Walimatulurus Azral & Diana

♥Assalamualaikum♥

20 Disember 2015 yang lepas, Abang Long merangkap abang ipaq aku selamat dinikahkan. Yehuuu..Nur Iman dah dapat Mak Long baru..

Majlis nikah dan resepsi diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. First time aku jejakkan kaki dekat Masjid Wilayah, sangat cantik senibina masjid ni.







Majlis nikah bermula jam 10 pagi. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, dengan sekali lafaz Abang Long sah bergelar suami kepada Kak Diana.






Bertambah lagi sorang menantu mak mertua aku. Kihkihkih. Kita tunggu menantu next pulak lepas ne.








Selesai majlis akad nikah, diteruskan dengan majlis resepsi. Dewan majlis dalam kawasan masjid jugak. Mudah dan senang. Majlis resepsi ni diadakan untuk kedua-dua belah pengantin lelaki dan perempuan. So, semua saudara-mara, sepupu-sepapat pengantin lelaki dan perempuan berkumpul dekat sini. Suasana yang sangat meriah dalam kesederhanaan.








Mujuq sepanjang hari tu Nur Iman good girl sangat. Mana taknya Nur Iman pantang tengok orang ramai-ramai macam tu. Memang menggedik la dia. 

Lebih kurang jam 6 petang, majlis selesai. Balik rumah semua dah terbongkang letih.





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..