Langkawi-Penang Trip (Part 1)

♥Assalamualaikum♥

Kali ne Mr Azrol bawa aku ngan Nur Iman jalan-jalan Langkawi dan Penang. Sempena birthday Nur Iman ngan ibu katanya. So, thanks Mr Azrol. We Love You. Len kali bawak lagi na. Bodek sikit. Kihkihkih!!

Lets start our journey..






2 MAC 2016, RABU

Disebabkan flight lewat petang, so kami decide untuk tak ambil cuti hari ne. Rugi cuti la uolllsss. Kihkihkih!! So, balik qeja 4.30 petang terus ke Putrajaya Sentral. Train jam 5.10 petang terus ke KLIA 2. First time Nur Iman naik train. Excited tak yah kata la kan. Layan ja dia tengok view. Nasib Nur Iman jenis tak banyak ragam, so sangat senang untuk bawa dia ke mana saja.






Sementara tunggu flight jam 7.20 petang, kami rehat kat waiting hall sambil mengisi perut dengan makanan ringan, Aku ne nervous sebenaqnya, sebab first time nak try bawa Nur Iman naik flight. Macam-macam pengalaman dah aku baca. Ada yang ok, ada yang tak ok.


Untuk stroller, boleh bawa sampai ke pintu flight, dan tinggal depan pintu. Nanti flight attendant akan uruskan. Nak lagi senang bawak ja stroller tu sampai atas flight, lipat dan letak sekali dengan tempat simpan beg. Mudah, cepat dan senang. Tapi, untuk stroller yang kecil ja la, jangan la stroller yang besaq gedabak pun nak dibawa sampai atas flight. Agak-agak la kan.

 Sharing is caring..



Stroller Sweet Heart Paris Buggy Bg898 Purple ne, aku beli di LAZADA dengan harga RM245.80. Pilihan yang bijak dan tepat bagi aku, Kecil, ringan dan mudah dibawa. Stroller ne disertakan sekali dengan beg yang boleh digalas. Sangat sesuai untuk dibawa travel. Sesuai untuk baby 6 bulan dan ke atas. 
Banyak pilihan sebenaqnya stroller untuk travel ne. Bergantung kepada cita rasa dan poket masing-masing.


Sepanjang perjalanan dalam flight dari KL ke Langkawi, Nur Iman tidoq. Letih agaknya. 8.20 malam sampai Langkawi International Airport. Setle urusan kereta sewa, kami terus ke resort yang dah aku book awal-awal. Kelebihan untuk aku sebab pernah stay 5 tahun kat Langkawi, so tak susah untuk aku pilih resort yang best dan murah.

Malibest Resort, terletak betul-betul di tepi Pantai Chenang. Cuma, agak terkejut dengan pembangunan kat Pantai Chenang ne. Terlalu sesak dan penuh dengan bangunan sampai dah tak nampak tanah. Kebanyakan pelancong memang akan tercari-cari kat mana pantainya. Next time, kalau nak mai Langkawi lagi, memang aku tak pilih untuk stay kat Pantai Chenang dah. Lebih baik stay dekat Pekan Kuah.



Nanti aku share pasai Malibest Resort dengan price sekali di next...next...next entry.

Lepas check in, segaq-segaqkan badan. Kami jalan-jalan sekitar Pantai Chenang dan dinner sekali. Oh, dekat sini memang ada banyak pilihan restoran, kedai mamak, bar pun banyak. So, hati-hati takut termasuk kedai yang ada sediakan arak.







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..