23 Disember 2015
Aku ne nama ja qeja kat Putrajaya. Kalau tiba-tiba orang tanya best dak naik Cruise Tasik Putrajaya. Memang sembunyi bawah selimut la sebab tak tau nak habaq best ka dak. Hahahhahahahahahha!!
Tapi, la bleh dah la nak jawab best ka dak. Nak kata best pun dak, tak best pun dak. Bagi aku, setakat sekali nak merasa naik ok la. Tapi, kalau second time, ada orang nak belanja candle light dinner atas cruise pun ok jugak. Hehehehehehe!!
Untuk first time ne, aku bawak mak mertua ngan adik ipaq aku sekali. Ramai-ramai baru best kan.
Sementara tunggu cruise yang akan bertolak jam 4.45 petang, kami jalan-jalan kat sekitar Jeti Cruise Tasik Putrajaya dan Masjid Putra.
Pastikan ada berada di Jeti 15 minit sebelum masa feri belayar. Untuk orang luaq dari Putrajaya, jangan risau, dalam setiap cruise akan ada seorang guider yang akan terangkan apa yang anda nampak sepanjang anda naik cruise.
Time aku naik cruise tu, kami naik sekali dengan pelancong dari China. Semuanya mak cik-mak cik. Bleh plak masa dalam cruise tu, duk pandang-pandang aku sambil sembang-sembang, senyum-senyum. Aku ne dah start nak panaih dah, mengutuk aku la tu. Mentang-mentang aku tak paham kan. Kau jaga kau mak cik. Ggrrrrrrrrr...
Tiba-tiba ada sorang mak cik cina tu teguq. Ropanya, mak cik tu guider kepada mak cik-mak cik yang dari China tu. Depa duk skodeng bulu mata aku sebab katanya bulu mata aku cantik. Macam nak ja aku tanya, bulu mata ja ka yang cantik?? Orangnya?? Hahahahahaha!! (Depa tak tau ka bulu mata aku ne dah aku tempek ngan mascara. Hahahaha!!)
Dah puas ronda-ronda pusing Putrajaya, kami singgah minum Foodcourt berdekatan.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..