Ahad, 24 Januari 2016
Hari last dekat Cameron, lepas ne semua balik ke negeri masing-masing. Pagi-pagi lagi ma ngan Kak Ina dah masakkan Nasi Goreng. Lepas breakfast, kemas-kemas barang, lepak-lepak sembang sat, kui 12.00 kami checkout.
Complete kami 7 beradik. Kak Ina, Kak Pina, Mimi, Ba, Ayu, Amet & Adik |
Sebelum balik kami singgah di Sungei Palas Boh Tea Centere, tempat wajib singgah kalau mai Cameron. View kat sini tak payah cakap la, memang sangat cantik dan nyaman. Tambah-tambah kalau dapat lepak minum atas pelantar terbuka, sejuk ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang layan abeh la..
Parking kat sini, tak semua dibolehkan parking sampai atas. Aku pun tak paham macam mana depa pilih kan. Rasanya kenderaan yang bawak wanita mengandung, warga emas dibolehkan parking sampai atas kot. Tapi kena habaq kat depa la. Kalau tak habaq mana la depa nak tau cek ooiii. Hehehehe!!
Dah puas lepak, gosip, amik gambaq banyak-banyak, kami terus gerak balik. On the way, kami singgah di Green View Garden basahkan tekak. Lapaq nasi cek oiii, tak lunch lagi dari tadi. Huhuhuhuhu!!
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..