best tengok depa makan, Berebut-berebut..

Time tengok GAJAH ne, sekali dia melaboq 2.6 juta depan-depan mata. Kihkihkih!!

So far, ok la ZOO NEGARA ne. Cumanya bagi aku masih banyak kekurangannya, Kena buat penambahbaikan lagi. ZOO NEGARA ne agak suram, tak happening. Mungkin juga time aku pi masih banyak lagi yang dalam renovation. Entah la kan.

Tak kisah la, janji Nur Iman pun enjoy tengok binatang-binatang kat sini. Len kali ibu bawak pi zoo lain plak na..


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..